Sunday, December 26, 2010

Menelusuri tinggalan Empayar Rom Kuno: Piazza Navona dan Isola Tiberina

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Pantheon, kami bergerak pula ke selatan menuju ke Piazza Navona, sebuah dataran luas yang dikatakan dahulunya menjadi pusat orang Rome berkumpul untuk menyaksikan permainan dimainkan di situ. Dari Pantheon, hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit berjalan kaki untuk ke Piazza Navona.

Apabila tiba mendekati Piazza Navona, of course, binaan yang amat mencuri perhatian adalah sebuah gereja bernama Sant'Agnese church yang berada di tengah-tengah Piazza Navona berkenaan. Jelas sekali binaan church ini adalah senibina yang dipanggil sebagai Baroque. Aku sendiri masih struggle nak bezakan senibina Baroque dan Renaissance, tapi mengikut sejarah, senibina Baroque ni menggantikan Renaissance di Eropah. Apa yang aku rasa perbezaan ketara, adalah senibina Baroque biasanya yang jelas adalah kewujudan kubah di bangunannya manakala untuk senibina renaissance, banyak column (tiang-tiang besar) dan lebih tersusun dan simetri.

Senibina Baroque di Sant'Agnese church

Alhamdulillah, hari cerah harini. Langit biru dan sungguh cantik sekali. Suhu pun sekitar 15 celcius, amat panas dan nyaman untuk bersiar-siar. Di Piazza Navona ini, terdapat terlalu banyak kedai seperti pasar malam di sekitar dataran. Ada yang jual donut, tapi yang banyak adalah patung-patung dan cenderamata.

Fountain of the four rivers (tempat penggambaran Angels and Demons)

Di Piazza Navona ini, terdapat 3 fountains yang biasanya menjadi tarikan utama. Fountain yang terbesar terletak di tengah-tengah dataran, dinamakan Fountain of the four Rivers yang jelas kelihatan dengan obelisk (senibina Egypt). Fountain ini melambangkan 4 sungai utama dunia yang dilambangkan dengan kononnya Tuhan sungai-sungai tersebut. 4 sungai tersebut adalah sungai Nil, Ganges, Danube dan Plate. Namun, sebagai umat Islam, harus teguh dalam aqidah kita, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kira Tuhan di gunung, sungai, darat, langit dan sebagainya. Teringat nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/31_13.png
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Luqman: 13)

Terdapat dua lagi fountains di Piazza Navona tersebut, iaitu Fountain of Neptune serta Fontana del Moro. Antara yagn menarik lagi mengenai Piazza Navona ini adalah ianya pernah dirakamkan dalam cerita Angels and Demons dilakonkan oleh Tom Hanks. Yang menjadi fokus adalah Fountain of four rivers di mana ianya adalah salah satu checkpoint riddle yang menjadi tema cerita itu. Di sinilah seorang paderi hampir dibunuh di dalam fountain itu.

Kemudian, kami menaiki bas dan beredar dari Piazza Navona untuk menuju ke Isola Tiberina. Kami menaiki bas dan kemudian tukar kepada tram untuk melintasi sungai Tiber.


Tram nombor 8 mengambil masa 5 minit sahaja ke destinasi yang kami tuju, iaitu Isola Tiberina atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Tiber Island. Jarang aku lihat dan dengar, kawan-kawan yang pernah sampai ke Rome melawat tempat ini, mungkin kurang femes agaknya. Menurut legenda tempatan, pada zaman dahulu, ada seorang raja Rome yang zalim. Kemudian, baginda digulingkan dan rakyat Rome yang marah membuang mayatnya ke dalam sungai Tiber. Kemudian, mayat baginda dihanyutkan dan terhenti di suatu tempat di tengah sungai Tiber. Dikatakan debu dan pasir berkumpul di sekeliling mayatnya dan lama-kelamaan membentuk sebuah pulau. Jadi, kesimpulan lagendanya, pulau ini foundationnya adalah mayat! Scary!

Lagenda diteruskan. Diceritakan pula, suatu masa dahulu, Rome dilanda wabak yang membunuh. Kemudian, dalam mencari ubat, orang-orang Rome ingin membina kuil untuk dewa ubat. Dan dalam mencari tempat untuk membina kuil tersebut, mereka ditunjukkan kepada pulau ini, oleh seekor ular!

Sewaktu kami melangkah kaki ke Isola Tiberina, kami dapati bangunan oren tersergam indah. Pokok-pokok di pulau itu tampak amat hijau dan subur, lain dengan pokok-pokok di sekitar Rome yang lain. Kami mendekati bangunan oren itu, sepertimana legenda yang menyatakan kuil dewa perubatan di pulau ini, kini, sebuah hospital telah didirikan di atas pulau ini. Nama hospital itu adalah Ospedale Fatebenefratelli (Hospital Fatebenefratelli).

Isola Tiberina


Selepas berehat sebentar di atas pulau kecil ini, kami meneruskan penjelajahan kami ke tarikan utama dan terkenal kota Rome, Colosseum dan Palatino.

Episode Seterusnya: Colosseum dan Palatino

Photobucket

Saturday, December 25, 2010

Menelusuri tinggalan Empayar Rom Kuno: Repubblica dan Pantheon

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari kedua di bumi Italy dimulakan dengan solat Subuh dan doa agar perjalanan kami hari ini dilancarkan, dipayungi para malaikat serta setiap derap langkah yang kami bina disertai dengan pahala. Pagi di Rome pun tidak sesejuk mana. Sekitar 10 darjah celcius Subuhnya. Syahdu sekali bersolat Subuh di kala orang lain sedang lena diulit mimpi.

Pada jam 8 pagi, kami turun ke ruang kafe untuk makan breakfast (termasuk di dalam pakej hotel kami). Kami hanya makan croissant dan kopi serta hot chocolate. Tidak lama kami berada di situ kerana pelan kami untuk berjalan seharian tanpa membuang sedikit pun masa. Jadi, setelah mengisi perut sedikit, kami membawa bekalan sandwich telur yang dibuat sendiri menuju ke stesen Metro Termini yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari hotel kami.

Day Pass (Metro, Bas dan tram) yang hanya berharga 4 Euro

Dari stesen Termini, kami terus menaiki Line A Metro menuju ke Repubblica. Di sini terletaknya Piazza Della Repubblica. Ianya merupakan sebuah dataran separa bulatan yang besar, dan di tengahnya terdapat sebuah air pancut yang dinamakan The Fountain of Naiads. Tiada apa yang menarik di sini (mungkin sebab kami tak buat ulangkaji pasal tempat ni), hanya dia punya arkitektur yang mungkin unik dan air pancut yang melambangkan 4 Naiads (makhluk seakan-akan manusia perempuan yang biasanya tinggal di tebing sungai - Greek Mythology).

Piazza Della Repubblica

Fountain of Naiads

Dari stesen Repubblica, kami menaiki bas nombor 70 menuju ke Pantheon. Oh, satu perkara lagi, untuk tiket kita itu valid, kita perlu validate tiket itu di mesin warna kuning di atas bas. Jika diperiksa oleh inspektor tanpa validation itu, denda setinggi sehingga 100 Euro boleh dikenakan! Dan jangan risau, tiket day pass itu boleh digunakan untuk semua metro, bas dan tram. Amat murah!

Bahagian belakang Pantheon

Pantheon, Rome, Italy

Architecture dalaman Pantheon. Oculus, lubang yang menjadi
sumber cahaya dan pengudaraan Pantheon


Kami berhenti di Pantheon. Kagum dengan architecture besar pantheon. Kubah besar itu menjadi amat signifikan untuk bangunan yang dikatakan menempatkan semua Tuhan-tuhan Rome purba. Namun, waktu kami datang ni, separuh pintu depan Pantheon sedang menjalani baik pulih, jadi x seronok sgt nak bergambar. Kaki dilangkah memasuki Pantheon itu. Sejarah, latar belakang Pantheon dipaparkan di dalam itu. Jangan risau, terdapat juga terjemahan dalam bahasa Inggeris, jadi, memang boleh faham. Lebih best, masuk ke sini adalah free. Kagum juga dengan binaan dalaman kubah yang amat tersusun dan kemas. Menurut kepercayaan masyarakat Rome, corak dalaman kubah itu melambangkan langit syurga. Terbaca berkenaan syurga, dalam al-Quran, antara ciri syurga yang Allah nyatakan adalah:

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/36_57.png
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki
(Yasin: 57)

Terlalu besar nikmat Allah di dalam syurga itu. Apa-apa pemikiran manusia yang nak disamakan dengan syurga, tiada taranya dengan hakikat syurga Allah itu. Walau secantik mana manusia menggambarkan syurga itu dengan senibina mereka, masih tidak dapat menandingi syurga Allah.

Antara yang mengagumkan lagi mengenai binaan Pantheon ini adalah kubahnya juga. Kalau dilihatkan dalam gambar di atas, satu-satunya sumber cahaya adalah di bahagian atas sekali kubah Pantheon ini, dipanggil sebagai oculus. Selain sumber cahaya, ianya juga merupakan sumber ventilation untuk ruang Pantheon ini. Ketika hujan, memang air akan masuk melalui oculus ini, tetapi di lantai bawah oculus ini, terdapat sistem perparitan bagi memastikan air tidak terkumpul. Mengagumkan senibina yang memang mempunyai fungsi. Namun, masa kami pergi, tak hujan, jadi x nampak la. Selain itu, dalam Pantheon ni juga terdapat 'Tomb of Raphael', seorang pelukis terkemuka zaman Renaissance yang kemudiannya namanya diabadikan pada seekor watak ninja turtles. Dalam ni juga ada beberapa lagi gambar dan patung peringatan kepada orang yang dah mati. Scary!

http://i557.photobucket.com/albums/ss17/mikey_boy76/942004-bio_raphael_2.gif
Raphael TMNT

Setelah hampir sejam duduk, membaca dan berehat di sekitar Pantheon, kami berjalan kaki berpandukan Map ke barat, menghala ke Piazza Navona yang hanya ambil masa sekitar 10 minit jalan kaki sahaja!

Entri seterusnya: Piazza Navona dan Isola Tiberina
Photobucket

Friday, December 24, 2010

Stato della Città del Vaticano

بسم الله الرحمن الرحيم

State of the City of Vatican. Siapa yang tidak tahu tempat ini? Ini merupakan pusat kegiatan orang Kristian Katolik, di mana Pope, ketua bagi orang Kristian Katolik duduk dan bertugas. Ianya dikategorikan sebagai sebuah negara dalam negara, yang populasi masyarakatnya tidak sampai 1000 orang pun, yang lebih ramai adalah pelancong. Bandar ini mempunyai pasport sendiri malah sistem pos sendiri.

Musim sejuk ini, aku diberikan peluang untuk melawat kota ini. Kapalterbang Ryanair yang membawa kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Rome Ciampino, Itali. Sewaktu keluar dari kapal terbang, kami terpaksa melalui imigresen dan pasport kami dicop dengan visa Itali. Tiada soalan ditanya, mudah sekali.

Kami keluar daripada lapangan terbang. Hati bertambah gusar. Bagaimana aku nak berkomunikasi? X reti pun bahasa Itali. Hotel kami terletak berdekatan Termini Station (ala-ala King's Cross kat London), jadi, kami memilih Terravision untuk membawa kami terus ke Termini. Harga tiket, 4 Euro seorang untuk one way. Memang ada je dijual tiket ke Termini di UK lagi, tapi untuk selamat, belilah di Rome terus, senang je, dan harga pun sama je.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/2a/Terravision_YN57_FWF_on_Stansted_service.JPG

Perjalanan dari lapangan terbang ke Termini memakan masa sejam lebih, bertambah teruk apabila kesesakan jalan yang amat teruk di Central Rome. Kami juga bertolak lewat dari Rome Ciampino, lebih kurang 30 minit lewatnya. Aku x pasti ni amalan biasa Terravision Rome atau sekadar kelemahan teknikal pada hari tersebut. Tapi yang pasti, Terravision di UK memang agak tepat.

Nama hotel yang kami book adalah Hotel Soggiorno Blu yang kami jumpa dan tempah melalui lastminute.com. Alhamdulillah, amat dekat dengan stesen Termini tempat bas kami berhenti. Tidak banyak masalah dalam mencari hotel berkenaan. Peta perjalanan sudah disediakan terlebih dahulu menggunakan google maps, jadi, amat memudahkan kami mencari hotel penginapan kami.

Selepas check-in dan letak beg, kami terus bersolat jama' dan qasar Zuhur dan Asar di hotel dan terus bergegas keluar, maklumlah, waktu musim sejuk ni, malam cepat, jadi x seronok pulak berjalan di kala gelap, nak ambik gambar pun dah x syok.

Cuaca di Rome agak nyaman, sekitar 13 darjah celcius. Memang percutian ini kena tepat pada masa London menjalani tempoh beku. Alhamdulillah, kami diberi peluang 'lari sebentar' daripada kesejukan kota London. Aku hanya memakai selapis baju dan sehelai jaket kalis air. Cuaca dan suhu sebegini memang diidamkan untuk berjalan.

Fokus kami pada hari ini hanyalah satu, Vatican City. Dari termini, kami terus menaiki Metro (macam tube di London) line A menuju ke Battistini. Kami berhenti di stesen Ottaviano untuk ke Vatican City. Sebenarnya, sistem Metro di Rome ini amat simple banding dengan sistem tube di London. Metro di Rome hanya ada 2 line je, A dan B. Persimpangannya pula hanya di Termini. Harga untuk satu tiket yang boleh guna dalam masa 75 minit (unlimited times) hanya 1 Euro manakala day-pass yang boleh diguna sepanjang hari sampai 11.59 malam pula hanya 4 Euro. Amat murah!

Perjalanan mengambil masa hanya 20 minit untuk ke Vatican City. Setibanya kami di situ, kami harus berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Vatican City. Sepanjang perjalanan, ramai sungguh orang menawarkan tour di Vatican City. Aku sendiri tidak pasti adakah berbaloi membayar untuk mengikut tour di Vatican City. Kami sendiri berkeputusan tidak mengikut tour dan akan masuk sendiri ke situ.

St Peter's Basilica


Apabila kami semakin mendekati Vatican City, semakin jelas kelihatan kubah St Peter's Basilica. Vatican City terletak di dalam dinding batu yang tinggi dan tebal. Kami sampai ke St Peter's Square di mana terletaknya sebatang obelisk. Dikatakan, di obelisk inilah Peter (salah seorang daripada pengikut Jesus menurut Christianity) disalib secara terbalik, kerana merasakan diri tidak layak disalib seperti Jesus. Selain itu, di dalam Basilica ini jugalah dikatakan kawasan tempat St Peter dikebumikan.

St Peter's Square

Untuk memasuki St Peter's Basilica, kami terpaksa melalui metal detector dan sebagainya, sepertimana di airport. Cuma mereka tak check passport dan tidak pula halang liquid daripada masuk. Yang forbidden hanyalah senjata dan alatan tajam. Ramai juga beratur untuk masuk ke sini. Maklumlah, PERCUMA!!

Sedang kami sibuk bergilir-gilir bergambar, datang seorang paderi dengan berjubah putih dan salib besar di dada mendekati kami.

Do you want me to take a picture of you two together?

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada beliau kerana sanggup menolong.

Memang gah dan besar sekali binaan St Peter's Basilica ini. Kami memasuki bangunan berkenaan. As expected from a church, banyak lukisan, ukiran patung dan memorial peringatan baut orang mati. Lampu malap dan agak gelap suram keadaan di dalam itu. Bagi aku sendiri, ianya tidak menyelesakan. Lukisan di dinding Basilica ini rata-ratanya lukisan dengan kesenian Baroque. Aku pun xdela paham sangat camne Baroque ni, tapi antara ciri-cirinya adalah ciri ketelitian lukisan itu sehingga sekecil-kecil benda pun akan dilukis abis baik.

Hampir sejam lebih juga kami di situ, melihat sejarah Kristian dan sejarah kerajaan Rom Kuno. Bagaimana mereka boleh mencapai kemajuan dan apa yang membawa kehancuran mereka. Apa sumbangan dan impak agama mereka kepada ketamadunan mereka.

Kami tidak sempat memasuki Vatican Museum atas sebab kesuntukan masa.

Setelah puas di Vatican, kami berjalan menyusuri sungai Tiber. Di situlah terletaknya Castle San Angelo, di mana ianya pernah menjadi tempat pertahanan untuk Pope.

Castle San Angelo


Amat penat pada hari pertama kami ini, kami banyak berjalan kaki. Kami berjalan ke stesen Spagna lalu terus pulang ke Termini untuk ke hotel kami. Kami singgah di kedai kebab untuk makan malam (kedai halal banyak di sekitar Termini) lalu terus pulang ke rumah, bersolat Maghrib dan Isyak terlebih dahulu sebelum pengsan sehingga Subuh esoknya...

Episode seterusnya: kembara Rome, menyelusuri sejarah ketamadunan Rom Kuno

Photobucket

Majlis Perpisahan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah hampir 2 minggu merancang dan terus merancang. Secara jujurnya, aku tidaklah terlibat secara menyeluruh dalam perancangan ini, namun sekadar membantu apa yang aku mampu. Jadi, aku tidak pun melibatkan diri dalam perbincangan dan persediaan.

Pada asalnya, aku diminta oleh Dzuhair dan rakan-rakan untuk menyediakan suatu video khas untuk membuat majlis kejutan untuk ustaz Erfino yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau selaku atache pendidikan hujung tahun ini. Jadi, aku pun sekadar menyerahkan video 27 minit yang aku buat untuk ustaz Erfino. Namun, menjelang pagi ini, aku dihubungi sekali lagi oleh Dzuhair untuk memendekkan video tersebut kepada lebih kurang 10 minit. Jadi, dengan berat hati, aku mengedit kembali video menggunakan Sony Vegas.

Alhamdulillah, selamat dirender dan terus aku bergegas ke MSD untuk menghadiri majlis. Sesampainya aku di MSD, aku diminta oleh Dzuhair ke bilik belakang Malaysia Hall untuk mencuba video itu. Terkejut aku melihat skrin TV besar di situ. Rupa-rupanya, daripada menggunakan LCD Projector untuk memancarkan visual, hari ini, mereka akan menggunakan TV besar ini untuk memancarkan video.

Selepas bacaan Yaasin dan tahlil yang diketuai ustaz Erfino, seperti biasa, ustaz bersedia untuk membuka kitab untuk memberikan tazkirah beliau. Kemudian, En Shahrul (Pegawai MSD) meminta ustaz mikrofon tersebut. Keadaan menjadi sedikit bercelaru. Apakah yang sedang berlaku?


Ketika itu, aku dan beberapa rakan lain mengangkat masuk TV besar itu ke dalam dewan. Semua macam rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku, apakah TV besar ini?

Kemudian, Dzuhair menenangkan hadirin. Katanya, ini adalah kejutan buat ustaz, sempena pemergian ustaz pulang ke Malaysia. Dzuhair berceloteh sejenak sebelum tayangan video 7 minit yang menonjolkan aktiviti-aktiviti ustaz selama 4 tahun berada di sini.

Selepas habis tayangan video, Dzuhair meminta wakil-wakil komuniti London untuk berucap. Aku terkejut apabila aku dipanggil sebagai orang pertama untuk memberikan ucapan mewakili wakil pelajar. Aku ni dah la memang 'failed' bab public speaking, lagi-lagi kalau tak bersedia. Mujur ni hanya ucapan perpisahan, jadi bolehla goreng kejap. Selepas melalut ke sana ke mari, beberapa individu lain pula seperti Abang Din, Uncle Kas yang memberikan ucapan.

Kemudian, aku sekali lagi dipanggil untuk menyampaikan hadiah kepada ustaz dan keluarga. Abang Din dipanggil untuk menyampaikan hadiah buat anak-anak ustaz berupa Ipod Shuffle setiap seorang. Kemudian, Puan Normah pula menyampaikan beg LV kepada ustazah yang sedang berbadan dua ^_^. Aku pula dipanggil untuk menyampaikan hadiah berupa iphone 4 untuk ustaz Erfino sendiri.

Aku setelah menyampaikan Iphone 4 kepada ustaz


Kemudian, ustaz Erfino diminta untuk berucap di hadapan. Beberapa kali ustaz terhenti dari bercakap, menahan air mata yang bergenang. Kadangkala, terdengar suara ustaz bergetar, menahan sebak di dada. Mungkin 4 tahun keberadaan beliau di UK dan Eire ini, terlalu banyak yang telah beliau rasai, manis, pahit, masam dan masin, jadi sudah tentu terlalu banyak kenangan dan rakan-rakan yang akan beliau rindui apabila pulang nanti.

Daripada aku dan rakan-rakan, semoga berbahagia ustaz dan famili di Malaysia nanti. Moga ukhwuah yang terbina selama ini akan berkekalan. Moga kita dapat bertemu lagi.

Jangan ucapkan selamat tinggal, tetapi ucapkanlah semoga bertemu lagi

Terima kasih, ustaz Erfino....


Photobucket

Dari London ke Rome

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai kembali ke London setelah hampir 3 hari menjelajah bumi Itali. Syukur ke hadrat Ilahi, perjalanan kami lancar dan dipermudahkan Allah.

Beberapa hari sebelum kami dijadualkan terbang ke Itali (20 Disember 2010), kami dikejutkan dengan khabar berita penutupan beberapa lapangan terbang utama di sekitar London dan tempat-tempat lain, rata-rata kerana salji lebat yang membahayakan. Risau di dalam hati. Lebih merisaukan apabila mendapat khabar berita beberapa sahabat yang penerbangan mereka dibatalkan, jadi amat mengganggu perancangan yang sekian lama telah diatur.

Namun, hati menjadi sedikit lega apabila melihat laman web Stansted Airport, menunjukkan bahawa semua penerbangan dari Stansted berjalan seperti biasa. Hanya Heathrow yang masih banyak penerbangan tergendala. Kami berdoa, agar semuanya berjalan lancar.

http://financial-report.info/wp-content/uploads/2010/06/Ryanair.jpg

Penerbangan kami menggunakan khidmat penerbangan murah RyanAir dari lapangan terbang Stansted. Kami dijadualkan terbang ke Rome Ciampino, Itali pada jam 6:10 pagi 20 Disember 2010. Jadi, bagi mengelakkan kami tertinggal penerbangan atau menghadapi masalah, kami mengambil keputusan untuk mengambil bas Easybus 1 pagi dari stesen Baker Street. Jika beli awal, tiket Easybus boleh didapati sekitar £8 je untuk pergi dan balik. Memang amat letih badan ketika itu, maklumlah, baru petang itu kami pulang dari berjalan di Oxford. Ditambah pula dengan keadaan London yang bersalji dan amat sejuk, kami terpaksa mengharungi kesejukan malam itu.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/archive/5/57/20090323195659!Arriva_0310_on_easyBus.JPG

Bas 18 membawa kami terus ke Stesen Baker Street. Easybus memang mengambil penumpang untuk ke Stansted dari stesen di sini, iaitu di Gloucester Place, dua jalan bersebelahan Baker Street. Alhamdulillah, kami sampai di situ pada jam 12.50 tengah malam dan hanya menunggu lebih kurang 10 minit untuk bas oren itu sampai mengambil kami. Hati semakin gumbira dan ceria memikirkan apa yang bakal menemui kami di Rome nanti. Dalam masa yang sama, sekelumit perasaan gelisah bercampur risau apabila memikirkan kemungkinan masalah penerbangan akibat masalah cuaca.

Hampir sejam berada dalam bas oren berkenaan, kami tiba di Stansted Airport. Suhu dicatatkan -7 Celcius di Stansted Airport. Mampukah kami bertahan sepanjang pagi pada suhu sesejuk itu? Sambil menunggu kaunter dibuka kami bersarapan dengan bekal roti dan telur untuk disapu sebagai sandwich telur.

Oleh kerana Subuh masuk sekitar jam 5.50 pagi, jadi, kami berkeputusan untuk bersolat secara duduk di dalam kapal terbang. Ilmu khuf yang didapati dan dipraktikkan sejak 3 tahun duduk di UK ini memang berguna. Apakah itu khuf? Untuk maklumat lanjut, boleh baca perkongsian sahabat dari Jepun. KLIK SINI.

Kapal terbang bertolak agak lewat, sekitar jam 6.30 pagi baru bertolak dari Stansted, London. Namun, hati tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menziarahi Italy untuk mendapat ilmu dan pengalaman.

Jadi, beberapa ringkasan tips dan cadangan untuk post ini:

1) Rancang dan beli tiket awal dari syarikat penerbangan murah. Boleh banding harga di sini
2) Antara cara murah untuk ke Stansted adalah menaiki bas. Ada banyak pilihan bas untuk ke Stansted: Easybus, National Express serta Terravision. Hanya easybus yang mengambil penumpang dari Baker Street, yang lain, dari Victoria. Jadi, boleh bandingkan harga bas dengan tempat yang lebih sesuai untuk anda ambil bas.
3) Jika anda duduk bermalam di lapangan terbang, bawalah makanan yang dibeli terlebih dahulu (roti dsb). Jauh lebih murah dan kenyang.
4) Aplikasi khuf yang memudahkan anda mengambil wudhu' dan bersolat.

Bersambung...

(Episod seterusnya: Jelajah Rome)

Photobucket

Thursday, December 16, 2010

9 dan 10 Muharam 1432 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini 16 Disember bersamaan 10 Muharam 1432 H dan aku amat gembira. Pertama, sebab harini adalah hari Asyura, maka, bolehlah merebut pahala puasa hari Asyura.

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedua, sebab harini merupakan hari terakhir kelas untuk term ini. Dan esok sudah mula aku bercuti musim sejuk, merehatkan diri dari penat lelah selama 2 bulan lebih ini, mungkin untuk mendapatkan kembali semangat dan iltizam itu sendiri.

Alhamdulillah, semalam, MSD dan MMCL telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) untuk puasa sunat 9 Muharam. Bukankah hari Asyura pada 10 Muharam? Apa signifikan 9 Muharam? Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
(Riwayat Muslim)

Tetapi, Allah telah menakdirkan, nabi tidak sempat untuk bertemu 9 Muharam tahun hadapan. Jadi, puasa sunat 9 Muharam ini tidak pernah dilakukan nabi, namun nabi pernah bersabda untuk melakukannya.

Aku dan isteri hadir pada jam 3.30 petang, 20 minit sebelum waktu Maghrib atas permintaan ustaz Erfino untuk membantu beliau menyediakan tempat dan juadah berbuka. Terima kasih kepada Pak Awi kantin MSD di atas masakan yang sedap. Aku buka juadah yang sudah diangkat itu, wah, ayam masak kicap. Aku buka lagi 2 juadah, wah, daging sambal dan kacang panjang! Perut lapar meronta-ronta untuk diisi. Namun, perlu bersabar dan menunggu waktu Maghrib.

Alhamdulillah, sebanyak lebih kurang 20 orang hadir untuk berbuka bersama-sama di dewan Malaysia Hall. Apabila azan dikumandangkan, para hadirin membuka dengan tamar dan air teh tarik dahulu. Kemudian, solat Maghrib didirikan diimamkan oleh ustaz Erfino.

Sejurus selepas solat, para hadirin terus menyerbu juadah berat yang dihidangkan. Antara yang aktif, proaktif dan kreatif adalah Haziq Imperial, Long Hafiz LSE dan Farhan Baku UCL. Keperwiraan mereka di arena juadah dan makanan tidak dapat disangkal lagi. Baguslah, merekalah yang menyelamatkan penganjur dari bahana pembaziran.

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/17_27.png
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Isra': 27)

Setelah perut penuh diisi, semua tersenyum girang. Selepas seharian berpuasa, inilah saat paling gembira, iaitu ketika berbuka. Bersama-sama kita doakan agar ibadat puasa ini diterima Allah dan sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan tiket kita ke syurga, insyaAllah.

Ustaz Erfino

Kegembiraan berbuka puasa jelas terpancar

No comment

Seorang pelajar tahun pertama Imperial, Syazwan
tekun menjamu selera

Round ke _ (sila isi tempat kosong)

Hari ini, 10 Muharam, hari Asyura. InsyaAllah, pihak MSD dan MMCL sekali lagi akan menganjurkan majlis berbuka puasa di Malaysia Hall London. Moga majlis berjalan lancar dan meriah. Jumpa di MSD petang ini!!!!




Photobucket