بسم الله الرحمن الرحيم
Tanpa disedari, dah 9 hari aku di Lumut, menjalani program yang dikenali sebagai OBS. Aku rasa aku dah turun 10 kg. Dan, masa MOC nanti, kalau ade org x dikenali tegur korg, amatilah die bebaik, mungkin adalah aku yg dah hitam dan kurus, wahahahaha!!!!
Walaupun dah hampir 2 minggu ESQ, masih fresh lagi ingatan aku tentangknya. Meh, aku nak kongsi satu cerita yg diongsi oleh trainer ketika itu, tajuknya, Rudy (bukan Rodhi) dan Sikat Gigi atau bahasa Melayunya, berus gigi. Kisahnya begini ya...(intonasi Indonesia)
Pada suatu pagi yg baser, di sebuah pejabat GLC, ade interview untuk memilih pekerja baru. Maka, ramailah orang yg berminat dan menghadiri interview itu. Seperti yg dijangka (macam masa korg interview utk apply scholarship), ramailah yg berpakaian kemas, maklumlah, nak mendapatkan impression yg baik.
Maka, di suatu sudut, kelihatan tenang seorang pemuda bernama Rudy. Sungguh tenang riak mukanya. Maka, sementara menunggu giliran, beliau pun pergila ke tandas untuk melangsaikan hutang. Maka, dilihatnya sinki yg kotor. Di sebelah sinki itu, ada sebatang berus gigi. Maka, die pun mengambil berus gigi itu lalu dicucinya sinki itu.
Ditakdirkan Allah, seorang interviewer masuk ke dalam tandas dan ternampak Rudy berbuat demikian. Tapi, beliau membisukan diri sahaja.
Maka, tibalah giliran Rudy diinterview. Dengan lafaz Bismillah, beliau memasuki bilik interview. Beliau mengambil tempat beliau. Tenang sahaja muka Rudy ni. Maka, terus sahaja interviewer bertanya:
Saya ternampak awak mencuci sinki di dalam tandas, mengapakah kau berbuat demikian, sedangkan x pasti lagi kau akan bekerja di sini?
Maka, Rudy pun menjawab dgn jujur.
Aku lakukannya kerana Allah sedang melihatku, dan kerana Malaikat sedang mencatat kebaikanku
Maka, terdiamlah interviewer itu. Terkesima dengan jawapan Rudy. Interviewer itu menangis dan berkata:
Awaklah pekerja yg kami inginkan
Tamat cerita. Paham x cerita ni? Simple je kan? Ape pengajarannya? Setiap pekerjaan yg kiter lakukan, janganlah berniat untuk mendapatkan kelebihan di dunia. Perlulah kiter percaya, setiap perkara baik itu, akan dicatat kebaikannya dan akan mendapat ganjaran yg x ternilai, iaitu pahala. Jika kuat pegangan kiter ini, maka, x kesah ada org atau tiada org, pasti kiter tetap semangat melakukan kebaikan. Jadi ingat, jika ternampak peluang untuk melakukan kebaikan, grab it, dan x perlulah menunggu dijanjikan laba dunia.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment