بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari lagi, Nottingham Games bakal menjelma. Kehangatan Nottingham Games ini dapat dirasai seluruh pelajar Malaysia di UK. Kami di London turut merasai kehangatan ini.
Oleh sebab itu, kami di Lapworth mengadakan aktiviti bersukan, lebih spesifik, bermain badminton di Academy Sport, 5 minit sahaja dari Lapworth Court itu sendiri. Kami menempah 2 court dan bermain selama 2 jam. Sungguh puas rasanya mengeluarkan peluh setelah lama tidak bersukan dengan baik.
Turut memeriahkan aktiviti adalah wakil dari Warwick, iaitu saudara Akmal dan saudara Syahir. Akmal berpasangan dengan Faris untuk beregu. Kata mereka, itu taktik bagi mengelirukan pihak lawan. Maklumlah, muka seiras. Heh.
Turut tidak mahu kalah, saudara Hamedullah. Walaupun mengalami kecederaan lutut, namun, beliau tetap begitu bersemangat memukul bulu tangkis itu. Malah, beliau turut menewaskan beregu dari Warwickshire. Tahniah!!
Moga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan....

2 comments:
ape yang korg maen tu..nampak sgt lame tak main..ret ke x??hahah(cheh,cam pandai main je aku).
but,Hanis Pro..
bestnyer men badminton. dah berkurun xmaen. maen kat uni kene byr. murah xpa. ni mahal nak mati! miss my raket! miss my badminton!!!!!!!!!!
Post a Comment