>

Wednesday, February 4, 2009

London Pasca Salji

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah semalam salji menebal menuruni kota London, semua itu berakhir hari ini. Apabila aku bangun pagi, aku lihat luar jendela, ternampak saki-baki salji yg semakin mencair sedang masa berlalu.

Pandangan luar jendelaku

Hari ini, kelas berjalan seperti biasa. Walaupun sesetengah department seperti department Mechanical Engineering dan Electric n Electronic masih lagi bercuti hari ini, namun, kuliahku berjalan seperti biasa.

Walaupun salji mule mencair, terdapat saki-baki salji yg mengeras di jalanan yg membuatkan jalan menjadi amat licin. Kami harus berjalan berhati-hati untuk mengelakkan tergelincir. Letih jugakla berjalan mcm ni.

Jalan yg amat licin

Walaupun hanya sehari dapat bermain salji, aku bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepadaku untuk menikmati pengalaman salji tebal, DI LONDON!!

Sedikit Statistik berkenaan fenomena salji luar biasa di London semalam:

1) Semua lapangan terbang sekitar London (Heathrow, Luton dsb) ditutup sepenuhnya

2) Hampir semua penerbangan dibatalkan menyebabkan beribu penumpang terkandas

3) Semua perkhidmatan bas dalam London dihentikan

4) Semua perkhidmatan keretapi bawah tanah (tube) dihentikan, menyebabkan jutaan warga London x dapat pergi ke tempat kerja dan sekolah. Kerugian dianggarkan 40 juta pounds

5) Hampir 300 institusi pendidikan di London ditutup (termasuk Imperial, hehehe)

Photobucket

1 comment:

bun said...

hmmm...best jugk walaupun rugi 40juta pound nie ye..hehe