>

Sunday, March 21, 2010

Sepetang Bersama Datuk Seri Nizar

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku jarang sekali hadir ke program-program anjuran ahli politik ni. Aku masih ingat, sebelum ni, hanya program Datuk Seri Shafi'e Apdal dan TG Haji Hadi je yang aku hadiri. Program lain seperti program Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Zambry, tidak aku hadiri hanya kerana alasan, ada komitmen lain.

Namun semalam, aku menghadiri program bersama tokoh PAS, Malaysia dan Perak yang tidak asing lagi, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang dilantik Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi, program ini dibuat di universitiku sendiri, Imperial College London.

Hampir seratus orang hadirin memenuhi Pippard Lecture Theatre. Memanglah jumlah ini agak kecil dibandingkan dengan jumlah yang menghadiri program Datuk Seri Anwar beberapa hari lalu. Namun, tetap, soalan yang diajukan amat berkualiti dan mampu membuatkan orang berfikir.


Pembentangan Datuk Seri amat meyakinkan. Gaya percakapan beliau amat menarik perhatian. Gaya bahasa yang menarik ditambah dengan nada suara yang lantang serta menyelitkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Soalan-soalan yang dijawab pula tidaklah bersifat political answer, sebaliknya, cukup memuaskan hati semua hadirin. Jenaka beliau juga amat mencuit hati, lebih-lebih lagi ketika beliau berbahasa Mandarin.

Alhamdulillah, aku lihat feedback dari kalangan orang non-Muslim amat positif. Ada di antara mereka berkata:

Selama ni, saya tak suka PAS. Tapi lepas mendengar ceramah YB tadi, terbuka minda saya berkenaan Islam

The best political talk I've been so far!!!

Aku amat mengagumi YB Nizar. Beliau mampu bercakap dengan yakin, mampu mengaitkan setiap peristiwa dengan al-Quran dan Hadis, mampu juga untuk menarik perhatian orang. Beliau pun graduate dari UK, namun gaya beliau seolah-olah beliau graduan bidang agama. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang aku kagumi.

YB Idham Lim

Bersama pemimpin yang disegani. Moga aku mencontohi beliau

Tahniah kepada Malaysia Forum yang menganjurkan event ini. Moga lebih banyak event menarik seumpama ini pada masa hadapan.
Photobucket

4 comments:

corniche said...

tak tau pun ir nizar & yb idham lim dtg london!! ada talk pulak tu.. wahhh ruginya terlepas...

joegrimjow said...

mantop la jepah
lepas ni jadi yb jepah plak

Anonymous said...

Sedikit frust kerana termiss talk yang menarik tersebut. Apa-apa pun, wajib yakin, Allah knows best.

Tentunya sangat menarik talk tu sampai non-Muslim boleh letak comment macam tu.

Kalau ada recording, boleh share?

Semoga terus maju dan jadi sama hebat atau lebih daripada Ir. Nizar


p.s. inspired juga ngan Ir. Nizar

Jpah said...

Recording menyusul kemudian, sabar ye kepada yg x dapat mengikuti :)