Sunday, April 20, 2008

Maaf

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama-tama sekali, ingin aku meminta maaf kepada mu wahai blog ku kerana lambat mengupdatemu hari ni. Bukannye xnak update, tapi apakan daya, hidup aku harini hanyalah aktiviti rutin, xdela ape2 yg spesel berlaku.

Pagi hari, seperti hari2 Ahad yg lain, aku breakfast di DH dengan nasi lemak yg memang digemari ramai. Kemudian, pulang ke chalet dan mengemas skit bilik yg bersepah. Kemudian, membuka buku Chem utk study, namun, kebuhsanan menyebabkan aku x dapat fokus dan melayari internet. Ku buka emailku dan seperti hari2 baser, aku membaca komik Garfield yg dipost utk hari ini.

The image “http://www.arcamax.com/newspics/5/515/51556.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Aku bertanya kepada diri sendiri. Macamaner pakcik Jim Davis ni dapat ístiqamah' melukis kucing ni setiap hari? Alangkah bagusnya andai pelukis2 Muslim kiter pun melukis sepertinya. Simple, tapi sampai mesej. Ku harap, suatu hari nanti, komik Malaysia akan maju dan dapat digunakan sebagai medium dakwah yg berkesan dan menarik.

Kemudian, ape lagi yer? Xkanla nak citer satu2 kat ko, wahai blogku. X payahla aku cerita aku ke tandas, x payahla aku cerita aku minum air, x payahla aku cerita aku pegi surau kan?

Lepas Zuhur, pulang ke chalet dan membuat past papers Chemistry. Alhamdulillah, sempat gak mengabiskan satu tahun nye. Tahun ape punye, aku da x ingat. Kemudian, ku buka plak buku application Biology, dan abiskan bab Biotechnology, suatu bab dalam silibus yang berkait rapat dengan profesionku di masa hadapan, ceewaah...

Menjelang jam 3.30 petang, terasa dahaga dan sedikit lapar. Maka, aku dan Shuib pergilah ke kafe yang terletak beberapa langkah dari chalet kami. Namun, kami rambang mata utk beli aper, dan akhirnya, kami membeli Muffins, Roti dan Peanut Butter untuk buat bekalan malam ni dan juga sahur esok hari. (insyaAllah)

Dalam pukul 5.30 petang, sekali lagi blackout. Apekah? Terdengar jeritan dan lolongan dari segala genap penjuru kolej. Adakah ini perancangan kolej untuk save 20 % electric untuk membeli sebuah bas bermutu tinggi? Namun, Alhamdulillah, sekejap je blackout, x sampai 10 minit, keadaan kembali sediakala.

Esok akan bermulalah sebuah lagi minggu yang memenatkan, namun, perlu ku hadapi juga halangan ni bagi sampai ke destinasi aku....
Photobucket

Saturday, April 19, 2008

Black Out

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam lebeyh kurang 6 petang tadi, kolej digemparkan dengan sebuah peristiwa hitam. Yer, memang hitam. Seluruh Kota Lembah Beringin terpadam api, maka, bergelap dan berpanaslah warga Lembah Beringin.

Pada mulanya, aku menyangkakan yg sekejap lagi akan pulihla keadaan di kota ini. Namun, sangkaanku amat meleset sama sekali. Ku pergi ke Dewan Makan pada jam 7 malam dan mendapati keadaan yang romantik. Sumber lampu hanyalah datang daripada lilin. Inilah yang dinamakan Candle-light Dinner, pikir aku.

http://www.crystalxp.net/galerie/img/img-wallpapers-candle-light_water-priyadarsh-sarwade-7769.jpg

Di dalam kekalutan kegelapan, banyak betul insiden yang x diingini berlaku. Antara dua insiden terbesar yang aku ingat adalah:

1) Seorang sahabatku yang ambil nasi di dalam pinggan polystyrene, disebabkan jisim nasi yang terlampau banyak, maka, pinggannya tadi pecah dan habis nasinya termasuk ke dalam lauk ayam, mujur aku dah amik nasi dulu

2) Di surau, sewaktu orang da abis solat Isyak, terdengar suatu bunyi yang amat kuat, ibarat orang terhantuk kepada kaca. Rupe2nya, memang seorang sahabatku ini tertolak tingkap surau, mujur x pecah

Kami bersolat dalam gelap, hanya bertemankan siulan dan tasbih cengkerik memuji Allah. Di kala ini, ramai yang mengeluh, ramai jugak yang hilang arah tujuan, x tahu nak buat aper. Aku terfikir,

Pada ketika inilah kiter betul2 menghargai elektrik tu...

Selepas solat Isyak, kegelapan malam menghantui diriku. Mujurlah aku memiliki torch light yang menggunakan Light Emitting Diode sebagai sumber cahaya. Ku berjalan merentasi kegelapan malam dan bergerak ke chalet P-30. Kelihatan sahabat2 ku ini tengah menjamu selera. Langkah kanan! Aku pun turut sama menjamu selera.

Selepas penuh perut, Aku, Syafiq dan Hafiz bergerak dengan penuh berhati-hati ke chalet p-41. Kami ingin menyiasat, apakah yang dilakukan oleh sahabat kami, Muadz. Kami berjalan dengan penuh teratur dan tidak meninggalkan kesan. Kelihatan dari jauh, cahaya berwarna jingga di common room. Mungkinkah Muadz study? Aku berfikir. Kami menerjah masuk ke dalam chalet berkenaan, dan ternyata, sangkaan aku tidak meleset sama sekali. Kelihatan Muadz dengan muke bersungguh-sungguh tengah study di hadapan cahaya malap lilin. Dan lebih mengejutkan, beliau ditemani oleh saudara Rodhi, yang juga merupakan ahli chalet keenam p-41.

http://libizblog.files.wordpress.com/2007/08/electricity.jpg

Aku, Syafiq dan Hafiz berazam meneruskan perjalanan ke padang. Sajer jer nak melihat kebesaran Allah di malam yang kelam ni. Namun, baru je melewati chalet Muadz, kelihatan spark of electricity di mana-mana. A glimmer of hope. Satu demi satu chalet kembali bercahaya. Keadaan ini disambut riang dengan teriakan yang entah aper2. Aku berfikir,

Mungkinkah diorg tengah bertakbir???

Maka, tamatlah sudah sebuah kisah di waktu kelam. Moga kiter lebih bersyukur dengan nikmat elektrik yang maybe kiter anggap biaser jer, tapi, jika kehilangannya, amatlah besar kesannya.

Terima kasih kepada semua yang membantu memenuhkan perut aku yang sedia penuh ni...

Photobucket

Secubit Tuna

بسم الله الرحمن الرحيم

Non-teaching Saturday. Suatu nikmat yg memang ditunggu-tunggu oleh para pelajar kolej. Mana x nya, setelah seminggu berhempas-pulas memerah otak dan menepukan ilmu di dada, pasti terasa letih. Dan cuti pada hari Sabtu ni begitu berharga untuk me'releasekan' stress yang semakin accummulated. Aku juger begitu....

Disebabkan cuti hujung minggu, maka, ramailah yg ambil kesempatan untuk balik umah. Kelihatan sunyi dan sepi persekitaran kolej. Ibarat berada di Silent Hill (kalau korg main game dier). Hari ni, bertambah sepi keadaan kolej. Pagi tadi, waktu aku smpi ke surau utk solat Subuh, kelihatan hanya beberapa selipar jer di pintu hadapan. Selipar lelaki ader beberapa buah, selipar perempuan, rase cam xder. Fikirku,

Mungkinkah memang sikit orang di kolej, atau sikit di surau sahaja, maklumlah, hujung minggu

http://img141.imageshack.us/img141/1938/kunciselipariq6.jpg

Dan keadaan bertambah sunyi apabila ahli2 Greenthumb yang komited menjaga alam sekitar pergi membuat lawatan ke Cameron Highland dengar citernya. Moga selamat pergi dan slamat pulang, dan semoga lawatan ni dapat menambahkan keimanan korg dan sedar tentang kebesaran Allah. Dan jangan luper bawak balik strawberry dan kaktus yang hampir pasti korg akan tanam di Taman Jari Hijau.

Jadi, perjalanan hidup yg penuh ranjau ni diteruskan. Lepas Subuh, sementara menunggu waktu bersarapan yang dijadualkan pada jam 8.30 pagi, aku membuka buku Biology dan membaca la skit pasal homeostasis. Baca dengan amat tekun, yang akhirnya berakhir dengan lelapan mata.

Waktu ditunggu sudah tiba, iaitu waktu bersarapan. Menggunakan instinct aku, aku meramalkan kitorg akan dihidangkan dengan Tuna. Dan x silap. Memang betul. Kelihatan 2 orang abang yang baru bekerja mencedok tuna ke dalam tray setiap pelajar. Apabila tiba giliran aku, abang tu mencedok tuna sambil berbual2 dengan rakannya di sebelah.

Tupp

Amat skit die cedok. Aku tunggu. Aku ingat die nak tambah lagi, namun, apakan daya, abang tu buat x endah terhadap mataku yang bergenang, mengharapkan tuna tambahan. Hampa. Maka, aku pun berjalan kesedihan ke meja makan.

http://www.dkimages.com/discover/previews/745/149198.JPG

Slalunya boleh makan 4 roti, hari ni 2 roti jer, ujar Shuib, pelajar tajaan KPM.

Ku imbas kembali zaman2 kegemilangan dahulu. Tuna akan dicedok sendiri oleh student. Dan memang majoriti student akan cedok sepenumbuk tuna. Ikutkan nafsu. Dan ramai jugak yg x abis makan, dan akhirnya, tuna yg cambest tu pun berakhir di dalam tong sampah berwarna hitam yang terletak di depan sinki. Aku fikir, bagus la gak diorg wat camni, xdela bazir sgt. Membazir kan amalan syaitan.

Allah berfirman
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-Israa': 27)

Moga jadik pengajaran kepada sesaper yg membazir, including diriku yg hina dina ni. Orang cakap,

kita x akan menghargai sesuatu benda sehingga kita kehilangannya

Dan dalam konteks hari ini, kiter kehilangan sepenumbuk tuna (ye ke?) dan moga selepas ni, kiter akan lebih menghargai lagi setiap makanan yang dimakan, moga x membazir.


Photobucket

Friday, April 18, 2008

Sebuah Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai blogku, sekali lagi kiter bersua. Ketika aku menulis coretan aku yg merepek ni, aku baru jer pulang dari surau lpas Solat Jumaat. Maklumlah, hari Jumaat, of course wajib gi smayang Jumaat bagi laki2 yang berkemampuan kan? Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu'ah: 9)

Disebabkan block 4 aku free, maka, ku gunakanlah waktu tersebut sebaiknya. Baca skit application Physics. Yer, skit jer. Btul2 skit. Dan lepas letih membaca, maka, ku rehatkan mataku dengan berehat di atas katil. Proses berehat ini juga dikenali sebagai TIDUR.

B4 kelas math, di kala buhsan

Kemudian block 6, iaitu Physics. Aku ke kelas seperti biaser. Blaja2 Physics dan kemudian abis kelas, bermula plak block 5, iaitu Mathematics di kelas 2.13. Dalam kelas Math, kitorg juz bincang2 soalan trial ari tu jer. Maka, segala kesalahan aku dapatlah aku sedari dan pelajari moga aku tidak ulangi lagi di masa hadapan. Namun, ape yg menarik dalam klas Math arini adalah apabila Mr Madhadzir menjadi perunding motivasi. Merujuk kepada buku '7 habits of highly effecttive people' oleh pakcik Covey, satu ayat Mr Madhadzir yg mencuri tumpuan aku adalah

Sharpen your axe

Menyelusuri pintu Great Hall, perhatikan pintu yang baru!!!

Kemudian, waktu yg ditunggu-tunggu, iaitu Assembly. Seperti biaser, buhsan. Aku duduk agak belakang, bagi memudahkan proses keluar dari Great Hall untuk meluru dengan selaju mungkin menuju ke Dining Hall. Maklumlah, dah kelaparan. Xde ape sgt pun psl assembly. Actually, aku membaca buku sambil mendengar mp3 melalui handphoneku, maka, tidaklah fokus kepada apa2 yg Dr Horsfall cakap. Apabila orang lain gelak aku hanya buat muke blurr...

Namun, proses yg agak penting sewaktu Assembly ialah ketika ucapan Puan Rog, Pengurus Perkhidmatan Pelajar kolej kami. Beliau yang merupakan juga isteri kepada Mr J briefing kami pasal Awards Day. Tidakkah ia peristiwa yang lama lagi? Ntahler. Menurut mereka, TPM, iaitu Datuk Seri Najib, ahli parlimen Pekan, akan menjadi tetamu kehormat awards day kami. Berikut merupakan beberapa details yg sempat aku ingat untuk Awards Day:

Tarikh: 21 Jun 2008
Masa: 10.00 pagi
Pakaian: X brape dengar sgt, yg penting, kena pakai blazer, untuk prempuan, lagi la aku x ingat
Rehearsal: 19 & 20 Jun 2008 (saper yg x datang rehearsal xleh datang graduation, kejaaam)
Ahli Keluarga: Hanya 2 orang setiap keluarga boleh datang, dan kanak-kanak bawah 18 tahun x dibenarkan masuk (diskriminasi kanak-kanak, kejaaaaammmm)

Lain-lain:
-dilarang bawa orang kampung satu bas untuk datang (kejaaaamm, orang Ampang sume nak dtg)

Begitulah gamaknya. Dan Puan Rog turut sound manusia2 yg berpeleseran di kaki lima sekitar kolej. Dan seperti biaser, beliau mengugut kami dengan 'silent hour' (ye ke name die camni?) seperti yang dilakukan secara kejam pada awal penubuhan kolej. Aku sokong beliau bab berpeleseran tu, tapi amat bantah pada dasar kejam dan x berperikemanusiaan 'silent hour'.

Dan, sejurus lpas assembly, pertandingan berlumba jalan cepat dijalankan. Destinasi kami hanya satu, iaitu Dewan Makan. Pastinya makanan menjadi sumber motivasi.

Ngantuk, tidur jap b4 sambung study....


Photobucket

Thursday, April 17, 2008

MOC dan Trials

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni merupakan hari pendaftaran MOC. Seawal pagi, aku bergerak ke Acad Block dan mendapati dah ader ditampal registration form utk MOC di Papan Kenyataan Servis Pelajar (Notice Board Student Services). Awal sungguh secretary tampal, sungguh efektif (kredit to Kerul n Sal). Dan kelihatan beberapa nama jer selain committee yang dah ditulis. Aku bergerak ke depan RC dan duduk di bangku sambil melihat tepat ke arah noticeboard tersebut.

Current endeavour..

Risau. Itulah perasaanku ketika tu. Mane x nya, jika sedikit org daftar, ni menunjukkan ketakberkesanan pihak promotion. Amat rasa bersalah. Namun, menjelang jam 8.15 pagi, mujurlah, semakin ramai orang yg berkerumun di depan Notice Board tu, dan beberapa students gak tanya aku, samada pendaftaran dah bermula atau belum? Sedikit lega, namun masih risau, andai x mencapai target minimum.

Kemudian, bermulalah siri kesedihan untuk harini. Kelas bio, kami mendapat keputusan trial yang baru jer berlalu. Overall, menyedihkan. At least bagi aku. Result yang AMAT teruk. Mujur masih lulus. X perlulah aku nak bgtau ape result aku, cukuplah sekadar di sini. Sakit jantungku melihat keputusan yg teruk ni. Namun, Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(As-Syarh: 5)

http://www.aminol-uk.com/C%20Angiogram.jpg

Kelas Physics dan Chem, mujurlah cgu x siap mark lagi. Kalau x, mesti aku diserang sakit jantung bertubi-tubi. Namun, gaya percakapan seperti:

Did you do your revisions? oleh Mr Idrus dan

My heart broken when I mark ur papers oleh Miss Shree

jelas menggambarkan prestasi kami. Jiwa semakin serabut. Hati semakin gelisah. Rama-rama seperti memenuhi perutku yg slim ni. Jantung berdebar-debar.

Kemudian Mathematics. Berada di kelas baru, iaitu di kelas 2.13, atmosphere baru, namun tetap x dapat menenangkan hatiku yang semakin bercelaru. Guru Madhadzir masuk bersama-sama kertas trials p3 kami. Alamak. Apabila kertasku diserahkan kepadaku, segera mataku meluru ke arah markah. Alhamdulillah. Tidaklah elok maner, namun, aku still lega.

Sekitar Registration MOC

Disebabkan berpuasa, terus je aku balik ke chalet lpas kelas. X lame kemudian, ketua chalet, Shuib pulang dan bgtau aku yg dah 113 peserta dah mendaftar utk MOC. Alhamdulillah. Bertambah lega hatiku. Telah lepas juger target minimum kami.

Lega dan sedih. Namun, perlu ku usaha lebih gigih...
Photobucket

Blogger Terlarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia blog semakin berkembang. Dari hari ke hari, semakin ramai yang 'terjerumus' ke dalam blogosphere ini. Paling latest yang aku tahu merupakan saudara Hafizuddin. Tahniah aku ucapkan kepada dier, dan semoga sukses dan istiqamah.

http://visualrevenue.com/blog/uploaded_images/blogger-logo-728932.jpg

Namun, selepas Asar semalam, aku telah menyedari suatu hakikat. Rupe2 nya, dalam diam, ade seorang lagi rakan kami yang sudahpun mempunyai blog, namun pandai sungguh dier menyembunyikannya dari pengetahuan aku. Patutlah selama ni, banyak btul pertanyaan die tentang blog terhadap aku. Aku ingatkan dier baru nak buat blog, namun, aku mengetahui bahawa sudah lebih 20 posts yg telah ditulisnya.

Namun, orang (aku) berkata,

Sudah kentut, pasti ada baunya...

Maka, ditakdirkan Allah, kantoilah seorang rakanku ini. Dan lebih mantaap lagi, dikantoikan oleh Zaím. Lalu, Zaím menceritakan secara terperinci perihal kekantoian sahabatku ini. Dari A sampai Z. Aku mengangguk kefahaman or buat2 paham. Kemudian, sesi interview dimulakan, aku bertanya

Kenapa ko nak rahsiakan?

Kemudian, blogger terlarang ni menjawab

Aku lom sedia lagi nak kongsi hasil tulisan aku kat org lain

ooo...xpela, write to express, bukan utk impress, aku menjawab

Da brape banyak kali aku cakap benda yang sama kepada 'students' yang belajar blog dari aku. Sebab, hasil tulisan yang sememangnya utk impress org, basernya xkan lamer bertahan. Maka, ubahlah niat sebenar menulis blog tu, bagi aku sendiri, menulis ni untuk meluahkan perasaan dan menulis coretan kehidupan. X kesahla org bace ker x, tapi klu ade org bace, klu ade benda baik untuk dikongsi, maka ambillah, yang buruk tu tinggalkanlah.

Aku bertanya lagi kepada blogger terlarang ni

Knape ko x link kepada blog aku?

Kemudian, die menjawab, uisyy...bahaya, nanti ko dapat track blog aku..

Adeyh.. Gagal trick aku untuk mendapatkan address blognya. Kemudian, aku mengucapkan selamat berjaya kepada 'Blogger Terlarang' ini, dan moga usaha ko diredhai Allah. Teruskan menulis, jika tu berjaya mengurangkan tensyen ko. Aku akan hormati keputusan ko untuk merahsiakan blog ko, dan akan menunggu-nunggu masa untuk ko memberitahu aku sendiri address blog ko, dan semoga kiter dapat berkongsi pengalaman.

http://static.flickr.com/105/301382392_4f119491f1.jpg

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat.
(Muslim: 4677)

Dan teringat gak kata2 daripada Ahmad Zarruq:

If you desire to live such that your religion is safe and your portion is full and your honour is sound, guard your tongue, and never mention another's faults, remembering that you, yourself, have faults and others have tongue.

Moga terus sukses dan moga tidak kantoi lagi....hehehe...
Photobucket

Wednesday, April 16, 2008

Accommodations

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun aku xde kelas pada petang ni, ntah naper block 6 dibatalkan (kecewa), tapi, tetap gak aku berpakaian akademik dan menuju ke Pusat Sumber, atau lebih dikenali sebagai Resource Centre (RC) oleh warga setempat. Terdapat dua matlamat utama aku ke sini:

1) Check samada surat dari Imperial College London telah tiba
2) Mencari list acommodation yg best dan sesuai di Imperial College London

The image “http://www3.imperial.ac.uk/2007templates/images/logo_imperial_college_london.png” cannot be displayed, because it contains errors.

Disebabkan Imperial ni terlalu saving dan enggan mengepos surat secepat mungkin, maka, terpaksalah aku mencari sendiri maklumat berkaitan dgn acommodation. Disebabkan polisi baru PNB yang memansuhkan sistem 60-40, maka, terpaksalah aku mencari sendiri accommodation yang murah lagi bez. Firdaus (P-dah), yang mendapat markah penuh untuk p3, mencadangkan beberapa Hall yang dirasakannya bez, namun persepsi setiap orang berbeza.

Aku segera melayari laman web Imperial, iaitu di http://www3.imperial.ac.uk/. Ku segera mencari list Hall yang menarik. Dan aku agak tertarik dengan bilik Twin En Suite di Beit Hall. Preview untuk bilik ini boleh dipreview di sini. Aku lihat biliknya gak spacious, dan agak selesa. Cume harapnya dapat roommate yg bez la.

Harganya agak murah (untuk hidup di London),

£98.42 - £107.31 per person per week (£3838.38 - £4185.09 for 39 weeks)

Dan locationnye agak strategik iaitu berdepan dengan South Kensington Campus. Peta kedudukan Beit Hall boleh didapati di sini.

Dan di sebelahku Anas. Die ni pun dapat tawaran ke Imperial dan memang berazam untuk ke situ. Cume agak kesian ngan bebudak YTN, diorg ni agak sempit kewangan, jadi pemilihan acoommodation perlu dilakukan sebaiknya. Anas agak bimbang.

The image “http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_tnb.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Setelah mendapatkan maklumat untuk semua Hall yang wujud untuk pelajar2 Imperial, aku bergerak pula ke bilik kaunseling yang jaraknya hanyalah sekangkang kucing dari RC. Ku geledah surat-surat yang dah memang sedia bersepah di atas meja tu. Setelah kecewa kerana x menjumpai suratku, aku bertanya kepada abang di kaunter,

Abang, surat dari Imperial da sampai? Die akan bagi surat ke?

Kemudian, kakak di sebelah abang tu pula menjawab, walaupun soalan tidak ditujukan kepadanya. Beliau berkata dengan selamber namun sambil tersenyum mesra,

Owh, surat dari Imperial biasernya sampai dalam bulan 5 nanti.

Ape??? Bulan 5? Lamenya. Aku hanya mampu membalas senyuman itu dengan senyuman terpaksa. Ntah biler la aku nak reply accommodation dier.

Antara tarikh penting untuk diingat:

21 April - Penentuan Firm dan Insurance

Moga segala urusan aku dipermudahkan. Rasa agak sesak untuk memilih accommodation, ditambah dengan pressure peperiksaan yang semakin tinggi, ibarat pressure nak pilihanraya dulu (huh?). Namun, ku harap perkara ni x mengganggu konsentrasi (concentration) aku di dalam pelajaranku.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Tenangkanlah hati hambaMu, bantulah aku dalam membuat pilihan yang bijak, sesungguhnya, Engkaulah yang lebih Mengetahui

Photobucket

A Holiday Perhaps?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni merupakan last day peperiksaan percubaan. Paper harini, hanyalah physics paper 3 yag start pada jam 8.30 pagi dan abis jam 10.30 pagi. Apekah signifikan wakti ini? Ini bermakna, kelas akan start selepas rehat. Urgh.... Kena gosok baju plak....

Namun, ku renung kembali jadual waktu utk harini. Selepas rehat, susunan block adalah 443. Hahaha... block 4 memang dah free, dan utk block 3 Bio, Mr Azman bgtau.

Bio kita takde

Jadi, block yang tinggal hanyalah selepas lunch, iaitu block 1 dan block 6, matapelajaran Chemistry dan Physics. Aku SMS kepada Nadia (OB), disebabkan kredibiliti beliau mengetahui berita terkini dan kerana aku x mempunyai no Ms Shree. Alang2 tanya pasal Chem, baik tny psl Physics sekali, kata orang

Sambil menyelam, minum air

http://www.uwf.edu/chemistry/Images/students.jpg

Dan, beliau (OB) menjawab,

I'm only starting class on thursday with all my seniors. Pls pass the word around. Thanks :) - ms shree. Klas phy x tau plak ada ke x.

Thanks OB. Satu lagi block telah di'eliminated'. Yang tinggal hanya block 6, iaitu physics. Namun, logically thinking, mesti ade kelas punye, sebab triple block dan memandangkan syllibus banyak je x abis lg.

Pagi ini, sewaktu breakfast di awal pagi, kelihatan Muadz telah bersiap siaga berpakaian akademik. Aku bertanya kepadanya,

Ko ade kelas ke?

Lalu, beliau menjawab,

Math, ye la, exam physics bukannye ganggu kelas math pun

Aku terkesima. Mungkinkah ade kelas math? Jadi, aku dengan pantas bergerak pulang ke chalet sejurus selepas makan diiringi dengan Shuib. Kelajuan aku setanding, malahmungkin melebihi kelajuan Muadz. (exaggerate)

http://www.jiskha.com/images/subjects/mathematics/mathematics_cover.gif
Sama mcm dlm blog akma...

Jadi, bagi menjawab persoalan di fikiran, aku segera mengSMS Mr Madhadzir. Selang beberapa minit kemudian, beliau menjawab

No, yes 4 2moro

Pendek dan padat sungguh mesejnya, menggunakan integer untuk menyampaikan mesej. Memang hebat. Memang Cikgu Math....

Jadi, satu lagi block dieliminate. Tinggal block 6 jer. Mungkinkah hari ni akan bercuti???

Photobucket

Tuesday, April 15, 2008

Genius

بسم الله الرحمن الرحيم

Laparnyaa.... Perut berbunyi-bunyi... Jam menunjukkan pukul 11.57 pagi. Ade 30 minit lagi before dewan makan dibuka untuk lunch. Adeyh, lamenyee... Makan ape yer arini? Aku berfikir?

Sesambil menunggu waktu makan, di kala kebuhsanan, aku membuka buku CIE Chemistry dan membuka tajuk Group IV Elements. Ulangkaji la skit, ape die group IV ni, ape properties die, dan sebagainya. Maybe ade benda ayg aku terlepas pandang sebelum ni, jadi, amat bagus andai aku mengulangkaji balik. Sesambil tu, aku menyalin sedikit nota ringkas, untuk memantapkan lagi daya ingatan ku ini.

http://indo-data.com/pdimage/17/99217_328a.jpg

Namun, fokus aku terganggu dengan bunyi motor dari mesin pemotong rumput. Ku jengah ke luar tingkap, yer, amat tepat sekali sangkaanku. Ade orang memotong rumput di luar. Aku berfikir,

Aik, baru 2 hari lepas rasanya die baru potong...

Tetibe, aku teringat tentang peristiwa beberapa tahun dahulu, sewaktu peperiksaan SPM sedang berlangsung. Aku sedang duduk study di kelas sebelah 5 Jannatul Adnin, yang juge dikenali sebagai kelas Prep Lelaki batch aku. Peristiwa yg sama seperti harini berlaku. Kedengaran bunyi mesin pemotong rumput. Di kala itu, aku, Amin dari kelas Jannatul Ma'wa dan Hafiz Huzaine (P-jai) dari kelas Jannatul Firdaus berada di dalam kelas prep tersebut. Kami memandang ke tingkat bawah dan memerhatikan pakcik yang memotong rumput tu. Lama gak kami merenung beliau. Kemudian, Amin berkata

Macam best je potong rumput ni, nanti lpas SPM aku nak apply keje sambilan la...

Kata-kata Amin tu berseloroh jer. Kami bertiga ketawa. Di kala tu, memang x pernah terfikir pun di benak fikiranku untuk bekerja sebagai pemotong rumput. Namun, segala-galanya berubah hari ini.

http://www.devinjpoore.com/blog/wp-content/photos/grass.jpg

Aku terfikir, susahkah memotong rumput nih? Aku ade gak terfikir, satu hari nanti, apabila aku dah punyai pekerjaan yg tetap, aku nak gak try bekerja memotong rumput, maybe untuk sehari dua? Bukanlah aku nak duit hasil kerja itu pun, aku cume nak experience itu jer. Antara kerja2 lain yg aku teringin nak cube adalah menyapu sampah, mengelap tingkap dan sebagainya.

Mesti korg rase aku ni pelik. Ye lar, org lain sumer nak keje tinggi2, gaji besar, tapi aku plak juz nak buat kerja2 begini? Secara ikhlasnya, memang aku nak keje yg mantap2, gaji pun besar. Cume aku nakkan pengalaman bekerja sebegini. Pernah x korg terfikir, adakah orang2 kaya ni pernah menyapu sampah? Adakah diorg pernah mengelap tingkap? Bagi aku, diorg ni amat rugi kerana tiada pengalaman buat kerja2 demikian. Mungkin diorg berkata,

Dengan kedudukan aku sekarang, banyak benda yang aku mampu buat

Tapi hakikatnya tidak sebegitu. Cube kite bagi sebatang penyapu kepada seseorang yang dah biase hidup kaya, dan suruh die menyapu. Apakah korg rase resultnye? Bagi aku, aku dapat bayangkan, penyapuannya adalah tidak begitu bersih, andai bersih pun, memerlukan masa yang agak lama.

Memotong rumput hakikatnya taklah semudah yang disangka. Hanya seorang yg genius mampu melakukannya. Banyak sebenarnya perlu difikirkan sebelum memotong rumput.

-pertama, adakah lebih sesuai menggunakan bilah atau tali untuk memotong?
-kedua, bagaimanakah cara untuk memotong dengan paling efektif dan mudah?
-ketiga, anda perlu plan bebetul pola pemotongan, contohnya, memotong dari chalet laki ke netball court.

Hanya tu je yg aku dapat fikirkan. Maybe banyak lagi perkara yg perlu diambil kire untuk memotong rumput. Mungkin pakcik yg memotong rumput ni pun x sedar akan kegeniusan mereka, disebabkan telah melakukan kerja ni bertahun2, segala-galanya sudah ada dalam otak mereka. Mereka lebih tahu cara pemotongan bagaimana yang paling menjimatkan tenaga, diorg lebih tahu bilekah masa yg sesuai untuk menggunakan pemotong yang berbeza.

http://www.firstposter.com/catalog/images/einscartoon.jpg

Ape yg aku nak sampaikan? Setiap pekerjaan mempunyai kesukaran tersendiri. Setiap orang adalah genius dalam bidang mereka. Nelayan adalah genius berkaitan cara2 penangkapan ikan. Petani adalah genius dalam cara-cara bertani. Penyapu sampah adalah genius dalam penyapuan sampah. Oleh itu, janganlah kiter memandang rendah terhadap mereka. Mungkin kiter fikir, kiter ni blajar tinggi2, insyaAllah akan ke luar negara mendapat segulung ijazah, tapi, andai ilmu tu x digunakan, apa gunenya?

Sebodoh-bodoh manusia bukanlah orang yang tiada ilmu, tapi sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang banyak ilmu, tetapi tidak menggunakannya

Aku teringat kepada Shazli, Vice Pres SC batch ke 8. Die ni begitu ramah, even dengan makcik cleaner dan pak guard. Slalu jer aku nampak die berbual2 dengan mereka. Tersentuh aku melihat die sebegitu. Namun, aku belum sampai ke tahap tu, hanya mampu mengukirkan senyuman jer.

Jadi, ubahlah persepsi kiter semua terhadap pekerjaan yang kiter anggap kecil, tapi hakikatnya, membawa impak yg besar. Andai tiada penyapu sampah, maka, kotorlah kolej kiter ni (disebabkan pelajar kiter yang xde kesedaran kebersihan). Hormatilah mereka seadanya. Senyumlah apabila bertemu mereka. Mereka adalah genius.......

Photobucket

Blogstats Mania

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut merupakan statistics pengunjung ke blog aku sepanjang bulan lepas:

DateViewsUniques
15-Mar8157
16-Mar1135596
23-Mar835557
30-Mar490356
06-Apr615385
13-Apr227126
Total33832077

Ikut Negara

CountryUniques
MALAYSIA81%
INDONESIA11.6%
UNITED STATES3.4%
UNITED KINGDOM1.7%
EGYPT0.9%
AUSTRALIA0.5%
SINGAPORE0.4%
BRAZIL0.3%
PHILIPPINES0.1%
NORWAY0.1%

Keywords

KeywordsHits
alternatethunder blogspot26
khir denies pkns land scam11
tema maulidur rasul 20089
nasyid free8
segambut mp slammed for ignorant remark 5
huzaifah kyuem blog4
life words4
my4
alternatethunder3
chalet p27 blogspot3