>

Friday, December 24, 2010

Dari London ke Rome

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai kembali ke London setelah hampir 3 hari menjelajah bumi Itali. Syukur ke hadrat Ilahi, perjalanan kami lancar dan dipermudahkan Allah.

Beberapa hari sebelum kami dijadualkan terbang ke Itali (20 Disember 2010), kami dikejutkan dengan khabar berita penutupan beberapa lapangan terbang utama di sekitar London dan tempat-tempat lain, rata-rata kerana salji lebat yang membahayakan. Risau di dalam hati. Lebih merisaukan apabila mendapat khabar berita beberapa sahabat yang penerbangan mereka dibatalkan, jadi amat mengganggu perancangan yang sekian lama telah diatur.

Namun, hati menjadi sedikit lega apabila melihat laman web Stansted Airport, menunjukkan bahawa semua penerbangan dari Stansted berjalan seperti biasa. Hanya Heathrow yang masih banyak penerbangan tergendala. Kami berdoa, agar semuanya berjalan lancar.

http://financial-report.info/wp-content/uploads/2010/06/Ryanair.jpg

Penerbangan kami menggunakan khidmat penerbangan murah RyanAir dari lapangan terbang Stansted. Kami dijadualkan terbang ke Rome Ciampino, Itali pada jam 6:10 pagi 20 Disember 2010. Jadi, bagi mengelakkan kami tertinggal penerbangan atau menghadapi masalah, kami mengambil keputusan untuk mengambil bas Easybus 1 pagi dari stesen Baker Street. Jika beli awal, tiket Easybus boleh didapati sekitar £8 je untuk pergi dan balik. Memang amat letih badan ketika itu, maklumlah, baru petang itu kami pulang dari berjalan di Oxford. Ditambah pula dengan keadaan London yang bersalji dan amat sejuk, kami terpaksa mengharungi kesejukan malam itu.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/archive/5/57/20090323195659!Arriva_0310_on_easyBus.JPG

Bas 18 membawa kami terus ke Stesen Baker Street. Easybus memang mengambil penumpang untuk ke Stansted dari stesen di sini, iaitu di Gloucester Place, dua jalan bersebelahan Baker Street. Alhamdulillah, kami sampai di situ pada jam 12.50 tengah malam dan hanya menunggu lebih kurang 10 minit untuk bas oren itu sampai mengambil kami. Hati semakin gumbira dan ceria memikirkan apa yang bakal menemui kami di Rome nanti. Dalam masa yang sama, sekelumit perasaan gelisah bercampur risau apabila memikirkan kemungkinan masalah penerbangan akibat masalah cuaca.

Hampir sejam berada dalam bas oren berkenaan, kami tiba di Stansted Airport. Suhu dicatatkan -7 Celcius di Stansted Airport. Mampukah kami bertahan sepanjang pagi pada suhu sesejuk itu? Sambil menunggu kaunter dibuka kami bersarapan dengan bekal roti dan telur untuk disapu sebagai sandwich telur.

Oleh kerana Subuh masuk sekitar jam 5.50 pagi, jadi, kami berkeputusan untuk bersolat secara duduk di dalam kapal terbang. Ilmu khuf yang didapati dan dipraktikkan sejak 3 tahun duduk di UK ini memang berguna. Apakah itu khuf? Untuk maklumat lanjut, boleh baca perkongsian sahabat dari Jepun. KLIK SINI.

Kapal terbang bertolak agak lewat, sekitar jam 6.30 pagi baru bertolak dari Stansted, London. Namun, hati tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menziarahi Italy untuk mendapat ilmu dan pengalaman.

Jadi, beberapa ringkasan tips dan cadangan untuk post ini:

1) Rancang dan beli tiket awal dari syarikat penerbangan murah. Boleh banding harga di sini
2) Antara cara murah untuk ke Stansted adalah menaiki bas. Ada banyak pilihan bas untuk ke Stansted: Easybus, National Express serta Terravision. Hanya easybus yang mengambil penumpang dari Baker Street, yang lain, dari Victoria. Jadi, boleh bandingkan harga bas dengan tempat yang lebih sesuai untuk anda ambil bas.
3) Jika anda duduk bermalam di lapangan terbang, bawalah makanan yang dibeli terlebih dahulu (roti dsb). Jauh lebih murah dan kenyang.
4) Aplikasi khuf yang memudahkan anda mengambil wudhu' dan bersolat.

Bersambung...

(Episod seterusnya: Jelajah Rome)

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu`alaikum warahmatullah
seronok baca catatan kembara dan banyak info terkini.

Sebelum ini saya post pertanyaan dalam tajuk nur islam di bumi rom tapi tiada respon. Maaf sekali lagi saya post dengan harapan ada jawapan.Insha ALLAH saya akan melawat andalusia dan beberapa negara eropa seperti Itali (Rom, Pisa, Venice), Zurich swiszland, London, Paris dan Moroko . berangkat pada isnin ini 22.November 2011 hingga 8.12. Dari KL Rome dan seterusnya Seville dengan Easyjet atau Ryan air.

Oleh itu saya ingin bertanya dengan lebih detail lagi :
1.insha ALLAH, Saya akan sampai airport fiumicani jam 3.20 petang.Dari airport saya akan ke hostel (belum tempah lagi), walau pun saudara ada terangkan bagaimana cara nak pergi ke bandar dengan tren tapi saya masih lagi kurang faham. boleh tak jelaskan step by step.
2.Tolong cadangkan hostel/hotel bajet yang dekat dengan stesyen bas atau keretapi untuk memudahkan urusan lawatan atau penginapan yang jarak ke tempat2 lawatan boleh dengan hanya berjalan kaki. 3. setelah check in di hostel nanti tolong cadangkan tempat2 yang sempat dilawati sehingga malam hari.
4. Pada hari yang kedua sempat kah saya nak melawat tempat2 bersejarah yang lain kerana sebelah malam saya nak naik tren ke venice atau pisa.Kalau tak sempat saya akan ke venice atau pisa pada hari ketiga.
5. Berapakah harga tiket masuk ke tempat2 lawatan?
6. Jauhkah stesyen keretapi pisa dengan menara condong itu dan berapa jam agaknya habiskan masa untuk lawat pisa kerana saya akan ke venice dan mungkin ke zurich juga. Dari venice saya akan ke andalusia, moroko, seterusnya london pada 1 hingga 4.12, manakala 5-7.12 ke Paris. Balik KL pada 7.12 jam 9.15 pagi.
7. Lawatan saya kali ini hanya seorang secara backpack . Oleh itu kalau ada yang mahu ikut serta alhamdulillah,saya alu2kan.Kalau tiada teman , mungkin isteri saya akan ikut sama. Kalau isteri saya ikut sama adakah boleh saya menyewa hostel di Paris, Itali,zurich Andalusia dan London. adakah hostel yang punya 1 bilik untuk 2 orang.
8. Untuk ke Moroko insha ALLAH , tiada masalah bahasa kerana saya graduated dari university Islam Madinah sejak tahun 1985. Tapi di Itali, Paris dan spain , bagaimana nak berkomunikasi ya, saya masih buntu .
9.Harga tiket dari kl rome paris kl 2300rm dengan pesawat komersial, bukan air asia kerana air asia mahal lagi. Sesiapa yang nak ikut serta cepat ya, seat masih ada lagi.

Nampaknya banyak soalan yang saya tanya, harap tak jemu saudara menjawabnya. Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan dan saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas info yang akan diberi .Harap dapat jawab dengan secepat mungkin disini atau e mail : naasiha@yahoo.com.
wassalaamu`alaikum warahmatullah

Jpah said...

Waalaikumussalam wbt

untuk soalan 1-5, maaf, saya sudah tidak ingat.

untuk soalan 6, berjalan kaki boleh dari stesen ke menara dalam 30 minit sahaja. Dan dalam 3-4 jam dah cukup di Pisa kalau hanya menara condong yang nak dilawati.

Ada sahaja hostel (malah banyak) untuk 2 orang, boleh tanya hostel tersebut.

Untuk berkomunikasi, insyaAllah kalau cakap basic English, diorang akan faham, walaupun diorang mungkin tak dapat jawab. Dan orang-orang yang bekerja di tempat2 tarikan pelancong ni, akan tahu cakap english basic, dan banyak je papan tanda di tempat pelancongan ni dalam inggeris. Tapi bagus kalau belajar dan ingat ayat2 yang penting2 dalam bahasa tempatan.