>

Tuesday, March 23, 2010

Ilmu yang Bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Result SPM sudah keluar minggu lepas. Mungkin dah basi dah topik ni, tapi aku nak cakap gak!!!

Sepertimana tahun-tahun lepas, aku tidaklah kisah sangat dengan result SPM, sebab skolahku mesti xde dalam list sekolah terbaik. Kadang-kadang pun, yang menarik perhatian adalah pelajar yang dapat berpuluh2 A - 20 A dan sebagainya. Jadi, ku anggap, keputusan SPM tahun ni pun busan seperti tahun-tahun lepas.

Namun, pada hari keluar result SPM, Famy menegurku,

Eh, bukan skolah ko top 10 ke Malaysia?

Hurm? Aku blur...

Lalu, aku ditunjukkan jadual ranking di bawah:


Mata terbeliak. Aku baca berulang kali:

SBPI RAWANG

Wah, itulah nama 'alma mater' ku, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Sekolah yang memperkenalkanku istilah tarbiah, sekolah yang mendidik aku apa itu Islam dan seterusnya menjadi momentum untukku terus berjuang. Alhamdulillah, walaupun ranking ni dicipta manusia, ini mungkin boleh dijadikan semangat untuk adik-adik yang sedang berjuang di sekolah.

Alhamdulillah, tadi, juniorku yang baru abis SPM, Muadz berjumpaku. Kami minum air di MSD kemudian bergerak ke rumahku. Kemudian, kami bersolat dan lunch di Regent Park Mosque, London. Pelbagai perkembangan sekolah dikongsi, kami juga berkongsi pengalaman-pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang sekolah. Aku juga diceritakan perkembangan terkini batch2 junior di sekolah. Ada yang menyedihkan, namun, tak dilupa, ada juga yang membanggakan.

Bercakap tentang SPM, pasti kita akan bercakap tentang ilmu. Apa yang diajar dalam SPM itu adalah ilmu. Namun, sejauh manakah ilmu itu membawa kita? Adakah sekadar ke luar negara? Adakah sekadar ke universiti? Alangkah ruginya kita kerana ilmu sebenarnya boleh membawa kita ke syurga. Teringat peringatan dari Rasulullah S.A.W:

Orang yang paling dahsyat seksaan pada hari kiamat nanti ialah orang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya
(at-Tabrani)

Kami berbincang tentang kualiti graduan SBPI Rawang. Sesekali, aku rasa tersinggung apabila ada pihak yang mengukur kejayaan batch graduan SBPI Rawang berpandukan bilangan yang ke luar negara. Batch kami dikatakan berjaya kerana ramai dapat tawaran ke luar negara. Namun, kalau akhlak buruk ke luar negara, adakah masih dikira berjaya? Penat-penat jalani tarbiah di sekolah, bila keluar, bukan sekadar x jadi pembela agama, malah mendatangkan fitnah. Mana perginya ilmu Syariah, Quran dan Sunnah? Mana perginya ilmu fiqh dan tazkiyatun nafs yang kita dengar hari-hari di sekolah? Sedikit refleksi:

Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah maka, ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah
(Hadis Riwayat Abu Mansur Ad Dilami - dipetik daripada Musnad al-Firdaus dengan sanad dhaif)

Di sekolah, memang kita diajar pelbagai perkara. Daripada sains, matematik, namun yang lebih penting, ilmu-ilmu dan perkongsian ilmu hati yang amat sukar didapati. Namun, dianalogikan seperti menjirus air ke daun keladi, andai diri ini dah memang daun keladi, sukar juga air itu nak melekat. Aku berdoa moga aku dijauhkan daripada mensia-siakan ilmu ini. Aku amat takut, andai aku sendiri melakukannya, mungkin bukan hari ini, tetapi hari-hari seterusnya. Sabda Nabi S.A.W:

Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya: Siapakah kamu ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya.
(Ibnu Hiban)

TAKUT!!!!

Marilah kita sama-sama mengamalkan doa Nabi S.A.W. supaya kita tidak mensia-siakan ilmu di dada:

Ya Allah, aku berlindung dengan engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)
(Ahmad)

Moga bermanfaat

Photobucket

2 comments:

muadzmuhammad said...

wow....
kejapnye update
populer la ana cam nie...
habis satu ILI kenal hehe

:)

Norashikin Abdullah said...

oh sgt takut tergolong dlm org yg mneyeru kebaikan sedgkn dia berbuat kejahatan...nice blog :)