>

Sunday, August 9, 2009

Setelah Lama Tidak Bersua

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak balik dari London, aku dah lama x berjumpa dgn bebudak yg slalu bersama aku di London dulu. Jika dulu, kami akan makan bersama, berusrah bersama, menelaah bersama dan sebagainya, terlalu aku merindui keadaan itu.

Jadi, apabila Pok Lah mengajak kami, bebudak London yg tinggal di sekitar Lembah Klang untuk makan2 di rumahnya, aku pergi tanpa banyak soal. Walaupun terpaksa melalui perjalanan hampir satu jam, aku tidak kisah, demi bertemu rakan2 yang bertaut ukhuwah kami.

Aku sampai ke rumah datuk beliau. Beliau asalnya dari Kelantan. Tapi, cuti summer ni, beliau buat attachment di Lembah Klang, jadi, beliau menetap di umah datuknya. Aku memberi salam. Di dalam rumah, kelihatan Pok Lah, Apak, Isa, Famy, Iqtidar, Miji dan Faris Husaini. Wah, meriah sungguh bertemu mereka. Dah lama x bertemu, kami saling berpelukan dan berborak ria.


Lepas penat2 borak, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari, kami dihidangkan dengan 6 pizza dari domino's. Sedap sungguh, first time aku makan domino's, terima kasih Apak yg memilih menu. Licin kami habiskan pizza2 tu dalam masa beberapa minit sahaja.


Selepas makan, kami beransur meninggalkan umah datuk poklah. Segan plak lama2.

Terubat rindu di hati, menemui rakan2 seperjuangan. Moga bertemu lagi pada masa depan. Terima kasih semua!!!!

Umar al-Khattab berkata: “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran.”

Photobucket

5 comments:

mohd isa said...

pantang bawa kamera, habis di-upload gambar-gambar.

miji said...

j-pah, masuk la gambar main boling. gambar markah dkt skrin tu. huhu :D

Pacat said...

smell so fishy je ayat miji ni..

kalah teruk ke?? :P
dgn apak?? ngeh3

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

salam ziarah...

siapa orang yang pakai baju merah dalam gambar ke-3 tu? mcm kenal je, tapi tak ingat nama... huhu

Pacat said...

gambar ke-4 kan?

dia iqtidar hasanan.. ex-sakti..

dia terkantoi gambanya diambil ketika menjeling isa.. jeles dgn isa ke?

tlg jawab :)