>

Monday, February 22, 2010

Pemergianmu Dirasai

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, kami dikejutkan dengan berita bahawa sepasang suami isteri yang bekerja di Reading, abang Ramizu dan kak Mimi yang akan pulang berangkat ke Malaysia Isnin ini. Kami terkejut, memandangkan tidak kami sangka mereka akan pulang secepat ini. Walaupun kami hanya berjumpa beberapa kali, namun, kami tetap rasa rapat dengan keluarga ini. Terasa sedikit sedih dan hiba mendengar berita kepulangan mereka.

Kami menghubungi mereka, dan Alhamdulillah, mereka berada di London. Kami mengajak mereka untuk makan bersama kami buat kali terakhir. Restoran pilihan kami adalah Tuk Din Cafe yang terletak berhampiran Paddington.


Aku, Faris dan Famy berjalan kaki ke Tuk Din. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Pokloh pula akan datang daripada tempat berlatih nasyid. Alhamdulillah, kami bertemu dengan abang Ramizu sekeluarga di luar Tuk Din sekitar jam 7.20 malam. Kami bersalaman dan anak sulung mereka, Amir turut gembira bertemu kami (bajet).

Ini kali pertama aku makan di Tuk Din. Kami order nasi putih, lauk kupang, daging cicah asam, ikan sweet sour dan sambal sotong. Kami juga menjamu pisang goreng yg enak dan empuk sekali. Aku minum teh ais yang menyegarkan. Kami dan abang Ramizu bertukar-tukar cerita sambil diselangi gelak tawa mesra. InsyaAllah, beliau akan meneruskan kehidupan di Malaysia dan akan duduk sekitar Sepang.

Abang Ramizu dan Kak Mimi

Aisyah Ariana

Amir


Pokloh datang agak lewat, katanya tube delayed. Namun, mujur ada rezeki beliau, makanan masih ada lagi. Kami turut order aiskrim dan pisang goreng (ala-ala banana split), pun turut dijamah oleh kami bertiga.

InsyaAllah, Isnin ini (22 Feb 2010), mereka akan berangkat pulang ke tanah air. Walaupun berlainan benua, doakan kami di sini agar berjaya dalam apa jua bidang yang kami ceburi, samada akademik, dakwah dan sebagainya. Moga abang Ramizu sekeluarga akan dapat menjalani kehidupan yang ceria bertemankan iman dan taqwa.

Moga ukhuwah berkekalan....


Photobucket

No comments: