>

Tuesday, February 17, 2009

Keinginanku

بسم الله الرحمن الرحيم

http://hem.fyristorg.com/lbl/alchemy.jpg

Dalam ilmu alchemy (diambil dari perkataan Arab, al-Kimiya), atau pun ilmu kimia kuno ini, terdapat suatu prinsip yang dinamakan 'principle of equivalent trade'. Secara mudahnya,

We cannot get something from nothing

Yup, dalam dunia ini, tiada benda percuma. Walaupun tiket RyanAir itu pun berharga 0 pounds, untuk mendapatkannya, memerlukan usaha gigih lagi terperinci yang memakan masa dan tenaga. Jadi, secara mudahnya, tiada yang percuma.

Untuk mendapatkan syurga, perlulah kita banyak berkorban keseronokan dunia ini. Untuk dapatkan rumah impian, perlu bekerja mengumpul duit. Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang mantap dan cemerlang, perlu usaha berterusan dengan gigih tanpa putus asa. Teringat kata-kata Celine Dion:

When you want it the most, there is no easy way out

Betul, tiada jalan mudah untuk kita mendapatkan apa yang betul-betul kita mahukan. Semakin tinggi keinginan untuk mendapatkannya, semakin susah dan menggunung tingi cabaran dan dugaan perlu dihadapi. Kita lihat bagaimana saudara kita di Palestin ingin membebaskan tanah mereka daripada Israel, harga perjuangan ini adalah darah dan nyawa!

http://www.bangitout.com/uploads/38hamas_war0402.jpg

Kepada diriku dan rakan-rakan serta juga adik-adik sekalian, yang bergelar pelajar khususnya. Jangan berputus asa! Walaupun kita sering menemui kegagalan, itu bukan alasan untuk kita terus tersungkur. Andai kita tersungkur, berusahalah mencari tongkat untuk memapah badan ini. Andai kita terluka, carilah bandage untuk kita balut luka itu, namun, walau apa pun berlaku, keep fighting!

يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
(Yusuf: 87)

If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl. No matter what happen, keep moving

Allah berfirman:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan
(At-Taubah: 105)

Huhuhu, khas kepada diriku yg akan hadapi exam final Biological Chemistry Jumaat ni. Perlu berusaha dengan gigih!

Photobucket

2 comments:

pencinta said...

gud luck......

Isa Mustaza said...

dalam kesibukan mengulangkaji, sempat juga 'berusaha' update blog. hoho. go go chaiyok! go go power rangers!