Tuesday, January 26, 2010

Islam itu agama keamanan

بسم الله الرحمن الرحيم



Photobucket

Friday, January 22, 2010

Boy in the bubble

بسم الله الرحمن الرحيم

Peluang belajar di luar negara sungguh aku hargai dan syukuri. Di sini, mata hatiku celik dan terbuka dengan isu-isu semasa yang membuatkan aku berfikir, apakah tugas sebenar aku di atas muka bumi ini. Ya, mungkin benar, jika selama ini soalan itu mampu kita jawab berpandukan teori, namun, di mana praktikalnya?

Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Imperial College London, salah satu universiti terkemuka di dunia cukup aku syukuri. Walaupun bukanlah belajar khusus dalam bidang agama seperti sahabat-sahabatku di Timur Tengah, namun, peluang belajar dalam bidang Bioteknologi bukanlah suatu alasan untuk aku tidak mendekatkan diri kepada Allah. Aku percaya, segala ilmu itu datangnya daripada Allah, dan dengan ilmu itu jualah kita boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Di Imperial, kami bukan sekadar diajar teori, namun, kami juga diajar etika dan kisah-kisah benar tentang teori yang kami pelajari. Beberapa bulan lepas, kami didedahkan dengan kisah 'Boy in the Bubble'. Kisah David Vetter begitu menyayat hati. Kali pertama beliau menyentuh kulit ibu beliau adalah beberapa ketika sebelum beliau menemui ajal. Inilah kisah seorang yang menghidap penyakit Severe Combined Immunodeficiency (SCID).

http://www.wired.com/news/images/full/bubbleboy5_f.jpg
David Vetter

SCID merupakan satu penyakit yang terjadi apabila salah satu dari gene yang terlibat menghadapi masalah. Hasilnya, pesakit akan menghidapi satu penyakit yang amat menyayat hati di mana sistem imunisasi pesakit akan lumpuh dan pesakit begitu mudah sekali mati akibat jangkitan yang sepatutnya tidak membawa maut kepada manusia normal. Itulah yang dihadapi David Vetter.

Ibu bapa David pernah melahirkan seorang anak lelaki yang mempunyai penyakit yang sama. Namun, anak lelaki ini mati 7 tahun selepas kelahiran. Peluang untuk mendapatkan anak yang mempunyai penyakit ini adalah 50 peratus untuk setiap anak lelaki mereka. Jadi, apabila mereka mengandungkan David, doktor telah mengenalpasti dari awal tentang penyakit David dan disebabkan ibu bapa mereka masih ingin melahirkan David, kali ini, doktor telah bersedia dengan membina satu ruangan plastik yang steril untuk kediaman David sehinggalah penawar penyakitnya dijumpai.

http://www.wired.com/news/images/full/bubbleboy4_f.jpg
Inilah 'rumah' yang juga ibarat penjara

Pada tahun 1971, sejurus selepas David dilahirkan, para petugas hospital dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa David, terus memasukkan beliau ke dalam 'bubble' yang steril. Mereka terlalu optimis dan yakin dapat mencari penawar bagi penyakit ini sehinggakan mereka tidak memikirkan pelan tambahan seandainya mereka gagal mencari penawar. Dan itulah yang telah berlaku.

Sepatutnya, David dijadualkan menerima sumsum tulang daripada kakaknya. Namun, di saat akhir, didapati sumsum tulang dari kakaknya tidak sesuai. Maka, hiduplah beliau di dalam 'plastic bubble' itu dan membesar di dalam penjara bagi hidupnya itu. Setiap hari dilalui dengan penuh harapan. David semakin membesar. Lama kelamaan, harapan beliau semakin pudar. Emosi beliau semakin terganggu. Doktor dan ibu bapa beliau cuba memberikan yang terbaik untuk beliau hidup secara normal, walaupun di dalam 'plastic bubble'. Bayangkan, sepanjang beliau hidup, David tidak pernah menyentuh sesiapa pun. Segala perhubungan adalah melalui tiub dan glove yang disambungkan kepada 'plastic bubble' tempat David diletakkan.

http://www.wired.com/news/images/full/bubbleboy6_f.jpg
Beginilah cara David berkomunikasi dengan manusia. Tak dapat dibayangkan
betapa runtuhnya emosi apabila hidup sebegini selama 12 tahun sebagai kanak-kanak

http://www.wired.com/news/images/full/bubbleboy7_f.jpg

http://www.wired.com/news/images/full/bubbleboy3_f.jpg
Merenung dunia luar. Beliau tidak berpeluang sama-sama hidup
dengan manusia biasa

Keadaan semakin menekan. David semakin besar dan emosi beliau semakin tidak stabil. Para doktor semakin sukar mengawal perlakuan beliau. Kerajaan U.S. pula sudah mula memikirkan untuk mengurangkan 'funding' dalam penyelidikan tentang David kerana kurang perkembangan. Satu negara digegarkan dengan debat etika, antara ekonomi atau kemanusiaan.

Dalam keadaan yang semakin terdesak, ibu bapa David bersetuju malah mendesak agar pemindahan sumsum tulang dari kakak David dilakukan juga, walaupun tidak padan. Malangnya, beberapa bulan sahaja selepas pembedahan, keadaan David bertambah teruk. David mengalami cirit-birit, demam dan muntah yang teruk. Keadaan ini memaksa doktor mengeluarkan David dari 'penjara' plastiknya. Keluar sahaja dari 'bubble' itu, keadaan David semakin teruk dan jatuh koma. Ketika itulah, ibu David dapat menyentuh kulit David buat kali pertama dan terakhir sebelum David meninggal beberapa hari kemudainnya setelah 12 tahun terpenjara di dalam 'plastic bubble', terasing dari dunia luar.

David mati kerana Burkitt's lymphoma, sejenis kanser. Setelah disiasat, rupanya, sumsum tulang milik kakak David mengandungi virus yang tidak dapat dikesan menggunakan teknologi ketika itu. Virus itu berkembang pesat dalam badan David dan tersebar ke seluruh badan David.

Kini, hampir 90 % pesakit SCID mampu diubati dan tiada lagi penggunaan 'plastic bubble' di mana-mana hospital.

Kisah David ini begitu terkesan dalam diriku. Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan, aku mampu berjalan dengan selamat dan sihat di luar, mampu berinteraksi dengan dunia, mampu menjadi aktif dan sebagainya. Sebaliknya, ada orang yang tidak mampu melakukan semua ini, sedangkan aku tidak pernah merasakan ianya suatu nikmat. Jadi, adakah aku tak malu terus menerima nikmat ini tanpa menjalankan tugas kepada Allah? Teringat peringatan Allah:

http://www.quran.com/images/ayat/5_7.png

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
(al-Maidah, 5:7)

Hampir terlupa dan lalai tentang perjanjian kita dengan Allah. Sejauh mana ketaatan kita kepada Allah dan Rasul? Banyak mana sudah kita langgar perintah Allah? Malu dengan diri sendiri.

Moga kita sama-sama mensyukuri setiap nikmat yang Allah dah berikan kepada kita. Kadang-kadang, kita tidak sedar nikmat itu, sehinggalah Allah menarik kembali nikmat itu daripada kita, sepertimana Allah menarik nikmat hidup di dunia luar kepada David Vetter.

Photobucket

Thursday, January 21, 2010

Edu-tour in Egypt

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang sahabat memintaku untuk mengiklankan servis edu-tour di Egypt ni. Aku plak, ntah bilerla nak sampai ke Mesir ni. Teringin sangat nak pergi. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki akan sampai juga di sana.

Klik untuk imej lebih besar

Photobucket

Wednesday, January 20, 2010

Ke Paris lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi exam yang baru sahaja habis Khamis lepas. Moga Allah permudahkan segalanya, membuka hati para pemeriksa peperiksaan untuk bermurah hati memberikanku markah. InsyaAllah.

Disebabkan exam bulan satu inilah, selain dari ke program2 winter, aku x pergi ke mana-mana lagi. Di kala housemateku pergi melancong ke Oslo, Norway, aku pula hanya duduk di kota London bertemankan buku dan nota. Jadi, selepas saja habis peperiksaan haritu, pada hari Sabtu, aku berlepas ke Paris menggunakan khidmat Eurostar.

Terkenang aku pengalaman berjaulah ke Paris bersama Azri Rosli, sahabatku sejak di KYUEM lagi. Boleh baca pengalaman kami di sini. Pada musim bunga lepas, kami berdua menjelajah kota Paris ini. Tanpa ada contact sesiapa, kami redah sahaja perjalanan. Pelbagai ilmu dan pengalaman dikongsi bersama. Tersenyum aku keseorangan di dalam tren mengenangkan kenangan lalu.

Eurostar

Paris Nord


Tren Eurostar berlepas dari St Pancras International pada jam 10.25 pagi waktu UK. Tren meluncur laju di atas landasan. Perjalan dijangka mengambil masa 2 jam 20 minit. Aku menghabiskan banyak masa aku di atas tren dengan berada di dalam kafe yang terletak di coach nombor 6.

Pengalaman sedikit lain kali ini apabila aku ke Paris pada musim sejuk. Masih kelihatan saki baki ais yang mencair di sepanjang padang perjalanan ke Paris. Masuk saja ke sempadan Perancis, senario sama turut kelihatan. Padang yang bertompok putih terbentang meluas. Aku memandang jauh melewati padang yang ibarat tiada sempadan. Maha suci Allah yang menghamparkan bumi seluas ini. Teringat firman Allah:

http://www.quran.com/images/ayat/2_22.png
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(al-Baqarah 2:22)

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan, tiada masalah yang dihadapi. Aku sampai ke Gare du Nord dan sekali lagi, kenangan lama menerjah fikiran. Disebabkan perut yang dah lapar, aku terus je membeli tiket 2 hari Metro dan terus bergerak ke La Chapelle untuk makan nasi dan kari. Memang La Chapelle ni kawasan orang India, ada beberapa kedai makanan halal di sini.



Kemudian, aku bergerak ke Place Monge untuk bersolat di Paris Mosque, masjid besar di Paris ni. Aku suka betul bersolat sambil duduk berehat di sini. Senibina yang lawa, kawasan masjid yang besar dan taman yang sungguh menarik. Syahdu dan sayu aku berada dalam rumah Allah ini. Terasa sungguh diri ini kerdil dan terasa sungguh bersalah atas dosa yang dilakukan. Aku terduduk sejenak dalam Masjid Paris. Hadis Nabi S.A.W:

Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.”

Kemudian, disebabkan dah keletihan, aku bergerak ke La Defense, tempat penginapanku. Sebelum sampai ke hotel, aku berjalan-jalan sekitar La Defense ni. La Defense ni aku boleh samakan dengan Canary Wharf di London. Bangunan moden dan pencakar langit. Antara binaan yang menarik perhatian di sini adalah La Grande Arche de la Défense. Grande Arche ni merupakan gambaran semula Arc de Triomphe pada zaman moden.

Malam itu, tidur dengan nyenyaknya kerna keletihan.

Pagi esok, selepas bersarapan di hotel (termasuk dalam pakej), aku bergerak pula ke Eiffel Tower, sebuah menara besi yang terletak di Champ de Mars. Eiffel merupakan simbol bagi Paris dan Perancis secara keseluruhan. Ini merupakan binaan tertinggi di Paris. Aku kagum dengan pakcik Gustava Eiffel yang dapat design binaan ni. Menggunakan besi, dibina hampir 120 tahun dahulu, dengan teknologi yang tidaklah sehebat hari ini, tapi binaan sekukuh itu dapat juga dibina. Kagum dengan pakcik ni, tapi kagum lagi dengan yang mencipta pakcik ini, iaitu Allah.

Jika dahulu aku tidak berkesempatan naik ke atas Eiffel Tower ni, alhamdulillah, kali ni, aku diberi kesempatan dan peluang untuk menaiki menara ini. Walaupun terpaksa beratur hampir 20 minit, aku harungi juga. Tiket berharga 6.50 Euros untuk youth (bawah 24 tahun) untuk menaiki lift (x larat nak naik tangga).

Pemandangan dari atas menara memang mengagumkan. Memang boleh nampak kota Paris. Beberapa binaan yang menjadi tarikan turut dapat kelihatan. Walaupun x sempat nak pegi melawat, dapat melihat dari jauh pun jadilah. Agak ramai orang berada di atas Eiffel tower ni. Aku x abis2 ambil gambar kerana keindahan panorama dari atas menara. Sayang sekali, tiada orang nak mengambil gambar aku, jadi, xdelah gambar kenangan aku di atas menara (sedih). Setelah hampir sejam setengah di atas menara, aku pun turunla kembali ke tanah.

Pemandangan dari atas menara Eiffel

Makan lunch di luar stesen Gare du Nord (kebab yang mantap), kemudian berlepas kembali ke kota London yang dirindui....

Alhamdulillah, tekanan selepas exam berjaya diubati sedikit. Moga perjalanku ni diberkati dan moga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Photobucket

Wednesday, January 13, 2010

Semua bertasbih

بسم الله الرحمن الرحيم

Copy paste je dari blog Daus

http://static.squidoo.com/resize/squidoo_images/-1/draft_lens1441580module8530159photo_Dog_Medicine_Side_Effects5.jpg1204589384
A Muslim Dog, named Snoppy. It is praising its' Creator

http://blog.nj.com/ledgerupdates_impact/2008/08/large_BIG%20CAT%20FOUND.JPG
A Muslim cat, named Charlie. It is praising its' Creator

http://animals.nationalgeographic.com/staticfiles/NGS/Shared/StaticFiles/animals/images/primary/mountain-goat.jpg
A Muslim mountain goat named Matt. It is praising its' Creator

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f3/Uluru_sunset1141.jpg
A Muslim rock named Ayers Rock. It is praising its' Creator

GURUH BERTASBIH

http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/Ayat/13/13_13.gif
ar Ra'du 13

Guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya....

LANGIT, BUMI & semua makhluk BERTASBIH

http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/Ayat/17/17_44.gif
al Isra' 44

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

GUNUNG & BURUNG join Nabi Daud BERTASBIH..WOW!!
http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/Ayat/21/21_79.gif
al Anbiya' 79

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

ALL CREATIONS are PRAISING the CREATOR...what happened to MANKIND?
http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/Ayat/24/24_41.gif
an Nur 41

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

http://s3.amazonaws.com/pixmac-preview/busy-business-woman-doing-some-computer-work.jpg

Photobucket

Tuesday, January 12, 2010

Someone Called 'Hero'

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda pernah pergi ke Sweden? Tahu bahasa Sweden? Anda berminat menjadi 'hero'? Tonton video ni. Gelak x henti2 biler tgk video ni:



Memang cara untuk promosi diri yang agak baik.....

Sekian
Photobucket

Monday, January 11, 2010

Menjelang Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah, esok, aku akan menghadapi paper pertama, iaitu Molecular Biology II. Dan hari ini, aku bertungkus lumus mengulang kembali nota dan mencuba untuk ingat kembali segala term dan definisi. Crammed rasa otak, tapi, apakan daya.

Suasana dingin musim sejuk di London tidak mematahkan semangat walaupun keinginan untuk tidur itu tinggi memuncak. Sungai dan tasik membeku, namun, masih jua aku gagahi kaki ini berjalan ke destinasi. Berbekalkan kepercayaan "usaha dan doa tangga kejayaan", aku sedikit lega. Namun, bila difikirkan, adakah sudah cukup aku berusaha? Adakah sudah cukup aku berdoa?

Di kala rasa kepayahan ini, terasa diri ini begitu lemah dan kerdil. Baru ditimpa ujian sebegini, belum lagi diuji dengan peluh dan darah. Aku bersyukur, mungkin ini adalah peringatan untuk aku sentiasa berharap pada rahmat Allah. Aku dididik sejak kecil, di balik tiap kepayahan, akan muncul kesenangan. Di sebalik suasana mendung, akan muncul pelangi. Teringat firman Allah:

http://www.quran.com/images/ayat/94_5.png

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(as-Sharh 94:5)

Khas buat rakan2 seluruh dunia yang bakal menghadapi exam, teruskan berusaha, buat sehabis baik. Kita adalah ummah terbaik, jadi, buktikan!!!

http://farm3.static.flickr.com/2311/3537452241_012c9ec7d6.jpg

Photobucket

Saturday, January 9, 2010

900th Post: Teristimewa untuk Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu-satu berita perkahwinan yang aku terima daripada senior-senior aku. Ada yang memang x disangka, turut menghangatkan suasana. Tahniah, dan syabas aku ucapkan di atas usaha kalian mewujudkan baitul muslim yang insyaAllah, mewujudkan keluarga yang bermanfaat kepada Islam dan ummah.

Lagu ni aku tujukan khas buat kak Zaffan (pres MUSCOM batch 7) dan Abn yang bakal melangsungkan perkahwinan, serta Hazman Hadi dan kak Maizatul Syafinaz yang baru melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan syabas, moga murah rezeki dan semoga beroleh keluarga bahagia dan sejahtera. Menanti jemputan dari Isa, DZ, Apak dan Faris Fasri plak, hehe.

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs190.snc3/19756_241220981325_695301325_3761907_1672504_n.jpg
Majlis perkahwinan Hazman (pres MUSCOM batch 6) dan Kak Mai
(yang duk tepi2 tu, sume blom kahwin)


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا


Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Photobucket

Frozen Britain

بسم الله الرحمن الرحيم

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/47061000/jpg/_47061196_greatbritainjpg.jpg
Gambar oleh NASA Terra Satelite, 7 Januari 2010

Tahun ini jauh berbeza dengan tahun lepas. Musim sejuk tahun ni sungguh lain. Lebih sejuk. Salji pun turun dengan agak kerap, termasuklah London! Ada kawasan di UK yang mencecah -20 Celcius, London pula, sekitar -5 Celcius. Menurut pembacaan ringkas aku, suasana sejuk ini adalah disebabkan angin artik yang bertiup dari utara, membawa angin sejuk yang mengakibatkan salji turun di hampir semua tempat di UK.

Biasalah, excited bila turun salji. Tapi, sedikit rasa sukar apabila hendak bergerak ke sana sini. Naik basikal, agak berbahaya, jalan yang amat licin. Jalan kaki pun boleh tergelincir. Nak berjalan kena terjengket-jengket. Kena pakai tebal2, kalau tak, pedih kulit ni ibarat dihiris sembilu (drama).

Jika tahun lepas, London dikejutkan dengan salji tebal, tapi hanya dalam tempoh masa 2-3 hari. Tapi tahun ni, dah nak masuk 2-3 minggu, salji tetap turun beransur-ansur dan ais di jalanan tidak juga mencair. Mencabar!

Moga keadaan bertambah baik, dan moga semua akan selamat, insyaAllah.

Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

Kenangan Fuiyo 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Kejadian ini berlaku dengan plan oleh beberapa AJK sahaja, termasuk aku dan beberapa org lagi. Sebab itu aku hanya bersedia dengan video cam sewaktu perkara ini terjadi. Kata orang, disebabkan aku record videolah, kekantoian lakonan itu terjadi. Namun, kalau tidak direcord, agak sayang sekali.

Malam itu, selepas habis program, para peserta diminta berdiri untuk menyanyikan lagu tema Fuiyo 2009. Namun, belum sempat pun lagu dimainkan, Akmal tetiba menerpa masuk membuat havoc. Kemudian, kami semua diberitahu bahawa terdapat intruders yg pecah masuk ke bilik Muslimat. Riak muka Daus berubah. Antara cemas dan kalut. Namun, apabila keluar saja dari dewan, kek harijadi menyambut beliau. Maaf dipinta kepada Daus kerna membuat beliau risau.

Inilah kejutan buat Daus dan peserta Fuiyo 2009:

Surprise Untuk Daus di FUIYO 2009 from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

Lagi video2 menarik boleh didapati di sini. InsyaAllah, page ini akan diupdate dari semasa ke semasa....

Photobucket

Tuesday, January 5, 2010

Mereka Sudah Berpergian

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas solat Subuh, mata khusyuk membaca nota Molecular Biology sambil tangan membelek2 helaian buku dan nota. Pagi ini sungguh sunyi sekali. Tiada lagi keriuhan dalam rumah, tiada lagi bunyi bising dari dapur. Suhu -3 darjah celcius seolah-olah membuatkan keadaan menjadi lebih kaku.

Semalam, selepas Iqtidar keluar dari rumah, Faris dan Famy pula memulakan perjalanan mereka ke Oslo, Norway. Pada pukul 9.45 malam semalam, tinggallah aku berseorangan di rumah. Pilu hati ini ditinggalkan. Namun, apakan daya, tanggungjawabku terhadap pelajaran itu lebih utama daripada keseronokan diri semata-mata.


Tinggallah aku dan Pokloh di rumah. Lapworth yang kebiasaannya bising dan meriah, menjadi sunyi sepi ibarat tiada penghuni. Seawal pagi, aku memanaskan kari yang dimasak semalam lalu dicicah dengan roti. Itulah sarapanku hari ini. Alhamdulillah, rezeki di awal pagi. Entah apa lah yang sahabatku di Norway tu makan.

Tahun kedua Bioteknologi di Imperial amat berbeza sekali. Tahun ini, final exam dipecahkan kepada 3 sesi. Sesi pertama, selepas cuti winter, sesi kedua, selepas cuti easter dan sesi ketiga, sebelum cuti summer. Kebaikan buat camni adalah, otak aku tidak crammed untuk stadi sume benda sekaligus. Namun, keburukannya adalah, waktu cuti aku terpaksa dikorbankan untuk mengulangkaji pelajaran. Xpelah, sabar saje.....

Dengar citer di Oslo, suhu terendah mencecah -20 celcius. Entah bagaimana kawan2 ku itu survive di sana. Kata mereka, cabaran namanya. Bila lagi nak merasa suhu sesejuk itu? Semalam, Famy dan Faris ke Lillywhites untuk membeli peralatan yang sepatutnya. Baselayer, gloves dan sebagainya dibeli bagi menghadapi suhu sesejuk itu.

Moga korang selamat selama pemergian korang ke sana. Moga perjalanan ini diberkati dan moga korg mendapat ibrah di sebalik pemergian ini. Itulah tarbiyyah kepada diri agar menjadi lebih baik. Di samping itu, jangan lupa buah tangan untuk orang di London ni.....

Salam dari Lapworth

Photobucket

Sungguh Cepat

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku membelek telefon bimbitku tatkala mendapat mesej dari rakanku. Ntah kenapa, tangan aku pantas plak menekan button touch screen menuju ke phonebook. Ku lihat nama2 yg dahulunya masih berada di London, kini, masing2 sudah pulang ke tanah air. Isa, DZ, Bun, Apak dan Faris Fasri, antara watak yang aku rindui.

Mengharungi suhu -3 celcius kota London, aku berjalan sayu ke kedai runcit depan rumah. Aku pantas mengambil sebungkus roti, sebotol susu dan satu peanut butter, lalu pergi ke kaunter untuk membayar.

Aku berjalan menuju ke rumah. Aku lihat tingkap rumah yang bercahaya. Inilah rumah pertama di UK yang aku lawati, dan kini, aku menetap pula di sini. Masa berlalu amat pantas. Sekejap jer, dah hampir setahun lebih aku melanjutkan pelajaran di kota London. Beberapa ketika nanti, tibalah masaku untuk bergelar pelajar tahun akhir. Pulang ke Malaysia menggalas tanggungjawab yang lebih berat kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Adakah aku dah bersedia?

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana waktu cuti winterku ini dimanfaatkan dengan berprogram. Pergi ke Telford untuk ke Fuiyo sebagai AJK memang meletihkan. Di kala para peserta menikmati duvet, katil dan heater yang selesa, kami, AJK terpaksa tidur di lantai hanya dengan sleeping bag. Namun, kemanisan memberi itu terasa juga. Kami dihangatkan dengan ukhuwah antara kami. Time ni la nak berborak, rapatkan ukhuwah. Best.


Pengisian Fuiyo memang mantop sekali. UZAR dan ustaz Maszlee memang tidak mengecewakan. Ditambah pula MC yang pandai buat lawak, iaitu Joegrimjow dan Cha. X kering gusi para peserta. Aku dan Syakir (dan Alia) bertanggungjawab mendokumentasikan perjalanan program dengan gambar dan video. Seronok kami pabila tengok peserta gembira.

Akh Mas Afzal dan Fawwaz juga memberikan pengisian yang menarik sekali. InsyaAllah, video2 pengisian akan aku upload dalam laman web rasmi Fuiyo untuk tatapan bersama. What U Give, U Get Back!


Walaupun winter kali ini, aku tidaklah ke tempat2 menarik, tapi bagi aku, yang paling berharga adalah menimba ilmu baru dan bertemu rakan2 baru, mahupun lama. Kemanisan berprogram itu lain berbanding bertemu di luar program. Terasa xnak balik ke London plak, hehe. Nak cuti selamanya, walaupun tidak feasible angan2ku ini.

InsyaAllah, akan ber'imtihan' minggu depan. Doakan daku!!!

Photobucket