>

Sunday, February 28, 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tahu dah hampir basi cerita Maulidurrasul di MSD 2 hari lepas. InsyaAllah, laporan penuh akan dilakukan oleh pengarah program, saudara Famy di website MMCL:

http://www.mmclondon.net/

Alhamdulillah, sambutan agak meriah diterima. Lebih 100 orang hadirin datang memeriahkan majlis. Penuh juga dewan Malaysia Hall itu. Majlis diserikan dengan alunan sajak oleh saudara Hamid, pertandingan bercerita oleh anak-anak komuniti Melayu London, kuiz yang dijalankan oleh saudara Ikmal LSE, dendangan nasyid oleh kumpulan nasyid nombor 1 London, Soutussalam serta alunan marhaban yang diketuai oleh ustaz Erfino sendiri.

Selepas itu, kami bersolat Isya' secara berjemaah. Kemudian, jamuan dihidangkan. Makanan amat banyak dan sedap, termasuklah kari daging, ayam panggang, sambal udang dan kuih-muih yang menyelerakan. Meriah sungguh suasana malam itu. Seronok dapat bertemu ramai warga Malaysia yang berkumpul sekali. Banyak ragam dari pelbagai lapisan masyarakat dapat diperhatikan. Begitu harmoni rasanya keadaan ini.

Moga Allah membalas jasa baik semua yang menyumbang dalam program yang lepas.

Di bawah adalah video bercerita oleh anak Uncle Kasubi, Alissa yang comel sekali:



Photobucket

No comments: