>

Sunday, August 16, 2009

Bercerita Tentang MOC 09

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun sudah agak basi cerita berkenaan Muslim Overseas Camp (MOC 09) baru2 ini, dan walaupun saudari Ajah sudah bercerita panjang lebar tentang hal ini dalam blog pacatlembiknya itu, tapi, aku masih mahu cerita gaks.

Disebabkan keperluan, beberapa fasi diperlukan hadir awal ke tempat program di Kem Bumi Jati. Jadi, aku memilih Hisham dan Iqtidar untuk menemaniku datang awal. Aku bergerak seawal jam 9 pagi dari rumah. Abah menghantarku ke Stesen Komuter Subang Jaya. Dari situ, aku bergerak ke Stesen Komuter Bukit Badak. Di situ, aku menanti Hisham dan Iqtidar tiba.

Namun, aku dapati, stesen komuter Bukit Badak itu terlalu sunyi. Tiada tandas, tiada surau. Orang pun hampir tiada. Aku melewati pintu keluar stesen, kosong. Kereta pun tiada di luar. Aku berfikir, macamana kitorg nak gerak ke Bumi Jati nih? Aku bertanya kepada abg yg jaga kaunter tu. Jadi, die mencadangkan kami untuk ke Klang dan mengambil teksi dari sana.

Aku bertemu Iq dan Hisham dalam tren. Kami bersama2 gerak ke stesen Klang. Kami singgah di surau stesen untuk bersolat Zuhur dan kemudian, bergerak ke kedai mamak berdekatan untuk makan lunch kami. Sungguh seronok aku bertemu rakan2 seperjuangan. Kami berborak sakan. Kemudian, kami menaiki teksi menuju ke kem Bumi Jati.

Di kem Bumi Jati, kami orang pertama sampai. Kenangan2 berkawad sewaktu BTN dahulu kembali menggamit fikiranku. Tersenyum sinis memikirkan gelagat dalam BTN dulu. Kami menemui En. Zaki dan beliau menunjukkan kami bilik kami. Wah, jauh lebih hebat berbanding dorm sewaktu BTN. Ade 2 bilik dan 6 katil, dan ade aircond! Di ruang tamu, ade TV dan sofa.

Malam itu, kami bermeeting ringkas untuk menghadapi hari pertama MOC esok paginya.


Hari ditunggu pun tiba. Menjelang jam 11 pagi, para peserta tiba dan mendaftar. Aku terlepas sesi ni sebab tengah terbaring di atas katil, malam smalam tidur lambat, huhu. Sedar2 je, perserta dah sampai dan menjamu selera.

Petang itu, selepas sesi ice breaking, kami bersenam sekejap dengan satu aktiviti riadah mudah dinamakan 'inverted circle'. Modul ni mmg hasil cadangan aku dan aku uruskan. Idea dari riadah ni aku dapati dari program OBS PNB. Mujur bebudak PNB x datang, huhu.

Itu sedikit nukilan dari MOC hari pertama....



Photobucket

No comments: