Tuesday, May 20, 2008

6 Free Blocks

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini terpaksa juger ke akademik blok walaupun dah lame x pegi seawal ni. Block 3, seperti dijanjikan, ade klas. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke Bio Lab 1 ditemani lagu Erti Syukur oleh UNIC. Masuk je ke kelas, Firdaus, Syauqi dan Judin Morinda ade dlm kelas.

X brape lame kemudian, Mr Azman masuk ke kelas dan memberikan handouts berupa past papers yg dikumpul oleh Mr Vroege. Seperti yg diberitahu sebelum ni, ini merupakan kelas Bio terakhir. Sedih, aku amat enjoy kelas Bio. Masih aku teringat ketika muler2 masuk kelas, memang x rapat pun kitorg. Ade yg budak top Malaysia, ade plak budak dari Dubai, aku rasa kerdil sgt. Tapi, lepas 2 tahun bersama, rasa amat rapat, dan kitorg memang sekepala. Tribute tu Imran Khan yg kini ntah berada di mana.

Dalam kelas, Mr Azman xdelah membincangkan ape2 soalan, apatah lagi mengajar. Kami hanya berbual2, dan Mr Azman memberi tips2 dan kata2 semangat untuk kami. Pelbagai tips dan advices yg kami dapati daripada Mr Azman. Jazakallah.

Mr Azman turut menyentuh kepentingan hubungan dengan Allah dalam kelas tadi. Ilmu itu datangnya daripada Allah, jadi, untuk mendapatkan ilmu tu, perlulah dekat ngan Allah. Lihatlah kepada universe ni, even solar system pun dah besar, kiter ni apela sgt. X perlu mendabik dada mengagungkan kelebihan diri. Mr Azman juge menyarankan kami memperbanyakkan amalan sunat seperti:

-membaca al-Quran -jangan tinggalkan sejadah antara Maghrib dan Isya' -sucikan roh

Mr Azman memberikan analogi yg menarik,

Menyampaikan ilmu itu ibarat membaling bola ke dinding, ianya akan melantun kepada kita semula

Pikir2 sendiri...

We'll miss you!!!

Advice Mr Azman yg lain plak, everyone of us akan kembali kepada Allah, so, jangan sesekali membelakangkan Allah. Usaha dan tawakal perlu bergerak seiringan. Bukan usaha baru tawakal. Syaitan dan Iblis akan sentiasa menggoda manusia untuk bersikap malas dan seterusnya membuang masa. Ingatlah, syaitan dan iblis xkan duduk diam andai masih ade sebutir keimanan dalam hati seorang Muslim tu, itulah janji mereka.

Ujian terbesar manusia di zaman ini adalah harta benda. Jadi, kalau dah berjaya nanti, bantu-membantulah antara kiter. Time tula kite akan diuji.

Benchmate yg akan ku rindu, tapi Meor maner???

Banyak input dalam kelas Bio harini, walaupun input tu bukanlah biology, tapi asalkan berguna, apa salahnya. Ilmu x terbatas pada buku A-level sahaja.

Selepas habis tazkirah Mr Azman, Syauqi meluru ke hadapan dan menyerahkan hadiah berupa pokok kaktus di dalam pasu kepada Mr Azman. Mr Azman terkesima menerima CAM plant itu. Kemudian, kami gak menghadiahkan Kad Hari Guru kepada beliau. Memang beliau wajar menerimanya. Bukan setakat mencurahkan ilmu biology, tetapi beliau turut bertindak sebagai bapa yg mendengar luahan hati anak2nya.

Proses menulis Kad Hari Guru

Kemudian, sesi bergambar dijalankan. Seperti baser, abang lab technician terpaksa menjadi bidan terjun jurugambar. Tribute to Pidah for da camera.

Maaf kepada classmates bioku andai ade tersilap. Maaf kepada Guru Azman andai ade sakitkan ati. All da best kepada Guru dan rakan2ku. Moga ukhuwah ini berkekalan abadi....

Dan dengan ini, aku mengumumkan, secara rasminya aku mempunyai 6 free blocks...


Dari kiri: Fatehah, Atiqah, Baie, Sal, Dayang, Afiqah, Guru Azman, Wal,
aku, Azim, Judin, Syauqi, Firdaus, Hazman
Tiada dalam Gambar: Meor & Tharishni

Photobucket

Monday, May 19, 2008

7 to go

بسم الله الرحمن الرحيم

Di kala aku menulis post ni, terdapat rakan2 ku yg lain yg masib berperang di dalam Great Hall. All da best korg.

Secara keseluruhan, okla paper 5 tadi. Xdela susah sgt, xdela mudah sangat. Tapi, yg penting, it is doable. Gambar, sorila, xde. Maklumlah, xkan nak bawak hp masuk dalam Great Hall. Klu ikutkan, mmg nak sungguh wat camtu. Tapi, exam ni lebih matter than anything else.

Aku agak terkejut apabila melihat kawan yang sudah keluar dari kolej, saudara Vishnu di dewan tadi. Muler2, aku fikir die datang hanya nak melawat. Aku berkata,

Nak ziarah Pidah la tu

Tapi, ketika Mr Hamdan memanggil para pelajar masuk ke dewan, tidak semena-mena, Vishnu masuk sekali. Time tu, barulah aku yg lampi ni sedar yg Visnu repeat Physics. Vishnu hanya memakai T-shirt dan kasut sneakers. Sempoi sungguh. Memang xde peraturan pemakaian ke waktu nak ambik exam? Aku lihat gak ade beberapa org lain turut memakai t-shirt jer. Ni nak cube pki t-shirt gak!!!

Soalan pertama dalam paper 5, melibatkan elektrik. Soalan die lebih kurang, bagaimana nak mencari Resistivity (ape ye dlm Malay) untuk sekeping kaca. Dan, orang lain menulis dengan agak panjang, berjela2 sehingga meminta kertas tambahan. Ku lihat Iqtidar di sebelahku meminta kertas lebih. Kamal di dpan ku gak meminta kertas lebih. Di sebelah kiri, Fatin SESMA turut mintak lebih. Aik, xleh jadi. Tapi, apakan daya, cukup2 je aku tulis dalam kertas tu, jadi, xleh la aku nak buat macho dgn mintak kertas lebih. Xpela, save our tree!!!

http://www.whatisnuclear.com/articles/radioactive.png

Soalan kedua, pasal radioactivity. Hurm, tapi pattern cam baserla. Cari ln R beserta uncertainties, kemudian lukis best fit line, worst acceptable line, error bars, gradient ngan pintasan y. Cume yg menentukan markah kami, accurate x accurate je lah. Markah errors pun turut kritikal, sebab basernya aku hilang markah di situ. Pedulilah, dah lepas, nak buat camner? Aku dah berusaha, sekarang berdoa jer....

Di waktu aku nak update blog ni, tekan button Create New Post, tetibe je kluar HTML code tanpa ade formatting panel. Camne nak buat?

Ni solution dier. Korg tekan CTRL + F5, tgu sebentar page reload, agak lambat banding reload baser, tapi hasilnya, akan kluarlah segala formatting panel seperti baser. Tapi sebelum tu, jangan lupe membaca Bismillah!!!

Actually, ramai yg tny kat aku. Dan ramai gak yg x update sebab gagal untuk view formatting panel. Jadi, kepada sesape yg dah tahu, bolehla update dan sebar2kanlah kepada pengguna blogspot yg lain.

Satu exam da abis. Tinggal 7 papers lagi. Yg paling dekat, Biology paper 4. Maka, 3 hari ni akan biologilah mukaku.

Photobucket

Perjuangan Bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, bermulalah perjuangan bersenjatakan alat tulis berserta perisai ilmu dan persediaan. Hari ini, kami bakal menghadapi Kertas 5 Fizik. Setelah hampir 2 tahun membuat persediaan, adakah kami mampu menewaskannya?

Sewaktu aku balik dari solat Subuh, ternampak kegembiraan dan keceriaan di wajah2 golongan yg xde exam ni. Dalam hati dengan geram aku berkata,

Ciss, seronok btol bebudak ni xde exam

Tapi, berfikir balik, ini adalah jalan yg ku pilih untuk tempuhi. Sejak awal lagi memang aku berkeputusan untuk ambil subjek Fizik. Mengapa perlu aku menyesal sekarang? Pilihan telah dibuat. Aku perlu menghadapinya dengan berani.

Kepada rakan2ku yg akan bersama-sama berjuang bermati-matian petang ni, all da best!!! Semoga senjata sudah siap diasah dan persediaan sudah hampit sempurna. Semoga kiter semua tidak terkorban di medan perang itu.

A-level, here I go!!!!

Ya Allah, permudahkanlah urusan HambaMu,
Ajarkanlah apa yang aku jahil,
Fahamkanlah apa yang aku keliru,
Ingatkanlah apa yang aku lupa,
Kurniakanlah ketenangan kepadaku untuk menjawab peperiksaan,
Jauhkanlah aku daripada kelalaian,
Jauhkanlah aku dari kealpaan,
Amin.

Photobucket

Sunday, May 18, 2008

Jangan Down

بسم الله الرحمن الرحيم

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(al-Baqarah: 214)

Dah nak exam ni, makin ramai nampaknya yg semakin down. Macam2 sebab. Dah nak exam ni la plak smakin ramai yg diuji, makin banyak dugaan dan cobaan diterima.

Untuk berjuang, untuk berdakwah, memang akan melalui jalan yg bersimpang siur, penuh onak dan duri. Sepanjang perjalanan, pasti ada banyak cercaan, hinaan, fitnah dan sebagainya yang akan menyinggung dan menyakiti kiter. Namun, ingatlah, di hujung perjalanan itu ada syurga Allah. Jika kiter terhenti disebabkan kaki tercucuk duri, amatlah rugi andai tidak sampai ke destinasi. Ibarat sekuntum bunga mawar, memang indah dilihat, harum dikucup, tetapi berduri dan mencederakan manusia yg ingin memilikinya. (btul ke analogi ni?)

Ingatlah pesan Haji Hadi

Janganlah jadi seperti sarang tebuan,
apabila dibaling batu, ianya akan menyerang dan mencederakan,
Tetapi jadilah seperti pohon buah,
apabila dibaling batu, akan membalas dengan menggugurkan buah

Fitnah dan hatred dan kebencian. Perkara yg berleluasa di kolej ni. Pantang nampak sesorang tu lebih baik dan lebih bahagia, pasti akan terkeluar fitnah. Dalam dunia blogger ni jugak mudah melilaunya fitnah. Contoh, jika blogger menggunakan Mr A, Mr Y, Mr Z dan sebagainya untuk melambangkan individu tertentu. Akan wujudnya spekulasi dan fitnah yang akan bermain2 di fikiran pembaca. Adakah si Polan atau si Polan ni yg dimaksudkan? Jadi, kepada para blogger, muhasabahlah post2 anda sebelum ni adakah anda membantu mewujudkan fitnah? Carilah jalan untuk anda tidak mewujudkan atmosphere tu.

Kepada yg difitnah, juge muhasabahlah diri anda. Kenapakah anda difitnah? Adakah anda sendiri yg menjerumuskan diri anda ke dalam jurang itu? Yang baik, teruskanlah, tetapi yang buruk, cube perbaiki. Jangan down disebabkan satu titik hitam yang manusia lemparkan kpd anda. Memang x mungkin kiter dapat puaskan hati orang lain, tapi lebih baik jike kite cube untuk kurangkan orang yg x berpuas ati kan? Fikir2lah ape yg dah kiter buat selama ni yg sebabkan org fitnah.

Dakwah memang perlu semangat. Tapi semangat tanpa berlandaskan akal akan memakan diri. Janganlah biar semangat itu memperkudakan akal, tetapi anda perlu menjadi kesatria akal yang memperkudakan semangat itu. Semangat adalah pemberi kekuatan kepada anda, tetapi kalau tanpa akal, ia hanya akan membawa anda ke jurang kebinasaan.

Kepada yang memfitnah, fikir2kanlah dosa yg akan anda tanggung. Apakah yg akan anda peroleh hasil fitnah itu. Fitnah, jika anda pemulanya dan tersebar fitnah itu, saham anda akan berganda hasil setiap sebaran itu. Maka, anda akan jadi orang yg kaya dengan dosa fitnah! Tahniah! Berpandangan negatif, suke menyebarkan aib orang dan mencari kesalahan orang hanya akan mengurung hati anda dalam bilik yg gelap kelam. Ingatlah, azab Allah amat pedih dan jike anda bernasib baik, anda akan diazab di dunia ni.

A blogger dilemma. To post or not to post? Memang aku berpegang kepada prinsip

write to express, not to impress

tetapi expresslah berpandukan akal yg waras. Expresslah berpandukan al-Quran dan Sunnah dan bukan nafsu semata-mata. Expresslah berpandukan adab dan etika kiter selaku umat Islam.

Wallahualam.

(terlalu banyak yg menimpa dunia blogger KYUEM smpi aku terpaksa post benda ni, berat rasanya topik ni)
Photobucket

Last Classes

بسم الله الرحمن الرحيم

Last Friday. Syahdunya. 2 kelas telahpun tamat, memandangkan exam A-level yg kian dekat, maka, ramaila cgu yg memberikan study leave.

Sewaktu block 6, kami membuat review berkenaan paper 5. Tips n tricks menjawab dgn berkesan. Alhamdulillah, banyak gak input yg aku dapat. Selepas kelas ditamatkan, Afiq memanggil semua org untuk tunggu untuk bergambar dgn Guru Idrus tersayang. Muadz masuk ke bilik persediaan untuk memanggil lab technician untuk mengambil gambar. Aku memegang angkup vernier, Muadz memegan pembaris, Afiq memegang troli dan Apen memegang Joulemeter. Terima Kasih Guru Idrus atas segala pengorbanan Guru 2 tahun ni melayan kerenah kami yg gile2 ni...

Tribute juge kepada rakan2 kami yang menamatkan kelas secara awal, Meor, Zaim, Atiqah, Afiqah dan latest Firdaus.

Dari kiri: OB, Ee Yun, Mila, Milo, Guru Idrus, Apen (Ketua Kelas),
Aku, Afiq, Muadz, Muiz

Kemudian, bergerak pulak ke kelas Math. Guru Madhadzir memberikan kami result test bebaru ni. Alhamdulillah, naik ke'confident'an aku. Kemudian, beliau gak memberikan kami handout pasal cara belajar yg efektif. Holistik atau compartmentalised? Kemudian, walaupun baru satu period, kelas ditamatkan. B4 Guru Madhadzir beredar, kami menahan beliau dan menghadiahkan kad Selamat Hari Guru yg amat simple. Kemudian, kami bergerak ke luar kelas untuk ambik gambar untuk kali terakhir. Terima kasih Sulwan yg amikkan gambar dan Jannah kerana kamera anda. Agak lewat aku post psl benda ni disebabkan 'kesukaran' mendapatkan gambar. Aku ditewaskan....

Berdiri dari kiri: Jannah, Pam, Syida, Michelle, Sani, Adif, aku,
Fiqry, Milo, Wai Ming, Alia
Duduk dari kiri: Haziq (best student), Mr Madhadzir, Kim (Ketua Kelas)
Tiada dalam gambar: Fitri

A teacher is a compass that activates the magnets of curiosity, knowledge, and wisdom in the pupils

Thank You all my teachers sebab bersabar dgn kerenahku dan rakan2 yg giler, dan maaf andai kami selalu membuat anda semua risau. InsyaAllah, kami akan menghadiahkan cikgu dengan results yg cemerlang. Amin.

Photobucket

Saturday, May 17, 2008

Jom Study...

بسم الله الرحمن الرحيم


Demam exam semakin merebak. X tau disebabkan virus ape. Namun, vektor kepada virus ini amat cepat merebakkan penyakit exam ni.


Tengahari tadi, Alhamdulillah, agak efektif waktu aku. Bilik aku dijadikan pusat perbincangan fizik Kertas 5. Jika semalam saudara Jimah berbincang tentang fotosintesis dengan aku, hari ini, Shuib (Shu), Muiz (Mu), Fitri (ex-Ri), Haziq dan Afiq berkumpul dalam bilik aku untuk mengulangkaji errors. Maklumlah, paper 5 ari Isnin ni. Semua orang nampak berusaha dengan gigih. Maklumlah, we cannot get sumting out of nothing. Thomas Edison (buat mentol) gak pernah berkata:

Genius is one per cent inspiration and ninety-nine percent perspiration.

Betul2. Dan melalui perbincangan ni, banyak kesalahan yg kami nampak dan diperbetulkan. Terima kasih rakan2 yg membantu aku.

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.
(Muslim: 4684)


Sewaktu nak exam ni, jgnlah kiter mementingkan diri sendiri dengan study sorg2. Klu dpt ape2 maklumat, kongsi2 la dgn rakan2 korg. Marilah kite menguatkan antara satu sama lain supaya kiter membentuk ummah yg kuat.

Mood: Nerdy....


Photobucket

A Special Saturday

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, email daripada Imperial telah ku terima, CID no jugak dah aku ketahui. Maka, bolehla aku mengapply untuk accommodation di Imperial.

Pepagi lagi, Shuib, Afiq dan Muiz mengajak aku untuk makan di Dining Hall. Namun, aku amat malas kerana memikirkan ibu bapaku yg akan datang skejap lagi, mesti diorg bawak makanan. Huhuhu, nak saving perut, perut aku ni bukan tangki boleh masuk segala benda. Namun, Afiq membawa balik sekeping sandwich berintikan tuna untukku, terima kasih, isk, terharu!!!

Hisham dan Syafiq Misteri tetibe datang ke chaletku dan menemuiku. Nampaknya, ada masalah ngan blogger. Hisham menceritakan yg die xleh nak tulis new post, sebab x keluar field untuk tulis post. Aku pelik, x pernah plak jadik. Aku try sign in gune komputer chalet, memang betul kata Hisham. Field untuk tulis xde, yg ade hanya HTML code jer. Aku pelik. Disebabkan x berpuas ati, aku try log in gune laptopku yg usang, IBM Lenovo R52. Tup2, yeayy, boleh. Hisham menjadi sedikit terkesima.

Random Picture

Kemudian, Firdaus YT plak bertandang ke chaletku. Nak tengok surat dari Imperial katenya. Lpas tu, kitorg review Halls yg ade, dan memilih2 hall yg dirasakan logik dan sesuai dengan bajet dan sensitiviti kami. Namun, aku hanya akan apply esok di RC, memandangkan internet yg x stabil di chalet nih. Pasal pilihan halls, nantilah aku ceritakan dalam post akan datang. Sabar yer wahai blogku...

Mesti korg rase busan dan baser je hidup aku harini. Tapi, ngapekah aku tulis a special Saturday? Adakah post ini telah menipu? Tidak. Yang speselnye arini dalam idopku adalah sebab ibu bapa ku telah bertandang jauh dari Megalopolis Ampang menaiki kereta ke Silent City of Lembah Beringin. Before exam ni, mak dan abah nak jenguk aku, dan bagi semangat dan motivasi kepadaku. TQ mak dan abah, terharunya....(sambil mata berlinangan air mata)... Bak kata pepatah Inggeris

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible.

Mak dan abah turut membawakan untukku sut untuk Hari Anugerah nanti. Setelah menjalani proses dry cleaning, harum gak baunya. Disebabkan mak dan abah x makan lagi, kami menuju ke kafe untuk bersarapan. Aku dan mak makan nasi lemak manakala abah x makan ape2. Dah kenyang kut. Mak turut membelikan aku Dunkin Donuts, tapi mak x beli dari Topaz, mak beli straight dari Kedai Dunkin' Donuts.

Ini x beli dari Topaz

Exam dah dekat. Ibarat kata Judin Morinda, (Hafizuddin Hypo), bau A-level dah semakin kuat, macam bau durian (huh?). Dan hari Isnin ni paper pertama aku, yakni paper 5 Physics. Adakah aku dah bersedia. Yeayy!! Strive for 4 A's. You can do it Huzaifah, aku berkata sendiri dalam hatiku.

Mak, Abah, tq kerana sudi datang menjenguk anakmu ini. Doakanlah anak mak abah ni dapat istiqamah study dan ampunkanlah segala kesalahan anakmu ini.

Exam!!!

Photobucket

Friday, May 16, 2008

Kecewa namun bersyukurlah

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun agak kecewa ngan Imperial, namun, perlu gak aku bersyukur. At least, ade lagi org yg Choices uni belum diapprove oleh sponsor dan x reply UCAS lagi pun. Adakah aku dah melupakan nikmat Allah. Baru diuji sikit, terus melatah?

Listening to:

Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic


erti_syukur.mp3


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Photobucket

Cemas di malam hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Ceritanya bermula begini. Pada jam 9.09 malam waktu Malaysia smalam, aku mendapat SMS daripada nombor yg x dikenali, mesej berbunyi:

Update: KtOrg dah berjaya apply hall yg mahal lagi mewah..Alia n fat gune jln blkg, aku jalan halal la tp. Sekian terima kasih -milo

The image “http://www3.imperial.ac.uk/2007templates/images/logo_imperial_college_london.png” cannot be displayed, because it contains errors.

owh, mata terbeliak sejenak. Apakah? X paham? Jalan halal? Jalan blkg? Apakah maksud semua ni? Everything cam blurr jer. Jadi aku membalas

Sesungguhnya aku x paham jln halal or jln blakang ni

Dan, selepas itu, dapat plak reply mesej, tapi kalini daripada no lain, yg memang ade dlm registry, iaitu daripada Alia. Mesej berbunyi:

Makneny aku blum dpt email tp dh apply. Ahahaha. Menang. Utk mendftar sila call numbr yg akan diberi oleh milo

Dan hati bertambah kiasu. Mane bleyh diorg da apply, tapi aku x apply lagi. Geram, cess, aku kalah dalam perlumbaan mengapply accommodation di Imperial. Jadi, aku menunggu dgn sabar mesej yg akan diberi oleh Milo. Maka, mesej diterima dan no diterima. Aku try call, tapi hanya mendapat balasan

The number you have dialled is not in service

Cess, adakah aku dipermainkan? Aku bertanya plak kepada Alia,

No sape sbnarnye tu? Ape yg perlu aku ckp?

Kemudian mendapat reply

Num offce accmdtn. Ckp je name n minx CID. Nnt die ty surname. Xnak cll pn xp, tp tggu la mail yg ntah bile

Jadi, selepas bertanya kepada Milo, akhirnya, die mengaku yg no diberi tersalah. Die memberikan satu lagi nombor. Aku mendail no tersebut. Dapat! Namun, setelah berbual2 ngan makcik Imperial itu, beliau menjawab,

To get your CID no, you have to wait for an email from us. We are sending a batch of 500 emails so it will take a while, maybe next week.

Wut the? Bagaimanakah bebudak prempuan tu dgn senang je bleyh dpt CID no? Aku x berpuas ati, maka aku bertanya kepada gadis2 Imperial tersebut. Namun, diorg cakap, memang senang je dpt CID no diorg tu. Adeyh!!! Aku call lg skali no tu. Kali ni org lain plak yg menjawab. Setelah berborak2, aku pun bertny ttg CID no aku. Pastu, makcik tu tny,

Have you received an email from us?

Kantoiii!!! Adeyh. Aku ngan jujurnya menjawab tidak. Jadi, makcik tu menjawab,

How can you apply if you don't receive any email from us?

Adeyh, jadik, lpas mengucapkn terima kasih (in English), aku meletakkan telefon dengan penuh kekecewaan. Dalam hati berfikir, kalau gini lah gayanya, maka, susahla nak dpt accommodation yg murah2. Adakah aku terpaksa merempat di jalanan London? Macam ade org cakap,

bolehla aplikasi DOE

Hurm.. Mungkin btul gak. Terpaksa aku bercamping di jalanan London. Huhuhu. Maybe a bit exaggerating. Xpela, aku redha, mungkin ade hikmah di sebalik semua ni. Mungkin accommodation yg akan aku terima melalui jalan ni adalah yang terbaik....

Rancangan Allah itu lebih baik...

Wallahu'alam....
Photobucket

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam merupakan sambutan hari Guru peringkat kolej. Nasib baik makanan dinner tidak dibawa ke Great Hall, dapatlah aku makan spaghetti di Dining Hall yg indah lagi permai ini.

Selepas solat Isya', aku, Syafiq Diamond dan Hafizuddin (Judin Morinda) bergerak ke Dewan Hebat (Great Hall). Nampaknya, dah ramai bebudak berhimpun di dalam dewan Hebat ini. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Hisham peluru. Kelihatan Za'im mengeluarkan sesuatu dari kotak berwarna hitam. Panjang sungguh.

Adakah Zaim bawak sumpit dari Sarawak?

Aku bertanya dalam hati sambil hati gusar. Has he lost his mind? Tapi, setelah dikeluarkan dari kotak, barulah aku lihat sebatang alat yang berkilat persis sisik ikan di dalam air (wahh!!). Rupe2nya, itu adalah seruling (ke serunai, maaf, aku x tahu beza, aku tahu recorder yg main masa kecik2 dulu jer). Adakah Za'im nak buat persembahan? Nantila aku cerita satu2, ikut kronologi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Arep Religious Exco. Amin. Moga majlis ni diberkati. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapapan dari Pres SC, Saudara Arep Yorke. Kemudian, video presentation dijalankan. Video yg ibarat filem ciptaan Yasmin Ahmad ni begitu mendalam maksudnya. Maka, x mampu aku nak ulas kat sini.

Kemudian, majlis makan dimulakan. Kuih yg dihidangkan adalah karipap, popia basah yg famous di Lembah Beringin, serta kuih seri muka. Aku hanya makan sekeping karipap dan 2 keping popia. Air plak, air jus oren yg sejuk, namun, manis giler dan membuatkan tekak aku rasa x selesa.

Kemudian, kemuncak majlis, persembahan dari guru. Aku nak sangat tgk ape yg Miss Shree akan buat malam ni sampai die cakap penat sangat tu. Dan majlis hangat apabila Zaim naik ke pentas dengan meniup serunai (or serulingnya) dan berlagu bersama2 Guru Madhadzir. Suasana makin gamat dengan aksi2 kanak2 guru2 lain. Guru Hanson berlakon meminum chemicals lalu berubah muke. Miss Shree melakonkan watak pelajar nakal. Ramai la lagi yg buat keanak2an. Comel sungguh! Turu x terkecuali, Tuan Bursar yg turut serta dlm persembahan. Nampak harmoni.

Next, persembahan dikir oleh junior featuring Hasrizal (Buzz, bukan SaifulIslam), dikir berkenaan Guru. Sedih je nada dikir kali ni. Next, persembahan oleh Irfan and DJ Big Smoke (Alif Nurhaziq pronounce DJ Beadsword) dan agak best. Kreatif giler pelajar tajaan PNB ini. Dan lagu ni xkan dapat didengar lagi di radio mahupun TV.

Kemudian, majlis penyampaian cenderamata kepada Tutor. Dan Mr Vroege nampaknya tiada, maka, x tau ape jadik dengan hadiah tu. Jom kongsi2 sama ahli tutor!!!

Agak mengantuk. Maka, aku, Syauqi dan Syafiq bergerak pulang. Ngantuk......

Kepada guru2, tahniah kerana memilih profesion mulia ini. You're the best. Moga anda akan terus menjadi guru dan semoga usaha anda diberkati Allah. Pesanan ini juger khas kepada bebudak tajaan KPM.

A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others.

atau bahasa Melayunya

Guru ibarat lilin yg membakar diri untuk menerangi pelajarnya

All da best!!!!
Photobucket