>

Wednesday, November 12, 2008

North End Road

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan hari ini hari Rabu, maka, ini bermakna kelas hanya setengah hari sahaja. Kelas aku harini 2 jam lecture, start pukul 9 pagi dan abis pukul 11 pagi, pastu, FREE!!! Jadi, kami bercadang untuk lunch di North End Road setelah direkemen oleh beberapa orang senior.

Muler2, ikut plan asal, aku nak gi sorg2 je ke situ. Tapi, setelah bercerita kepada rakan2 di Evelyn, diorg nak ikut plak. Ntah macamane, boleh plak terbocor maklumat kepada si Masrizan. Mas pun ape lg, mendedahkan kepada seluruh warga Wilson tentang plan ini. Maka, akhirnya, kami berenam (Aku, Shah, Fat, Izu, Pidah dan Mas) pergi ke North End Road.

Setelah berjalan hampir 10 minit ke Old Brompton Road, kemudian, naik bas 430 terus ke North End Road. Biler turun, nampak banyak papan tanda tulis 'halal'. Di tepi2 jalan, banyak org menjual buah dan sayur, macam pasar malam. Wah, seronok. Kami mencari2 restoran yg direkemen oleh senior, iaitu Masala Express. Dgn harga 3 pounds, kami, kecuali Izu makan nasi dan ayam tandoori.


Kemudian, warga2 Wilson House (Mas, Pidah dan Izu) pulang dahulu setelah membeli beberapa sausage halal. Aku, Shah dan Fat meneruskan pengembaraan kami di North End Road itu untuk mencari bahan mentah yg halal lagi murah. Akhirnya, kami berjaya membeli daging lembu. Kami juger membeli ayam, telur, sausage, sos cili Malaysia, mayonnaise dan sebagainya, hahaha. Seronok dapat beli barangan halal. Teringat iklan dalam TV Malaysia:

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM”

Iklan ape yer, x ingat?


Akhirnya, sampai jugak aku ke North End Road yg diwar-warkan oleh senior2. Maka, dah tahu tempat untuk membeli barangan halal, senangla sikit.

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

iklan ubat gigi!