>

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Mengundi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Hari ini, 25 Ogos 2009. Para pengundi di N11 Permatang Pasir akan membuang undi dan akan memilih calon untuk mewakili DUN tersebut. Maka, akan berbondong2lah pakcik, makcik, abang dan kakak yang akan turun membuang undi. Moga kalian semua dapat menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin ini sebaiknya.

Dalam satu hadis, Nabi S.A.W. bersabda:

Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia melantik seseorang. Pada hal dia dapati ada seseorang yang lain lebih layak daripadanya bagi kaum Muslimin, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulnya

Dan sebuah lagi hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Muslim)

Jadi, kepada pengundi Permatang Pasir, undilah mengikut neraca iman dan taqwa, dan bukannya kebendaan semata-mata. Tanggungjawab memilih ini adalah tanggungjawab anda, jadi, pilihlah yang terbaik untuk Islam. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini. Jika kita imbau, bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Jihad melawan nafsu, perang Badar, perang 'Ain Jaloot pun berlaku pada bulan ini. Jadi, marilah kita sama2 memenangkan Islam.

Sekadar Hiasan

Menurut SPR yang bebas dari pengaruh politik, keputusan pilihanraya hari ini akan diketahui sekitar jam 8 malam. Jadi, kepada yang bakal memenangi pilihanraya hari ini, walau anda dari parti mana pun, ingatlah:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

http://2.bp.blogspot.com/_QhNY1f1XuUY/SbJugpLLQQI/AAAAAAAAA48/Q7J2PwL2I88/s400/amanah.jpg

Yer, amanah itu berat. Lebih-lebih lagi tanggungjawab memimpin itu. Bukan hanya perlu menguruskan kebendaan, tapi juga mereka perlu bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Jadi, harapanku, kepada sesiapa pun yg akan dipilih oleh rakyat hari ini, jalankanlah tanggunjawab kepada Allah dan kepada rakyat dengan sebaiknya.

Moga keputusan malam ini adalah yang terbaik untuk Islam...

Photobucket

1 comment:

mk said...

ameem ameen ya rabb
hm pilihanraya kali ni dibuat ms hari kerja..apepun mereka merancang dan Allah jg merancang. dan sebaik2 perancang adalah Dia