>

Thursday, July 31, 2008

Journey To MOC

بسم الله الرحمن الرحيم

Current endeavour..


Esok, bermulalah Muslim Overseas Camp 2008 yg bertempat di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. Maka, beratus2 (insyaAllah) ex-KYUEM akan berkumpul di situ untuk satu tujuan, iaitu menimba ilmu sebelum berlepas ke luar negara.

Untuk perjalanan yg tidak melibatkan kenderaan sendiri, biasenya aku akan plan 3-4 hari awal untuk memastikan kelicinan perjalanan. So this is the plan tomorrow:

-pada jam 7.45 pagi, akan bertolak dari rumah, menyusuri Lebuhraya Bulatan Tengah 2 (MRR2) menuju ke Bandar Tasik Selatan. -sampai di stesen komuter Bandar Tasik Selatan lebih kurang jam 8.00 pagi. -kemudian, akan naik tren bernombor 2323 pada jam 8.30 pagi. -perjalanan ke Seremban dijangka mengambil masa 1 jam 5 minit, jadi, dijangka tiba di Seremban pada jam 9.35 pagi.

Begitulah serba-sedikit rancangan aku esok hari. Tapi, tu hanya rancangan, mungkin berubah mengikut keadaan atau perkara2 yg x dijangka berlaku (lebih2 lagi komuter, anda tahu, betapa 'cekap' komuter berfungsi). Dan perancangan Allah yg terbaik. Ape yg aku mampu buat, hanya berdoa agar perjalanan aku selamat dan lancar.

Ok, kawan2, x sabar berjumpe korg esok. Jumpe di Seremban dan Jelebu!!!

Peta Seremban (Klik untuk image lebih besar)

Photobucket

No comments: