>

Wednesday, October 14, 2009

Hari Cerah dan Riang

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini amat cerah. Walaupun pada pagi hari, suasana sejuk, maklumlah, perubahan musim kepada autumn. Namun, segalanya berjalan lancar dan aman sahaja...

Pada pagi lagi, selepas Subuh, aku ke dapur, memotong ayam dan bawang, serta menyiapkan bahan2 untuk masak. Plannye, ingin memasak nasi goreng untuk seisi rumah Lapworth Court ini. Tung tang tung tang, alhamdulillah, Nasi Goreng Sambal Lapworth tersedia dalam dua talam untuk dimakan kami berenam (kami mempunyai tetamu, Abg Tazli, PhD, Imperial yg menumpang di rumah, tambahan, beliau merupakan abang kandung Nadia OB)

Disebabkan kesedapan dan ketulenan rasa nasi gorengku, habis licin sekelip mata, wahaha...

Hidup diteruskan dgn tabah....

Aku berjalan lebih kurang 40 minit ke Imperial College, kerna ada eksperimen selama 3 jam. Terasa amat berat kaki melangkan, bukan kerna banyak lemak di kaki, namun kerna memikirkan jadual yg padat harini, kelas straight dari jam 9 pagi sampai 5 petang, dengan hanya rehat sejam antara pukul 1 dan 2 petang. 6 jam akan berada dalam makmal.....

Hari cerah. Namun, itu tidak berupaya mengubat hatiku yg sudah kehilangan motivasi untuk ke kelas. Namun, ku gagahkan jua kaki ini melangkah masuk ke dalam makmal di Royal College of Science (RCS1).

Namun, sumthing good happened. Menjelang tghari, aku berasa gembira dan riang sekali. Barulah dapat menikmati sinaran matahari ini dengan proaktif sekali, huhu....

Gambar pilihan hari ini (disebabkan xde gamba nak letak):


Photobucket

No comments: