>

Friday, February 19, 2010

Komuniti yang Meriah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap hari Khamis, malam Jumaat, di Malaysia Hall, akan diadakan majlis ilmu yang disampaikan oleh atase pendidikan yang tidak asing lagi, iaitu ustaz Erfino. Aku antara pengunjung tetap majlis ini. Di samping dapat makanan Malaysia yang sedap2, aku juga dapat bertemu dengan warga Malaysia pelbagai umur dan lapisan masyarakat.

Alhamdulillah, semalam, selepas sahaja aku selesai menguruskan kerja2 ku di Imperial, aku menaiki bas 70 menuju ke Queensway. Keadaan hujan rintik-rintik. Jalan agak basah. Buku yang aku pegang kian basah. Alhamdulillah, hanya menunggu sekitar 7 minit sebelum bas 70 menuju ke Acton High Street tiba.

Sesampainya di Malaysia Hall sekitar jam 6.10 petang, kulihat makcik-makcik ni sudah mula datang. Dewan majlis masih belum dibuka lampunya. Aku dan makcik-makcik tu bersama-sama membentang tikar sejadah. Aku dapat lihat kesungguhan dan 'excitement' makcik2 ni untuk berada dalam majlis ilmu ini. Tersenyum aku melihat makcik-makcik yang bersemangat untuk mendengar tazkirah daripada ustaz. Teringat hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a

Moga aku dan makcik-makcik ini tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadis ini.

Perkongsian oleh ustaz Erfino

Setelah membaca surah Yaasin, kami bersolat Isya' dan kemudiannya kami mendengar pula ustaz Erfino menerangkan 2 hadis yang diambil daripada kitab Riyadhus Solihin. Berkenaan Riyadhus Solihin, aku mula diperkenalkan kitab ni masa aku sekolah rendah dulu oleh abah. Tapi, pada ketika tu, aku baca juz suka2, macam baca buku cerita. Sebab memang best dan mudah je nak digarap pengajaran daripada kitab tu. Tapi Alhamdulillah, apabila telah dewasa ni, boleh mendengar dan berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu.

Setelah tazkirah, kami teruskan majlis dengan aktiviti moreh. Makanan kebanyakannya disumbang oleh ahli majlis sendiri. Datin-datin, Datuk-datuk dan makcik pakcik semangat menyumbang. Setiap minggu, banyak je makanan disumbangkan, malah, selalu lebih. Kesannya, kami di Lapworth yang 'terpaksa' membawa pulang makanan tersebut, hehe.

Iq dan pakcik Kas

Lopes yang super sedap

Pokloh dan Ismail yang tgh bergadoh

Imran dan Azmi yang sibuk memilih baju

Pose istimewa Azmi

Berbagai ragam dapat dilihat di kalangan mereka yang tua, mahupun muda. Bergaul dengan makcik dan pakcik dalam komuniti yang besar ini merupakan sesuatu yg amat berharga. Skill untuk mendampingi orang yg lebih tua daripada kita ini, bukan mudah untuk dipelajari. Mungkin pada mulanya kita kurang selesa, kerana wavelength yang setara dengan pelajar sahaja. Namun, di dunia sebenar, mereka inilah mad'u kita. Mereka inilah masyarakat sekeliling kita. Andai kita terlalu selesa dalam dunia pelajar kita, takut nanti sukar pula nak masuk ke dalam masyarakat.

Terima kasih kepada yang menyumbang. InsyaAllah, Khamis depan, kita akan adakan sedikit majlis sambutan Maulidur Rasul. Kepada semua yang berkelapangan, anda dijemput untuk hadir.

Sekian

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

jepah makan tak ajak...huhu...