>

Monday, November 17, 2008

Chelsea Tour 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun aku dah pernah menziarahi Stamford Bridge suatu ketika dulu, namun, kali ni, Saudara Amir Faiz (Apen) bersungguh-sungguh mengajakku membawanya berjalan di situ. Jadi, perancangan dibuat dan kami berjumpa di stesen tube Gloucester Road sekitar jam 12 tengahari.


Disebabkan belom lunch, aku membawa Apen menaiki bas menuju ke North End Road. Di situ, kami menikmati lunch bersama. Dah agak lama x jumpe Apen ni, banyak jugak cerita dan pengalaman yg diluahkan. Walaupun beliau di UCL, iaitu dalam London, tapi, still susah nak bertemu andai x dirancang. Alhamdulillah, hari ni kamu ditemukan semula.


Setelah kenyang sikit makan lunch, kami berjalan kaki dari North End Road menuju ke Stamford Bridge. Berpusing2 di Stamford Bridge sambil mengambil gambar. Seperti disangka, Apen menangkap gambar dgn pose2 yg poyo. Huhuhu. Agak seronok tour kalini sebab ade orang yang boleh tangkap gambar aku! Kalau dulu, mmg gambar stadium je la yg aku amik.

CFC (bukan chlorofluorocarbon!)

Bersama pasukan Chelsea

Antara Gambar2 Apen

Kemudian, kami singgah di kedai cenderamata Chelsea. Aku sempat membeli beberapa barangan Chelsea. Cool!

sedikit barangan yg dibeli

Setelah puas berpusing2 sekitar kawasan Chelsea tu, kitorg berjalan kaki menyusuri Fulham Road untuk balik ke Evelyn Gardens. Aku teringat yg Ajah dan beberapa seniors pompuan akan melawat Aishafat dan mereka akan masak bersama. Jadi, aku membawa Apen ke dapur dgn harapan masih ada makanan yg ditinggalkan untuk kami. Ternyata x sia2. Diorg masak nasi ayam dan aku percaya, seniors2 ni yg lebih banyak mencurahkan ilmu memasak mereka. TQ, perut kami kenyang!

Apen pulang sekitar jam 4 petang. Ada masa, kiter jalan sama2 lagi tau!!!!

Photobucket

2 comments:

Apen said...

knape ayat yg last tu geds~ sangat?? lol

mira zin said...

jeles seyh..entah bila boleh sampai sana.huu..