بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi exam yang baru sahaja habis Khamis lepas. Moga Allah permudahkan segalanya, membuka hati para pemeriksa peperiksaan untuk bermurah hati memberikanku markah. InsyaAllah.
Disebabkan exam bulan satu inilah, selain dari ke program2 winter, aku x pergi ke mana-mana lagi. Di kala housemateku pergi melancong ke Oslo, Norway, aku pula hanya duduk di kota London bertemankan buku dan nota. Jadi, selepas saja habis peperiksaan haritu, pada hari Sabtu, aku berlepas ke Paris menggunakan khidmat Eurostar.
Terkenang aku pengalaman berjaulah ke Paris bersama Azri Rosli, sahabatku sejak di KYUEM lagi. Boleh baca pengalaman kami di sini. Pada musim bunga lepas, kami berdua menjelajah kota Paris ini. Tanpa ada contact sesiapa, kami redah sahaja perjalanan. Pelbagai ilmu dan pengalaman dikongsi bersama. Tersenyum aku keseorangan di dalam tren mengenangkan kenangan lalu.
Tren Eurostar berlepas dari St Pancras International pada jam 10.25 pagi waktu UK. Tren meluncur laju di atas landasan. Perjalan dijangka mengambil masa 2 jam 20 minit. Aku menghabiskan banyak masa aku di atas tren dengan berada di dalam kafe yang terletak di coach nombor 6.
Pengalaman sedikit lain kali ini apabila aku ke Paris pada musim sejuk. Masih kelihatan saki baki ais yang mencair di sepanjang padang perjalanan ke Paris. Masuk saja ke sempadan Perancis, senario sama turut kelihatan. Padang yang bertompok putih terbentang meluas. Aku memandang jauh melewati padang yang ibarat tiada sempadan. Maha suci Allah yang menghamparkan bumi seluas ini. Teringat firman Allah:

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(al-Baqarah 2:22)
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan, tiada masalah yang dihadapi. Aku sampai ke Gare du Nord dan sekali lagi, kenangan lama menerjah fikiran. Disebabkan perut yang dah lapar, aku terus je membeli tiket 2 hari Metro dan terus bergerak ke La Chapelle untuk makan nasi dan kari. Memang La Chapelle ni kawasan orang India, ada beberapa kedai makanan halal di sini.
Kemudian, aku bergerak ke Place Monge untuk bersolat di Paris Mosque, masjid besar di Paris ni. Aku suka betul bersolat sambil duduk berehat di sini. Senibina yang lawa, kawasan masjid yang besar dan taman yang sungguh menarik. Syahdu dan sayu aku berada dalam rumah Allah ini. Terasa sungguh diri ini kerdil dan terasa sungguh bersalah atas dosa yang dilakukan. Aku terduduk sejenak dalam Masjid Paris. Hadis Nabi S.A.W:
Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.”
Kemudian, disebabkan dah keletihan, aku bergerak ke La Defense, tempat penginapanku. Sebelum sampai ke hotel, aku berjalan-jalan sekitar La Defense ni. La Defense ni aku boleh samakan dengan Canary Wharf di London. Bangunan moden dan pencakar langit. Antara binaan yang menarik perhatian di sini adalah La Grande Arche de la Défense. Grande Arche ni merupakan gambaran semula Arc de Triomphe pada zaman moden.
Malam itu, tidur dengan nyenyaknya kerna keletihan.
Pagi esok, selepas bersarapan di hotel (termasuk dalam pakej), aku bergerak pula ke Eiffel Tower, sebuah menara besi yang terletak di Champ de Mars. Eiffel merupakan simbol bagi Paris dan Perancis secara keseluruhan. Ini merupakan binaan tertinggi di Paris. Aku kagum dengan pakcik Gustava Eiffel yang dapat design binaan ni. Menggunakan besi, dibina hampir 120 tahun dahulu, dengan teknologi yang tidaklah sehebat hari ini, tapi binaan sekukuh itu dapat juga dibina. Kagum dengan pakcik ni, tapi kagum lagi dengan yang mencipta pakcik ini, iaitu Allah.
Jika dahulu aku tidak berkesempatan naik ke atas Eiffel Tower ni, alhamdulillah, kali ni, aku diberi kesempatan dan peluang untuk menaiki menara ini. Walaupun terpaksa beratur hampir 20 minit, aku harungi juga. Tiket berharga 6.50 Euros untuk youth (bawah 24 tahun) untuk menaiki lift (x larat nak naik tangga).
Pemandangan dari atas menara memang mengagumkan. Memang boleh nampak kota Paris. Beberapa binaan yang menjadi tarikan turut dapat kelihatan. Walaupun x sempat nak pegi melawat, dapat melihat dari jauh pun jadilah. Agak ramai orang berada di atas Eiffel tower ni. Aku x abis2 ambil gambar kerana keindahan panorama dari atas menara. Sayang sekali, tiada orang nak mengambil gambar aku, jadi, xdelah gambar kenangan aku di atas menara (sedih). Setelah hampir sejam setengah di atas menara, aku pun turunla kembali ke tanah.
Makan lunch di luar stesen Gare du Nord (kebab yang mantap), kemudian berlepas kembali ke kota London yang dirindui....
Alhamdulillah, tekanan selepas exam berjaya diubati sedikit. Moga perjalanku ni diberkati dan moga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

1 comment:
kegembiraan sepatutnya dikongsi bersama .......
Post a Comment