>

Monday, July 7, 2008

After A Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah seminggu aku di Lumut, menjalani program OBS. Aku rasa berat aku da turun 10 kg, jangan terperanjat tgk aku masa result nanti, maybe korg x kenal sbab da kurus ataupun maybe tough? Huahuahua....

Dah lebih seminggu aku abis jalani ESQ. Rasa masih berbekas di hatini. Mehla, disebabkan kebusanan melampau ni, aku nak ceritakan skit ape aku dpt from the training....

Aku nak petik satu aktiviti je, iaitu aktiviti untuk mengenapasti kecintaan kiter kepada Allah.

Masih korg ingat cerita Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Pertama, demi menjalankan perintah Allah, Nabi Ibrahim sanggup meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir. Walaupun Siti Hajar memanggil-manggil Ibrahim kembali, namun, tetap dijalankan jua. Namun, apabila mengetahui itu adalah perintah Allah, mereka akur.

Selepas 12 tahun berpisah, mereka dipertemukan semula. Namun, Allah memerintahkan pula Nabi Ibrahim untuk menyembelih Nabi Ismail. Dibawanya Ismail ke atas sebuah bukit lalu disampaikanlah hajat beliau itu. Maka, Nabi Ismail berkata, jika ini perintah Allah, maka, laksanakanlah. Nabi Ibrahim mengeluarkan pisau. Lepas tu, Nabi Ismail menyuruh bapanya menaggalkan pakaiannya, xnak ibunya terlihat pakaiannya berlumuran darah. Betapa Nabi Ibrahim sanggup menyembelh putera kesayangannya.

Ape yg kiter bleyh dapat? Melalui kedua-dua kisah, kiter dapat lihat betapa cintanya mereka kepada Allah, dan betapa mereka sanggup mengorbankan dunia mereka semata-mata kecintaan kepada Allah. Ibrahim sanggup berpisah dgn keluarga tercinta. Siti Hajar, selaku isteri yang memahami si suami yg ingin menjalankan perintah Allah, akur (hurmm, ciri2 isteri solehah, sanggup berkorban demi cinta kepada Allah). Dan Ismail, walau nyawanya menjadi taruhan, beliau tetap sanggup disembelih demi menjalankan perintah Allah, betapa tingginya cinta mereka kepada Allah.

Kita pula bagaimana? Berapa percentkah dalam hati kiter ni mencintai Allah? Adakah kiter yakin, dengan nilai sekecil itu, kiter mampu menyebut nama Allah ketika sakaratulmaut? Adakah kiter lebih mencintai, lebih merindui girlfren atau boypren kiter berbanding Allah? Adakah kiter lebih mencintai, merindui harta itu lebih daripada Allah? Betapa hinanya kiter. Kiter kata nak masuk syurga Allah, tapi x malukah kiter, cinta kiter kepadaNya sikit je.

X salah nak mencintai manusia. Itu adalah fitrah. Cintakan ibu bapa. Cintakan adik beradik. Cintakan bangsa, cintakan isteri dan anak-anak. Tapi, janganlah kiter meninggikan cinta ini melebihi cinta kepada Allah. Tanyalah diri sendiri, adakah kiter sanggup meninggalkan keluarga demi menyahut seruan Ilahi? Si isteri, adakah anda sanggup berkorban? Setiap hari merindui manusia, lebih teruk, yg bukan mahram. Berapa banyak kiter merindui Allah?

Peringatan khas untuk diriku, moga bermanfaat bagi yg membaca, marilah sama-sama kiter berdoa agar dikurniakan cinta agung, iaitu cinta kepada Allah.

Photobucket

No comments: