>

Saturday, July 26, 2008

Tragedi 2 di OBS: Teluk Nipah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tragedi ni berlaku ketika final expedition kami selama 4 hari 3 malam. Pada dua hari pertama, kami dikehendaki berkayak mengelilingi 2 buah pulau, iaitu Pulau Katak dan Pulau Pangkor. Pada hari pertama, kami dikehendaki berlepas dari OBS dan menuju ke Pulau Katak dan kemudian berkhemah di Teluk Ketapang 2 di Pulau Pangkor.

Aku berkayak bersama Ede. Berkayak ke Pulau Katak xdela problem sangat, kecuali kami cepat pancit, mungkin akibat stretching yg x betul. Namun, kami berjaya mengelilingi Pulau Katak dan mendapat gelaran 'Haji Katak' oleh instructor kami. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Pulau Pangkor.

Kami berhenti lunch di Teluk Ketapang 1. Untuk pengetahuan korg, ade 2 tempat kat Pangkor ni nama die Teluk Ketapang. Kami singgah sebentar di Teluk Ketapang satu untuk lunch dan bersolat zuhur. Cuaca nampaknya semakin berangin. Ombak semakin besar.

http://library.thinkquest.org/03oct/01027/typhoon.jpg

Kemudian, pada jam 2.30 petang, kami dah bersedia untuk berlepas. Namun, kami sedikit dikejutkan apabila kayak kepunyaan Milo dan Apen dihanyutkan ombak besar. Lebih teruk apabila mereka xde dalam kayak, hanyutlah kayak mereka ke dalam laut. Hampir 5 hingga 6 orang berlari untuk menyelamatkan kayak itu. Mujur sempat diselamatkan.

Sebanyak 9 kayak sudah bersedia untuk berlepas. Sea captain pada haritu, Irfan dan Nain sudah bersedia berlepas. Aku dan Ede pun sudah bersedia nak berlepas. Aku sedikit risau. Ombak besar begini mungkin akan menolak kami kembali ke pantai seperti yg terjadi di Teluk Sekadeh x lama dulu. Aku menyuruh Ede naik kayak dulu, kemudian, aku tolak perlahan-lahan masuk ke dalam air. Tetiba, terdengar jeritan. Aku lihat kayak Irfan dan Nain tinggi dilambung ombak. Kayak mereka terbalik dan terus dipukul ombak. Mujur, mereka selamat.

Aku dan Ede dah ada dalam air. Dah terlambat nak patah balik. Aku menyuruh Ede mengayuh kayak secepat mungkin sementara aku nak masuk ke dalam kayak. Ombak besar datang, tapi mujur, kami x ditolak dan kami selamat sampai ke tengah.

Whaler

By the time aku dan Ede di tengah laut, kami berenti dan melihat ke pantai. Kelihatan 3 atau 4 kayak dah terbalik. Dan ada kayak yg sedang dilambung ombak. Khairul kelihatan cedera di bahagian tangan. Akhirnya, setelah 10 minit menunggu di tengah laut, instructor turun ke pantai dan membantu rakan2 untuk berlepas. Khairul nampaknya x mampu mengayuh dan Nazri terpaksa kayuh sorg2. Maka, aku dan Ede menggantikan mereka sebagai left flanker.

Anda rasa kejadian tadi seram? Anda salah....

Perjalanan diteruskan ke Teluk Ketapang 2. Ombak semakin bergelora. Aku semakin semangat mengayuh kayak. Tetiba, motherboat mendekati kayak aku dan Ede dan menyuruh kami menukar haluan ke pantai terdekat. Aku segera menjerit kepada 8 kayak yang lain.

Ubah haluan, hala ke pantai!!!!

Sedikit huru hara berlaku apabila kayak kami menukar haluan secara tiba2. Kami berlanggar sesama kami. Di kiri kami adalah batu. Sungguh bahaya andai ditolak ombak ke situ. Aku dan Ede mengayuh secepat mungkin ke pantai. Arahan telah dikeluarkan untuk kami mendarat di Teluk Nipah kerana Taufan dahsyat dan ombak ganas di lautan. Disebabkan kami adalah left flanker, kami mengambil kedudukan paling kiri sekali untuk mendarat.

Ombak semakin besar, mujur aku dan Ede mendekati pantai. Namun, sumting totally unexpected happened. Before kami mendarat, aku sempat melihat rakan2 kami yg dah sampai ke pantai. Kelihatan beberapa kayak terbalik dan dihanyutkan air. Aku sempat tengok kayak terlambung oleh ombak. Mungkinkah kayak kami akan senasib dengan mereka?

Kami dah dekat amat dengan pantai. Tetiba, satu ombak besar mengangkat tinggi kayak kami. Kayak aku dan Ede melambung. Aku menutup mata dan berserah.

Dusyyyyhhhhhhhh......

Aku rasa air penuh di mukaku. Kaki aku cube memijak tanah, tapi gagal. Aku menolak badanku ke permukaan air. Nampak kayak kami yg dah terbalik. Aku berpaut pada kayak dan menolak kayak itu sampai aku dapat mencecah pasir pantai. Namun, x disangka-sangka, sebuah lagi ombak besar datang dari arah belakangku dan menolak kuat aku dan kayakku. Aku xnak lepaskan kayak tu, nanti kalau hanyut lagi susah. Namun, force daripada ombak tu sungguh kuat dan aku hanya mampu melutut ke atas pasir sambil memegang kuat kayak agar x hanyut. Terasa pasir pantai seperti menyiat2 kulit aku. Pedih.

Laut ketika tenang

Namun, ombak ketiga memang bukan lawan aku. Aku dilambung ke pantai dan tangan aku terlepas daripada kayak. Aku lihat Ede pun sedang cuba selamatkan kayak. Aku nampak botol air dan paddle yg hanyut. Segera aku lompat masuk air dan menyelamatkan botol air lalu mencampakkan kedua-duanya ke atas pantai.

Aku cube membetulkan cermin mata aku. Aku memegang hidung.

Aik, mana cermin mata aku??? Tidaaakkkk!!!!

Aku memandang Ede. Kulihat die pun tak bercermin mata. Aku tanya die

Mana cermin mata ko?

Nampaknya, kami berdua telah kehilangan cermin mata kami. Tapi, tu x penting, kayak masih perlu diselamatkan. Aku dan Ede kembali ke kayak dan cube menolaknya naik ke pantai. Namun, disebabkan kayak dah dipenuhi air dan pasir, amat berat untuk kami alihkannya. Sekali lagi, satu ombak besar datang dan menolak kami ke pantai. Aku fed up. Susah betul nak selamatkan kayak ni. Mujurlah, 2 orang mat saleh datang membantu kami mengangkat kayak ke tepi. Aku terbaring di atas pantai. Letih. Mata aku pedih. Kulit aku pedih. Sandal aku putus. Cermin mata aku hilang.

Alhamdulillah, semua orang dan semua kayak selamat. Xde yg hanyut atau hilang, cume satu paddle yg patah, 2 specracles yg hilang, 3 sandals yg putus dan calar-balar pada kulit. Selain tu, sume selamat.

Kami terpaksa ubah plan dan kami mendirikan khemah berdekatan Teluk Nipah. Teluk Nipah, xkan aku lupekan tempat ini dimana telah meragut cermin mata aku....

Pengajaran daripada tragedi ini, aku sedar, betapa hebatnya kuasa Allah menjadikan ombak yg begitu kuat. Aku x terdaya langsung nak melawan ombak tu, betapa lemahnya aku sebagai hamba......

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

Salam
Bro, like your blog. I dont knw...somehow or rather, I like it...it captured my attention