>

Tuesday, October 6, 2009

Tak Beradab itu Biadap

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam hidup ini, semua orang ada matlamat masing-masing. Dan cara untuk mencapai matlamat itu pula, berbeza-beza antara satu pihak dengan pihak yang lain. Maklumlah, lain kepala lain pula ideanya. Jadi, menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pihak untuk mendengar dan menghormati pandangan pihak lain.

Ego? Apakah itu ego? Menurut kamus, ego bermaksud:

1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.

Tidak dinafikan, ego merupakan sifat yang ada dalam diri setiap manusia. Namun, tahap ego yang terhebat adalah apabila ditegur tentang keegoan, masih tidak mengaku keegoannya. Contoh situasi:

Eh, ko ni ego la.

MANA ADA EGO!!!

Heh.

http://farm1.static.flickr.com/39/125739409_75a2f222ee.jpg

Disebabkan manusia ni banyak pendapat dan cara, ada kalanya, pendapat dan cara kita itu hanya syok sendiri. Dan disebabkan pengalaman, pemahaman dan pengetahuan yang bebeza2, sudah pasti pandangan itu juga berbeza2. Untuk mengelakkan diri dari jadi syok sendiri, perlulah mendengar pendapat dari orang lain, samada pihak dalaman, mahupun pihak luar.

Banyak pandangan dan pendapat, maka, banyaklah hujahnya dan caranya. Walau apa pun caranya, jangan terlalu mengejar matlamat sehingga mengonyakkan, memijak dan membaling dalam tong sambah apa yang kita sebut sebagai adab. Mereka yang bertindak sedemikian, pada pandangan aku adalah mereka yang terdesak atau 'desperate'. Di manakah adab2 yang telah kite belajar selaku seorang Islam. Adab dengan alam, dengan rakan, dengan guru dan sebagainya, di manakah disimpan semua itu?

Tidak beradab itu Biadap!!!


Pertamanya, aku masih mentah dan masih menghirup ilmu dan pengalaman. Kedua, pemahaman yang aku dapat ini mungkin tidak melibatkan semua pandangan dari semua pihak, sebab kekurangan resource, jadi, boleh sahaja pandanganku ini ditongsampahkan.

Pandangan aku, janganlah kita bermasam-masam muka, bertegang leher, dan sentiasa bekerja dengan penuh beradab dan professional. Lagi2, kita sesama Islam, khususnya nak tegakkan Islam, patutnya lebih rapat lagi. Kalau asyik gadoh2, abisla orang2 yang nak hancurkan Islam ini bersorak sorai. Sape yang rugi?

Jadi, marilah terima pandangan, bebaskan minda dari dijajah sesuatu pendapat sahaja dengan menulikan telinga dari mendengar pendapat2 lain, berani mengaku kesilapan, dan berani berdepan dengan hujah, andai itu yang kita yakini.....

Tolong menolong dalam perkara yang disepakati, bertolak ansur dalam perselisihan....

Jom buang ego dalam diri!!!!

Sabda Nabi SAW :
"Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh antara satu sama lain "
( Bukhari dan Muslim)

Photobucket

2 comments:

Pacat said...

Stuju :)
Walaupun sdkt sukar utk melakukannya..

Anonymous said...

setuju..
andai SEMUA pihak mengamalkannya..=)