>

Saturday, November 29, 2008

Amanah itu Berat

بسم الله الرحمن الرحيم

Waduh2, eksperimen harini sungguh meletihkan. Bukannya letih sebab banyak prosdur, tapi letih berfikir untuk jawab soklan2 yg penuh mencabar lagi membunuh sehingga tercucuk jantungku dengan setiap panahan pertanyaan.

Sampai ke bilik pada jam 5.3o petang. Letih amat. Mujurlah esok da weekend. Namun, x bermakna aku boleh berehat begitu saja. Terdapat banyak tugas untuk aku laksanakan dan selesaikan. Tugas2 tu adalah untuk study pelajaranku, tugas2 am selaku Muslim serta amanah2 yg dipikul.

Semalam meeting abis jam 11.30 malam. Sejam tersasar dari plan aku. Xpelah, kite merancang, tapi Allah jua yg tentukan apa yg berlaku. Pasti ada hikmahnya. Terpaksa aku beristighfar banyak2 untuk setiap saatku yg dibazirkan dgn berkata2 kosong. Maaf rakan2 sebab mengambil banyak masa study korg dan maaf sbab x dpt kawal mesyuarat dgn baik.

http://www.soksek0307.org/images/kmns.jpg

Sungguh berat rasa memikul amanah. Teringat di matrikulasi dulu, sewaktu aku dilantik menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sementara (sebelum pilihanraya), mmg x sanggup aku memikul tanggungjawab memimpin hampir 3000 (ke 4000) pelajar. Mahu je aku letak jawatan, tapi, Presiden JPP Nik, telah brainwash aku sesungguhnya dgn tazkirah2. Aku redha dgn ketentuan ini lalu menerima jawatan ini.

Bile aku baca fail tugas yg setebal bantal itu, bergetar hati ni melihat angka2 berupa budget untuk kami. Untuk biro aku (biro Perhubungan, Penerbitan dan Penerangan), dah diallocate berpuluh ribu ringgit. Makin aku rasa cuak nak pegang jawatan nih.

Time meeting plak, rasa inferior dgn org2 lain seramai lebih kurang 20 org Muslimin dan Muslimah. Kebanyakan diorg ni dari sekolah Agama, so, amat baik dan santun perangainya. Aku pun x tahu camne aku sesat kat sini.

Ana rasa begini2, bagaimana plak ngan anta? seorang JPP (lelaki) tny aku

Aku berpeluh2. Ape perlu aku jawab? Sepanjang aku kat SBPI, x pernah plak cakap ana anta dlm bahasa Melayu. Nak cakap aku dan kau, takut sensitif plak, huhuhu. Terasa x layak aku berada di kedudukan tu.

Jadi, bile dengar berita tentang pendaftaran pelajar untuk menjadi AJK Pilihanraya, terus aku berminat nak daftar. Maklumlah, AJK pilihanraya xleh bertanding. Namun, aku hanya lambat beberapa jam, sudah penuh semua tempat utk menjadi AJK pilihanraya. Adeyh.

Hari pilihanraya kampus semakin dekat. Aku masih x dpt cari alasan melarikan diri. Poster2 calon telah tergantung dan tertampal merata2. Namun, posterku tidak kelihatan. Memangla xde, buat poster pun tidak. Sampaikan rakan2 praktikumku beserta beberapa rakan yg lain datang bilik utk tny mana posterku. Diorg pulak yg nampak lagi semangat dariku.

Namun, Allah jua telah menetapkan segalanya. Ditakdirkan, aku kalah dalam pilihanraya. Yahoo!! Melompat kegirangan aku. Jadi, aku meneruskan keje aku jadik S/U untuk badan Kerohanian KMNS. Best dan tenang lagi buat keje ni. Namun, ntah macamane, bebudak yg menang pilihanraya buat hal. Tetiba tarik diri. Ngade2 sungguh. Maka, kosongla beberapa jawatan dalam JPP tu dan bekas2 JPP sementara dinaikkan semula jawatan mereka.

http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif

Namun, sekali lagi, aku dipertontonkan dgn kehebatan Allah menyusun takdir hambaNya. Pada malam Presiden JPP berjumpa dgnku, aku menerima satu panggilan telefon. Dari Kak Zeti, mengatakan aku mendapat tawaran biasiswa PNB untuk ke luar negara. Aku menjeling ke arah Nik (presiden JPP),

Sorila Nik, aku x dapat pegang amanah ni, sebab aku akan keluar dari Matriks

Walaupun singkat je tempoh aku bersama JPP, namun, banyak gak pengalaman yg aku dapat. Walaupun pada mulenya aku rasa aku ni mcm jauh je taraf dari korg, namun, setelah masa berlalu, kiter mampu bergaul dgn baik. Ana anta tu hanya dalam meeting je, bile jumpe kat luar, aku kau jer, hahaha. X ramai yg aku still igt nama, Nik (pres), Fendi (vice pres), Hazim (kerohanian), Shafie (Disiplin), Abu Hanifah (x ingat biro), yg lain, sowie!

Dan kini, diberikan amanah lain puler, namun, still rasa berat. Namun, mungkin usia dah membuatkan aku x lari dari amanah (walaupun pada awalnya carik alasan jugak). Mampukah aku jadik pemimpin yg adil?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.
Riwayat Muslim

Photobucket

3 comments:

Cyberzwan said...

haha..aku berada di sana time tu..tgk ko time menifesto tu.memang nampak sangat muka tak nak ko..wakaka..
wei..tau x si nik jpp dah kawin..siap dah ada anak lagi??

Anonymous said...

Hah! Tulah sebabnya PNB antar gi IC. Pengalaman akan mematangkan kita. You are future leader!!!

Pacat said...

yup.. agree.. future leader!!
fighting!!