>

Tuesday, October 13, 2009

Battle of Hastings

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awalnya, ketika diajak untuk ke suatu program bernama Battle of Hastings, aku agak pessimis. Sudah tentu ini program sejarah, jadi, sudah tentu bosan. Jadi, aku mengambil ringan sahaja program ini.

Namun, semakin menghampiri program, aku semakin nampak impak dan kesan peristiwa ini dalam membentuk negara dan peradaban England hari ini. Yerla, bila lagi nak merasa pengalaman ni. Kalau xde trip ni, dah tentu aku xkan pergi, dan sudah tentu, suatu kerugian bagi yang belajar di United Kingdom.


Asalnya, trip ini dirancang pada hari Ahad lepas. Namun, menjelang tarikh itu, weather forecast menunjukkan bahawa hari Ahad itu kemungkinan akan hujan lebat. Jadi, daripada mengambil risiko itu, kami menukar rancangan dan mengawalkan program kepada hari Sabtu. Walaupun agak ramai yang tidak dapat hadir, namun, masih ada beberapa orang yg komited untuk bersama-sama.

Dari Charing Cross, kontinjen seramai 13 orang dari London menuju ke suatu tempat di East Sussex yang dinamakan Battle. Perjalanan agak lama, hampir satu jam setengah. Kami habiskan masa di dalam tren dengan berborak sambil bertukar2 pandangan. Sungguh meriah tren tersebut dengan kehadiran kami.

Di Battle, tempatnya adalah lembah yang luas, di mana peristiwa Battle of Hastings ini berlangsung lama dahulu. Aku suka dengan padang yang luas, bukit bukau hijau, ditambah dengan udara segar jauh dari London. Bangunan2 berupa castle lama dan gereja2 turut menambahkan keunikan suasana.
\
Kami dihiburkan dengan permainan kuda, diperkenalkan dengan teknik berburu, dipersembahkan dengan ilmu2 peperangan Barat. Kami diterangkan dengan terperinci tentang sejarah yang berlaku dalam pembentukan England. Sesungguhnya, jatuh bangkit tamadun Barat ini ada hubungkaitnya dengan jatuh bangkit tamadun Islam. Dengan mengetahui sejarah tamadun2 lain, kita dapat menyelaraskan sejarah dunia dan lebih jelas dengan apa yang berlaku.

Bersama seorang pejuang Saxon, hehe

Persembahan paling dinantikan adalah Battle of Hastings itu sendiri. Dalam sesi ini, peperangan besar ini dilakonkan semula, termasuklah Duke Williams dan King Harold. Wah, memang suatu teknik menarik untuk mengingati sejarah. Aku lihat ramai sungguh orang2 tempatan membawa anak mereka ke sini, malah turut menerangkan kepada anak2 mereka tentang sejarah negara mereka. Kagum!!!

Walaupun agak letih, namun, tetap kami enjoy sambil menimba ilmu....


p/s: aku check2 kamera, banyak btul gambar fitri....

Photobucket

2 comments:

~UmmU SoLehah~ said...

salam..

beruntungnya si pengembara itu...

terasa 'jeles' hati kecil ini..

huhu~~

Pacat said...

huhu.. ku ingt program ni every week.. dgn yakinnya, ku mahu pergi minggu ni.. (siap ajak liyana city lg.. adeila)

next year, IA akan usaha pegi..

trase bes yg amat..