Tuesday, May 19, 2009

Buat Insan Tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku ingat lagi ketika aku menelefon abah beberapa minggu yang lalu...

Balik Malaysia x tahun ni? Abah tanya

Balik, jawab aku

Brape haribulan? Abah tanya lagi

XX June ni, jawab aku lagi

Banyak program cuti ni?, tiba-tiba abah tanya aku. Soalan yang tidak aku expect dari abah dan agak berat untuk aku menjawabnya....

Banyak jugak program, jawab aku dgn berat

Oh, bagusla, jawab abah sayu

Begitulah petikan dialog antara aku dan abah beberapa minggu yang lalu. Sungguh, abah sudah pasti nak meluangkan masa bersama-sama anak tersayang, lebih2 lagi x berjumpa selama beberapa bulan. Namun, aku bersyukur kerna abah begitu memahami aku, x payah nak aku beritahu, abah seakan2 tahu yang aku akan banyak keluar dari rumah sepanjang cuti ini.

Abah begitu banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Dari kecil, abah tidak pernah mengabaikan perhatian kepada kami. Kadang-kadang abah marah, tapi tu pun untuk kebaikan kami.

Kami Sayang Abah!

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran abah. Semoga Allah panjangkan umur Abah, pergandakan pahala dan amalan, dan murahkan rezeki abah. Doakan keselamatan serta kecemerlangan anak Abah ini di dunia dan di akhirat. X sabar sungguh nak balik Malaysia, bersalaman dgn abah dan emak.

http://farm4.static.flickr.com/3435/3198043773_0b2135f37f.jpg?v=0

“Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Ameen“

Photobucket

Monday, May 18, 2009

Satu Perjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup ini satu perjuangan. Di dunia, kita berjuang untuk memajukan diri, agama, masyarakat, negara dan sebagainya. Namun, setiap perjuangan ini, andai tidak diniatkan kerana Allah, maka, sia2lah perjuangan itu, ibarat tiada arah tujuan.

Namun, hari ini, aku dan Pali Liverpool diuji dgn suatu ujian. Pelbagai mehnah terpaksa kami hadapi demi mencapai tujuan kami. Moga perjuangan kami ini dibalas dengan pahala dan syurga Allah (untuk cerita penuh, tanya bebudak Greenwich).

Hari ini, Pali Liverpool pergi ke Greenwich setelah dijemput oleh masyarakat Malaysia di sana. (Untuk pengetahuan, Malaysian Society University of Greenwich menempa sejarah tahun ini apabila mempunyai 5 orang ahli). Pali yang juga merupakan guru besar fardhu ain di Liverpool mengadakan lawatan merapatkan ukhuwah antara masyarakat Liverpool dan Greenwich, Bandaraya Islam. Mungkin juga lawatan ini betujuan membawa pulang prinsip dan amalan gaya hidup Islam masyarakat Greenwich ke Liverpool.

Dengan menaiki tube dan DLR, perjalanan mengambil masa sejam lebih untuk ke Greenwich. Di dalam DLR, aku dan Pali diuji dengan begitu hebat sekali. Peluh jantan mengalir membasahi dahi walaupun cuaca agak sejuk berangin. Sedikit menggigil, namun, kami bertenang. Dalam keadaan itu, tetiba pulak, DLR berenti di tengah jalan. Kesabaran kami diuji. Namun, teringat firman Allah:

إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ...
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar
(al-Baqarah: 153)

Sesampainya di Greenwich, aku mencari2 warga Greenwich dgn ganasnya.

Iman!! Iman!! Manakah kau???

Aku menjerit dalam hati. Sekali lagi, kesabaranku diuji. Kali ini, cubaan dan ujian ini sudah sampai ke kemuncak. Namun, mujurlah Pali Liverpool menenangkan aku. Dalam ketika aku diuji itu, beliau cuba untuk menggembirakan aku. Aku tersenyum lemah, bukan x mahu gelak, namun, sukar dalam keadaanku ketika itu. Namun, tetap aku berterima kasih kepada Pali Liverpool atas usaha beliau menggembirakan aku.

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”
(Bukhari dan Muslim)

Tolong potong rambut anda

Akhirnya, Iman sampai, ibarat seorang wira yang menyelamatkan aku dari lembah kesakitan itu. Beliau membawaku ke bilik Epi untuk merawat duka dan lara yang aku hadapi ini. Selepas itu, warga Greenwich mampu membuatkan aku tersenyum kerna mereka membelanjaku makan lunch.

Akhirnya, aku menyerahkan tanggungjawab menjaga dan melayan Pali Liverpool kepada warga Greenwich (Iman, Pali, Syamil, Epi dan Famy). Selamat bergembira sahabat, dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Terima kasih kerna sudi menziarahiku (dan menyepahkan bilikku). Moga bersahabatan kekal abadi....

Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah....

Anda blur dengan kisah ini? Sila hubungi ahli2 MSoc Greenwich (5 orang) atau guru besar fardhu ain Liverpool (Pali) untuk berita penuh....

Dalam kepayahan dan kepenatan, sempat
bergambar di Canary Wharf

Photobucket

Pali di London (Hari kedua)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada hari minggu ini, aku membawa tetamu dari Liverpool ini berjalan sekitar London. Kerna ingin membeli cenderahati untuk kakak tercinta, aku membawa Pali ke Oxford Street. Dengan menaiki bas 414, kami berlepas dari Evelyn Gardens sekitar jam 11 pagi waktu UK.


Biaserla, hari Ahad, mmg penuh orang di jalanan. Shopping ini sudah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi orang2 putih ni. Di mana2, mereka membawa anak2, sanak saudara dan orang tua keluar ke bandar. Inilah hiburan bagi mereka.

Walaupun aku ni tidaklah suka shopping nih, tapi aku bawa juga Pali ke sini untuk beli barang2 untuk famili beliau. Setelah beberapa kedai kami masuk, Pali bertemu juga dengan hadiah untuk kakak tercinta. Pastu, kami juz jalan2, masuk kedai itu, masuk kedai ini tanpa membeli barang, skill yg memang aku pakar.

Perut sudah lapar. Kami menuju ke Warren Street untuk singgah solat dan makan di UCL. Kami singgah di Gower Street, di mana Fitri, Adam (dan Apen) tinggal bersama. Sungguh lama, hampir sebulan aku x jumpa dgn Fitri. Maklumlah, dulu sibuk dgn kerja die, skarang sibuk dgn exam pulak. Baru harini dapat jumpa. Apen? X yah cerita....

Apen

Fitri


Kami bergerak ke Shah Jalal Mosque, Euston untuk bersolat Zuhur. Selepas itu, aku, Pali, Fitri, Apen dan Adam bergerak ke Sizzling Bombay untuk menikmati lunch kami. Makanan die agak sedap, ibarat kata Pali:

Just nicela... (sila baca dengan nada Kelantan)

Sepanjang makan, kami dihidangkan jua dengan jenaka daripada Pali. Hampir pecah perut kami. Namun, teringat kepada hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
Riwayat Abu Daud

Terfikir jua aku, adakah kami banyak berkata dusta? Makin banyak berkata, makin banyak dusta, itu hakikat yang perlu kami terima. Moga diampunkan dosa-dosa kami.

Rasulullah S.A.W. juga berjenaka. Namun, jenaka beginda tidaklah berdusta.

Sebagai contoh, diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga.' Jawab Rasulullah s.a.w., 'orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;'beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara.'

Moga selepas ini, setiap kata-kata kita memberi pengajaran, tidak berdusta dan bermanfaat kepada orang sekeliling.


Sungguh seronok harini, dapat bertemu rakan-rakan yang dah agak lama tak jumpe. Moga persahabatan ini kekal abadi...

Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah!


Photobucket

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan bakal guru Malaysia. Aku lihat, kebanyakan blog nampaknya sudah aktif menulis perihal hari ini, jadi, aku tak mahu ketinggalan juga.

Namun, cerita hari guru bagi aku tahun ini amat berbeza. Pada hari ini, kami, warga Evelyn Gardens menerima kehadiran dua orang tetamu yang juga merupakan bakal pendidik Malaysia. Mereka adalah saudara Pazli dari Liverpool dan saudari Ajah (ni dah macam bukan tetamu dah) dari Surrey. Kedua-dua mereka ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Pazli tiba di Victoria sekitar jam 3 petang. Maafkan aku kerna tidak dapat hadir tepat pada waktunya mengambil ko. Weekend ni, banyak betul line tube yg tutup, sungguh mencabar.

Pazli dijamu dengan sambal ikan keli (TQ kepada Aishafat dan Ajah kerna menyediakan sambal dan tahniah kepada aku kerna berjaya menggoreng ikan dan memasak ikan sambal). Best gile, mmg favourite aku nih, nak beli kat MSD, mahal sgt. Jadi, mmg rezeki Pali la datang sini dapat makan ikan keli.


Setelah makan, aku, Shah dan Pali keluar menuju ke Bayswater. Pali nak beli cenderamata untuk sanak-saudara di Malaysia. Kami berjalan dari Evelyn Gardens menuju ke Imperial College London. Aku dan Shah menunaikan solat Asar di sana. Kemudian, kami bergerak pula ke Royal Albert Hall, maklumlah, ni kali pertama Pali dapat berjalan di London (sronok jadi org da abis exam nih). Sungguh macho sekali beliau bergambar.

Pali di depan Royal Albert Hall


Kami melalui Kensington Gardens dan beberapa lagi gambar diambil.

Sebagai fakta, gambar Shah (warga London) lebih banyak diambil berbanding gambar Pali (warga Liverpool).


Pali membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Yang menariknya, Shah pun turut membeli cenderahati. Xpela, aku raikan je beliau, maklumlah, hari ni hari Guru.

Fakta kedua, Shah membeli lebih banyak cenderahati berbanding Pali

Jadi, anda nilai sendiri, siapakah pelancong sebenarnya?

Sapekah pelancong?


Selamat Hari Guru kepada anda semua!!!

X sabar nak makan ayam masak merah Liverpool



Photobucket

Saturday, May 16, 2009

Jom Main Bakteria

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam sesi eksperimen tadi, kami membuat eksperimen bacteris transformation. Prinsip die camni ar, kami dikehendaki untuk memasukkan plasmid (circular DNA) ke dalam bakteria2 itu dan perhatikan perubahan pada phenotype (ciri2 yg kelihatan) mereka.

Tekun

Yer la, selama ni, blaja teori je, inilah masanya kami mempraktikkan ilmu2 yg dipelajari. Pepatah Arab berbunyi:

Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tidak berbuah

Confucius puler berkata:

Ilmu tanpa amal itu sia2,
Amal tanpa ilmu itu merbahaya


Namun, kami dikehendaki menunggu selama beberapa tempoh yang lama untuk memastikan bakteria2 ini bercambah (mating) dengan jayanya. Sempat gak aku call Aslam Soton dan Azri YB Birm.

Ladi yg buat2 segan dan Anthony

TQ juge kepada Ladi (lab partner dari Nigeria) kerna ambilkan gambar aku....

E.Coli yang kami 'pelihara'

Photobucket

Thursday, May 14, 2009

Callin' U - Outlandish

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam menunggu masa untuk ke kelas, aku browse through YouTube dan terjumpalah video2 di KYUEM dulu. Aku klik video promo IAW batch kitorg. Aku tengok balik zaman2 muda2 dulu, everyone is so different, yet we can work together. Rindu zaman2 kolej dulu di mana tiada sentimen dimainkan, sungguh best bekerja bersama.

http://photos-d.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2665/67/0/1509843068/n1509843068_30127491_4966221.jpg
IAW 07 High Committee (Boys)

Teringat lagi masa tu, aku (secretary) gaduh2 dengan Kerul (Director) n Yahya (Co-director) sebab tidak bersetuju hanya dengan cara masing2, namun, itu tidak memisahkan kami, malah, kami bertoleransi dalam perselisihan dan kami bekerjasama dalam perkara yang disepakati. Kami sedar, selaku golongan yang sama2 inginkan Islam tertegak, kami tidak sepatutnya berselisih, sedangkan kebathilan dan kesesatan tu bersatu dan tersusun kukuh.

Ketika itu, aku sedar, toleransi dan kerjasama adalah nilai amat penting dalam kerja sebagai pendakwah. TQ guys kerna telah mengajarku....



Lagu dari Outlandish, Callin' U:


Outlandish - Calli...

I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
To trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I didn't always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin' to reach U

Still the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
Oh, it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it isn't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

Photobucket

Wednesday, May 13, 2009

Kuantiti atau Kualiti?

بسم الله الرحمن الرحيم



Kuantiti atau kualiti? Itu antara persoalan yang menarik untuk difikirkan. Andai banyak tapi x berkualiti, still x guna juga, malah, mungkin membebankan orang2 yang berkualiti. Tapi, kalau berkualiti, tapi sikit, still, kurang tenaga kerja manusia. Jadi, meh menjadi umat Islam yang ramai dan berkualiti...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Riwayat Abu Daud)

Photobucket

Tentatif SIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai rujukan bakal peserta, berikut merupakan jadual SIL. Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang perjalanan anda.

Klik untuk imej lebih besar

Jumpa anda di SIL.....

Diambil dari: http://mmclondon.blogspot.com/

Photobucket

Monday, May 11, 2009

Seminar on Islamic Leadership

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk Imej Lebih Besar

Terbuka kepada semua pelajar yang berada di UK dan Ireland. Tiada bayaran dikenakan, accommodation di Malaysian Hall, free (tertakluk kepada availability, pelajar luar London diutamakan), meals juga disediakan, jangan risau kelaparan sepanjang 3 hari ni!

Apa lagi? Jom mendaftar:

Emelkan Nama, No Telefon dan Universiti anda kepada:

sil09.register@gmail.com

http://mmclondon.blogspot.com/
Photobucket

Sunday, May 10, 2009

Beautifully Imperfect

بسم الله الرحمن الرحيم

Moga kiter dapat bersama-sama bertemu dengan pasangan yang "beautifully imperfect as we are".






Photobucket