>

Monday, January 11, 2010

Menjelang Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah, esok, aku akan menghadapi paper pertama, iaitu Molecular Biology II. Dan hari ini, aku bertungkus lumus mengulang kembali nota dan mencuba untuk ingat kembali segala term dan definisi. Crammed rasa otak, tapi, apakan daya.

Suasana dingin musim sejuk di London tidak mematahkan semangat walaupun keinginan untuk tidur itu tinggi memuncak. Sungai dan tasik membeku, namun, masih jua aku gagahi kaki ini berjalan ke destinasi. Berbekalkan kepercayaan "usaha dan doa tangga kejayaan", aku sedikit lega. Namun, bila difikirkan, adakah sudah cukup aku berusaha? Adakah sudah cukup aku berdoa?

Di kala rasa kepayahan ini, terasa diri ini begitu lemah dan kerdil. Baru ditimpa ujian sebegini, belum lagi diuji dengan peluh dan darah. Aku bersyukur, mungkin ini adalah peringatan untuk aku sentiasa berharap pada rahmat Allah. Aku dididik sejak kecil, di balik tiap kepayahan, akan muncul kesenangan. Di sebalik suasana mendung, akan muncul pelangi. Teringat firman Allah:

http://www.quran.com/images/ayat/94_5.png

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(as-Sharh 94:5)

Khas buat rakan2 seluruh dunia yang bakal menghadapi exam, teruskan berusaha, buat sehabis baik. Kita adalah ummah terbaik, jadi, buktikan!!!

http://farm3.static.flickr.com/2311/3537452241_012c9ec7d6.jpg

Photobucket

No comments: