>

Monday, April 27, 2009

Buat yang akan ke Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari pertama selepas cuti musim bunga selama sebulan. Rasa otak ni agak lembab dan berkarat setelah sudah lama tidak ke kelas. Namun, setelah dicuci dan sedikit letak minyak pelincir, barulah otak ni berfungsi semula, namun, still agak lembab.

(repekan apakah ini?)

Aku telah diajukan beberapa soalan dari adik-adik (ke kite sama umur? hehe) dari KYUEM berkenaan macam2, hidup di UK, hidup di London, hidup di Imperial dan bermacam2 lagi. Maaf andai ade yg tidak aku balas lagi jawapan kalian, bkan xnak balas, cume kekangan masa dan peluang untuk membalas.


InsyaAllah, beberapa post yg akan aku tulis pada masa depan ni akan memberikan sedikit info dan perkongsian kehidupan di UK, London atau Imperial. Mungkin x begitu mendalam, tapi, harapnya, dapat memberikan korang sedikit pendedahan.

Kepada Za'ba:

Terima kasih kerana menulis di ruangan shoutbox aku nih. Berkenaan polisi 60/40 ni, sejak zaman aku, polisi di dimansuhkan. Pada mulanya, memang agak gabra dan risau gak, sbab dengar cerita, hidup di London ni memang mahal, terutama accommodation. Risau je aku x cukup duit. Namun, bile sampai sini, segala-galanya berubah.

Memang, x dinafikan, accommodation di London jauh lebih mahal, kadang3 3 kali ganda lagi mahal dari tempat di luar London. Namun, sebab itulah elaun bebudak London pun agak mahal, setimpal dengan perbelanjaan mereka, jadi, jangan risau kerna elaun yg sponsor korang bagi tu memang mencukupi.

Di Imperial, standard bilik die adalah 400 pounds sebulan. Macam aku, bilik aku berharga 364 pounds sebulan. PNB bagi 1000 pounds sebulan, so, kirela sendiri berapa duit lebih dalam sebulan. Quite a lot I must say, dengan syarat korang tidak membazir mengikut nafsu berbelanja pada jalan yang tidak sepatutnya.

Untuk pemilihan hall di Imperial, terdapat beberaa kriteria yang perlu korang ambil peduli:

1) Jarak dengan Imperial
2) Harga (of course!)

3) Jenis bilik (single, double, triple, en suite etc)


Imperial punye halls agak unik kerna tidak seperti Uni lain, hall Imperial scattered around London. Ada yang hanya 5 minit perjalanan kaki ke Imperial, dan ada juga yang 40 minit NAIK TUBE. Namun, halls yang berdekatan dengan Imperial pastinya berharga jauh lebih mahal berbanding hall yang jauh.

Antara hall yang dekat ngan Imperial adalah:

1) Southside
2) Beit Hall

3) Weeks


Namun, hall2 ini amat mahal, dan andai anda bukan disponsor oleh penaja yang mengamalkan dasar 60/40, aku x cadangkan korang apply hall ini. X worth!


Aku sendiri duduk di sebuah kejiranan yang aman damai, iaitu Evelyn Gardens. Di kejiranan ini, terdapat 5 hall kepunyaan Imperial. Hall2 itu adalah:

1) Fisher Hall
2) Bernard Sunley Hall

3) Southwell Hall

4) Holbein House

5) Willis Jackson


Hall2 ini terletak 20 minit berjalan kaki dari Imperial. Korang rasa jauh ke? Pada mulanya, memang rasa jauh, namun, setelah beberapa bulan duduk sini, rasa dekat je. Boleh bersenam hari2, di samping tu, bukannye berpeluh pun jalan 20 minit di UK ni. Harga2 hall di Evelyn Gardens pun agak murah dan berpatutan. Boleh banyak savings.

Untuk pemilihan jenis bilik plak, terdapat beberapa kriteria, iaitu, single, double dan en suite. En Suite ni merupakan bilik yang mempunyai tandas dan bilik mandi di dalam bilik. Untuk bilik standard, bilik air dan bilik mandi terletak di luar bilik dan perlu berkongsi dengan orang2 lain.

Bilik En Suite jauh lebih mahal dari bilik2 lain. Secara peribadi, aku x rasa pun perlu bilik air sendiri. Pertama, aku jarang sekali perlu beratur untuk mandi mahupun buang air. Bilik2 ni kebanyakan masa available. Korang harus tahu, omputeh2 ni jarang skit mandi. Lagi2, pagi2 yg sejuk nih. Jadi, advantages bagi orang Asia macam kiter. Harga bilik standard pun agak murah.


Nak pilih bilik double ke single? Tu antara soalan yang sering diajukan. Sebenarnya, bergantung ada korang. Ada orang yang duduk bilik double, dapat roommate yang baik, so, xde masalah. Namun, ada risiko untuk korang dapat roommate bermasalah (bawak perempuan balik, suke minum arak, merokok dsb), jadi, fikir baik2. Secara peribadi, aku akan pilih bilik single standard, kerna risau mendapat roommate bermasalah.

Tu je kut sedikit sebanyak info pasal accommodation di Imperial. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Imperial sendiri.

Kepada junior, diharap korang dapat pergi ke Muslim Overseas Camp sbab banyak maklumat tentang uni dan kehidupan di luar negara akan dikongsi di situ oleh seniors korang ni. Amat bermanfaat di samping menyediakan korang ke UK.

Atau andai ada pertanyaan berkenaan hidup di UK, London mahupun Imperial, boleh emel aku:

huzaifahar@hotmail.com
YM: huzaifahar2000

skype: huzaifahar

No Tel: +447795624555


Ingin mendengar khabar dari korang!

(p/s: kepada Za'aba, moga membantu!)

Photobucket

8 comments:

mohd isa said...

aku sebagai ex-pembridge-an ingin meluahkan rasa tidak puas hati aku:

"selambe je tak letak pembridge hall. hall tu dah lah cantik, accessible dan lain-lain lagi"

sekian, terima kasih

Jpah said...

hey, maaf la, even media arus perdana pun bias, inikan pula aku yg masih bertatih dalam bidang penulisan ini.
(ape kate ko tlg tuliskan?)

Azlan Kamal said...

Assalamualaikum wbt, aku recommend jadi macam faris, cari accomodation luar, mantap!

Anonymous said...

Salam,
Nak lagi mantap jadi macam Apak, tumpang rumah orang je...
Jangan lupa bawak tuala sendiri je...

Anonymous said...

Betul ke? Apak ckp x best dowh, dah ler menyusahkan tuan rumah. X rational kalo xde rumah sendiri. Tapi kalo ada yg sudi menumpangkan, apa salahnya. Pepehal accomodation hall kurang menarik.

mohd isa said...

sementara rehat sekejap daripada buat revision untuk paper ke-4 dalam minggu ni..boleh tulis-tulis sikit.

pembridge hall terletak di notting hill. harga sewa bilik lebih kurang sama dengan evelyn gardens. keunikan pembridge adalah terdapat 2 bangunan:- main building dan annex building. kalau dapat annex building tu, beruntung lah, sebab annex building tu ada 3 tingkat, 2 flat setiap tingkat. setiap flat adalah single sex dan mempunyai 3 bilik single dan 1 bilik double-sharing, satu bilik mandi, satu bilik air dan satu dapur. semua kemudahan tersebut eksklusif untuk penghuni flat itu sahaja. setiap hari akan ada makcik yang bersihkan dapur dan bilik air. dapur annex ni antara dapur yang terbersih di pembridge hall (dan mungkin seluruh IC?). selang sehari dia akan vakuum bilik.

kalau main building pula, style dia macam hall-hall lain.

di notting hill ada macam-macam. dari segi pengangkutan, ada district, circle, dan central line. bas no. 27,28,31,52 lalu berhampiran. nak beli groceries banyak pilihan ada. ada cawangan HSBC, Lloyds, NatWest, Abbey berdekatan (HSBC dan Lloyds ada Islamic Account). nak jalan kaki ke bayswater/malaysia hall pun senang. makanan halal ada. ada kedai siam "Tawana" dalam 5-10 minit jalan kaki. setiap hari sabtu ada portobello market berhampiran. memang best kan?

hall tu juga terletak bersebelahan public library. kalau bosan study kat bilik, boleh study kat library.

daus said...

apak suka tidur rumah orang tapi tak pernah tidur rumah aku...sedey....

tumi said...

beit hall paling best occay!.. haha