>

Saturday, December 25, 2010

Menelusuri tinggalan Empayar Rom Kuno: Repubblica dan Pantheon

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari kedua di bumi Italy dimulakan dengan solat Subuh dan doa agar perjalanan kami hari ini dilancarkan, dipayungi para malaikat serta setiap derap langkah yang kami bina disertai dengan pahala. Pagi di Rome pun tidak sesejuk mana. Sekitar 10 darjah celcius Subuhnya. Syahdu sekali bersolat Subuh di kala orang lain sedang lena diulit mimpi.

Pada jam 8 pagi, kami turun ke ruang kafe untuk makan breakfast (termasuk di dalam pakej hotel kami). Kami hanya makan croissant dan kopi serta hot chocolate. Tidak lama kami berada di situ kerana pelan kami untuk berjalan seharian tanpa membuang sedikit pun masa. Jadi, setelah mengisi perut sedikit, kami membawa bekalan sandwich telur yang dibuat sendiri menuju ke stesen Metro Termini yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari hotel kami.

Day Pass (Metro, Bas dan tram) yang hanya berharga 4 Euro

Dari stesen Termini, kami terus menaiki Line A Metro menuju ke Repubblica. Di sini terletaknya Piazza Della Repubblica. Ianya merupakan sebuah dataran separa bulatan yang besar, dan di tengahnya terdapat sebuah air pancut yang dinamakan The Fountain of Naiads. Tiada apa yang menarik di sini (mungkin sebab kami tak buat ulangkaji pasal tempat ni), hanya dia punya arkitektur yang mungkin unik dan air pancut yang melambangkan 4 Naiads (makhluk seakan-akan manusia perempuan yang biasanya tinggal di tebing sungai - Greek Mythology).

Piazza Della Repubblica

Fountain of Naiads

Dari stesen Repubblica, kami menaiki bas nombor 70 menuju ke Pantheon. Oh, satu perkara lagi, untuk tiket kita itu valid, kita perlu validate tiket itu di mesin warna kuning di atas bas. Jika diperiksa oleh inspektor tanpa validation itu, denda setinggi sehingga 100 Euro boleh dikenakan! Dan jangan risau, tiket day pass itu boleh digunakan untuk semua metro, bas dan tram. Amat murah!

Bahagian belakang Pantheon

Pantheon, Rome, Italy

Architecture dalaman Pantheon. Oculus, lubang yang menjadi
sumber cahaya dan pengudaraan Pantheon


Kami berhenti di Pantheon. Kagum dengan architecture besar pantheon. Kubah besar itu menjadi amat signifikan untuk bangunan yang dikatakan menempatkan semua Tuhan-tuhan Rome purba. Namun, waktu kami datang ni, separuh pintu depan Pantheon sedang menjalani baik pulih, jadi x seronok sgt nak bergambar. Kaki dilangkah memasuki Pantheon itu. Sejarah, latar belakang Pantheon dipaparkan di dalam itu. Jangan risau, terdapat juga terjemahan dalam bahasa Inggeris, jadi, memang boleh faham. Lebih best, masuk ke sini adalah free. Kagum juga dengan binaan dalaman kubah yang amat tersusun dan kemas. Menurut kepercayaan masyarakat Rome, corak dalaman kubah itu melambangkan langit syurga. Terbaca berkenaan syurga, dalam al-Quran, antara ciri syurga yang Allah nyatakan adalah:

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/36_57.png
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki
(Yasin: 57)

Terlalu besar nikmat Allah di dalam syurga itu. Apa-apa pemikiran manusia yang nak disamakan dengan syurga, tiada taranya dengan hakikat syurga Allah itu. Walau secantik mana manusia menggambarkan syurga itu dengan senibina mereka, masih tidak dapat menandingi syurga Allah.

Antara yang mengagumkan lagi mengenai binaan Pantheon ini adalah kubahnya juga. Kalau dilihatkan dalam gambar di atas, satu-satunya sumber cahaya adalah di bahagian atas sekali kubah Pantheon ini, dipanggil sebagai oculus. Selain sumber cahaya, ianya juga merupakan sumber ventilation untuk ruang Pantheon ini. Ketika hujan, memang air akan masuk melalui oculus ini, tetapi di lantai bawah oculus ini, terdapat sistem perparitan bagi memastikan air tidak terkumpul. Mengagumkan senibina yang memang mempunyai fungsi. Namun, masa kami pergi, tak hujan, jadi x nampak la. Selain itu, dalam Pantheon ni juga terdapat 'Tomb of Raphael', seorang pelukis terkemuka zaman Renaissance yang kemudiannya namanya diabadikan pada seekor watak ninja turtles. Dalam ni juga ada beberapa lagi gambar dan patung peringatan kepada orang yang dah mati. Scary!

http://i557.photobucket.com/albums/ss17/mikey_boy76/942004-bio_raphael_2.gif
Raphael TMNT

Setelah hampir sejam duduk, membaca dan berehat di sekitar Pantheon, kami berjalan kaki berpandukan Map ke barat, menghala ke Piazza Navona yang hanya ambil masa sekitar 10 minit jalan kaki sahaja!

Entri seterusnya: Piazza Navona dan Isola Tiberina
Photobucket