>

Tuesday, October 6, 2009

Berbuka di Edgware Road

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini, ahli-ahli rumah Lapworth Court (kecuali Faris) dengan beberapa tetamu telah berbuka puasa di Edgware Road. Restoran pilihan adalah Iraqi Grill, entah, aku x pernah tahu pun tempat ni, dicadangkan oleh saudara Pok Lah.

Abg Anwar


Majlis berbuka puasa hari ini diilhamkan oleh Abg Anwar dari Leicester. Beliau menumpang tidur di rumah kami semalam kerana ada peperiksaan pada hari ini. Beliau dulu belajar di Manchester dan sudah bekerja sebagai doktor hampir 3 tahun lamanya. Kira orang lama lah ni, dah banyak makan garam orang kata.

Dari Lapworth Court, kami melalui tepi sungai dan menuju ke Edgware Road. Perjalanan lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Kami memesan beberapa jenis makanan. Digabungkan pula dengan jus mangga yang amat likat dan pure. Sungguh menyelerakan. Nasi dan beberapa lauk grill juga sungguh membuka selera.


Antara tetamu lain yg hadir adalah Imran Mustafa dan Humaizi dari Surrey (muka ceria giler). Walaupun makanan yang diorder agak banyak, alhamdulillah, kami berjaya menghabiskan. Tinggal sayur dan beberapa keping roti sahaja tertinggal.

TQ abang Anwar, moga Allah membalas jasa....

Sabda baginda s.a.w: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

P/S: Kepada semua, jom berpuasa sunat, bleh berbuka sama2, masak judah bersama warga Lapworth Court...

Photobucket

1 comment:

el nino said...

apsal poklah xpernah ajak ak g sini...?