>

Sunday, October 4, 2009

Sushi @ Keiko

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Jumaat lepas, aku dijemput untuk menyertai lunch di Keiko Sushi, kedai sushi halal di South Kensington oleh Ustaz Erfino, disertai oleh ahli2 kumpulan nasyid nombor satu London, Shoutul Salam featuring abang Razin Imperial.


Selepas solat Jumaat, aku dan Hanis (1st year UCL) berjalan bersama2 menuju ke South Kensington. Wah, hampir 3 bulan aku tidak ke sini, construction di junction depan tube station ini masih belum siap lagi, hampeh. Aku membawa Hanis ke Keiko Sushi, kedai sushi milik seorang rakyat Iraq. Ku lihat di dalam, Ustaz Erfino dan Abang Razin sudah ada di situ.

Aku amat jarang makan sushi. Jadi, amat kekok aku memegang chopstick ini. Mujur ada senior yang mengajarku, yakni saudara Im Tech. Walaupun kadang2, pecah skit sushi tu, tapi, bantai aje la.....

Alhamdulillah, kenyang. TQ Ustaz Erfino dan Shoutul Salam...


Photobucket

No comments: