>

Tuesday, November 18, 2008

Buka dan Lunch

بسم الله الرحمن الرحيم

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh)

Harini, kelas arithmetic yg hanya 3 minit lebih berakhir pada jam 2.03 petang. X sempat aku duduk dalam kelas, da abis rupenya. Hahaha. Jadi, aku pulang ke bilik tercinta di Evelyn Gardens.

Disebabkan dah seharian suntuk x makan, letih amat. Jadi, selepas solat Asar, aku terbaring dan tertidur sekitar jam 3 petang. Nyenyak gak tidur aku sampai x sedar masa berlalu.

Pengalaman puasa di United Kingdom mmg rugi andai x dirasakan. Aku ingat dulu, aku sampai ke bumi asing ni sewaktu hari ke-27 Ramadhan. Ketika tu, waktu solat x jauh beza dgn Malaysia, so, rasa biaser jer. Namun, menjelang hujung tahun ni, malam semakin panjang dan of course, siang makin pendek. Subuh habis pukul 7.22 pagi tapi Isyak masuk pukul 5.59 petang. Keluar2 dari kelas pukul 5, dah maghrib n dah gelap.

Mengikut kiraan mathematics dan logic, jika siang semakin pendek, of course, tempoh puasa pun makin pendek. Bunyi macam senang nak berpuasa, kan? Tapi, cabaran utama berpuasa di musim2 sejuk ni adalah cuaca yg sejuk tu mmg consume energy kiter ngan cepat. Ditambah bebudak London yg terpaksa jalan di persekitaran yg sejuk hampir 40 minit setiap hari, sungguh cepat lapar!

Allahuakbar, Allahuakbar

Nasi lemak Imperial

Bunyi azan dari laptopku mengejutkan aku yg sedang asyik tidur. Terbangun aku. Wah, sudah jam 4.09 petang, dah masuk maghrib rupenya. Masa untuk berbuka! Aku mengeluarkan bungkusan nasi lemak yg aku beli di Imperial tengahari tadi. Untuk pengetahuan, nasi lemak adalah antara makanan lunch paling murah di Imperial!

http://i91.photobucket.com/albums/k300/ku_jie/buka_puasa.gif

Aku mencalit sedikit sambal dari bungkusan nasi lemak tu lalu makan sedikit. Aku bergerak ke dapur bersama nasi lemak tu lalu memanaskan nasi lemak itu di dalam microwave. Lebih kurang 2 minit dipanaskan, masa yg ditunggu tiba, makan!


Secara jujurnya, aku berpendapat nasi lemak di Imperial ni xdela sesedap di Malaysia. Mungkin kekurangan bahan nak masak. Ikan bilis ade 3 batang jer, kacang pun ade 4 biji je. Sambal pun, alahai, sedih nak makan. Memang rindu nasi lemak di Malaysia, lagi2 tambah lauk ayam ke, sotong ke dsb. Tapi, still bersyukur sbab dapat gak merasa nasi lemak kat sini, terubat skit rindu di hati. Bersyukur sbab still dapat mengamalkan Islam tanpa oppression di bumi asing ni.

Kepada yang berada di Malaysia, bersyukurlah kerana anda masih mudah mengamalkan Islam. Makanan halal senang nak cari, masjid banyak giler dan waktu solat pun biasernya x clash dgn waktu kelas. Hargailah kesenangan itu dan gunakanlah ia dgn sebaiknya untuk mencapai redha Illahi.

Kepada yg di luar negara, memang sukar sedikit hidup keluar dari zon selesa. Makanan halal x mudah nak jumpe, masjid pun susah nak jumpe. Namun, kerana kiter ditarik nikmat inilah, kiter lebih bersyukur dan lebih menghargai kesemuanya itu. Dan, sepanjang berada di luar negara ni, carilah pengalaman berharga untuk kiter menambahkan ilmu kiter di samping mematangkan kiter. Melancong, melancong gak, tapi pastikan kiter mendapat ibrah dari perjalanan itu!

Nasi lemak ni kire lunch aku la, hahaha. Pukul 7 nanti baru nak masak dinner yg bebetul!!!

Photobucket

9 comments:

Rashidah A Hamid said...

"waktu solat pun biasernya x clash dgn waktu sembahyang"

adakah ko ada maksud tersirat atau mmg ko salah type? = )

Jpah said...

tqtq, salah type...
edited

Apen said...

hahahahha. solat dgn sembahyang lain ke jpah? tu la....kerek ye.lol

Anonymous said...

sape yg jual nasi lemak kat sana?... Aku nak cari nasi lemak pn susah kat sini walaupn melayu ramai...

Jpah said...

to apen - manusia x lari dari kesilapan

to sayuti - isy, siannye. Tapi mesir bnyk mknn halal lain kan?

Anonymous said...

jpah emo...

mohd shazli mohd zaini said...

hahaha...

hang kene mai leeds ni... bleh makan sate, chicken chop, nasi lemak sambal sotong, ayam goreng tepung.... smuanya free kat teratak aku yg kecil ni... hahaha

ok2.. all the best

regards,
shazli
leeds,uk

Anonymous said...

Ho...ho...ho... Jangan selalu-selalu nasi lemak Jpah. Hee3X sekali sekala takpelah. Roti canai ada? Capati banyak la sebab ramai Pakistan. Makan oat la... boleh turun kolesterol.

Jpah said...

to shazli - nanti klu aku nak dtg leeds aku bgtau, bersedia, hahaha

to pakcu - roti canai susah skit nak jumpe, insyaAllah, akan jaga kesihatan, TQ