Wednesday, October 28, 2009

Suatu Ulangtahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, aku masih dibangunkan oleh Allah pada hari ini. Dan, hari ini, menurut kalendar Masihi, merupakan ulangtahun kelahiranku yang ke-20. Oh, tiada lagi belasan tahun bagiku, aku bergelar PULUHan tahun kini. Namun, aku amat bersyukur kepada Allah kerna masih dikurniakan nikmat yang x terhingga. Sesungguhnya, ini semua adalah ketetapan Allah:

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Walaupun harini adalah ulangtahun kelahiranku, namun, dunia tetap berjalan seperti biasa. Kehidupan manusia lain tidak langsung terpengaruh dengan hakikat ini. Betapa kerdil dan insignificant aku ini. Aku terasa diri ibarat debu di dunia ni.

Hidup seperti biasa. Hadiah aku untuk ulangtahun kelahiranku adalah, berada di dalam makmal selama 6 jam, berhadapan dengan E.Coli yang 'comel' dan juga bahan kimia yang 'mesra'. Kami bertungkus-lumus menyiapkan kerja di dalam makmal, sungguh letih dan lesu badan ini.

Nasty Chemicals

Aku dan Gilson pipette

Aku memegang SYBR-Safe

Namun, izinkan aku berterima kasih kepada ibu bapa, kakak-kakakku, rakan-rakan, junior2 kolej, junior2 sekolah rendah dan menengah, rakan-rakan tadika, serta rakan-rakan serata dunia kerna wish aku. Ada yang dari Jepun, ada dari Jordan, ada dari Indonesia, ada dari Mesir, ada dari Germany dan sebagainya. Sungguh aku terharu. Terima kasih atas mesej2 anda semua melalui SMS, call, Facebook, YahooGroup dan sebagainya.

Tersenyum dengan anda semua!!!!

Setahun lagi umurku bertambah, semakin aku mendekati kubur....


Photobucket

Monday, October 26, 2009

Badminton with Lapworth

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lagi, Nottingham Games bakal menjelma. Kehangatan Nottingham Games ini dapat dirasai seluruh pelajar Malaysia di UK. Kami di London turut merasai kehangatan ini.


Oleh sebab itu, kami di Lapworth mengadakan aktiviti bersukan, lebih spesifik, bermain badminton di Academy Sport, 5 minit sahaja dari Lapworth Court itu sendiri. Kami menempah 2 court dan bermain selama 2 jam. Sungguh puas rasanya mengeluarkan peluh setelah lama tidak bersukan dengan baik.



Turut memeriahkan aktiviti adalah wakil dari Warwick, iaitu saudara Akmal dan saudara Syahir. Akmal berpasangan dengan Faris untuk beregu. Kata mereka, itu taktik bagi mengelirukan pihak lawan. Maklumlah, muka seiras. Heh.


Turut tidak mahu kalah, saudara Hamedullah. Walaupun mengalami kecederaan lutut, namun, beliau tetap begitu bersemangat memukul bulu tangkis itu. Malah, beliau turut menewaskan beregu dari Warwickshire. Tahniah!!

Moga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan....

Photobucket

Saturday, October 24, 2009

Sekilas Seminggu

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, seminggu lagi telah ku lalui di kota London ini. Seminggu lagi telah aku tempuhi selaku pelajar di Imperial College London.

Seminggu sudah aku tidak mengupdate blog ini. 'Berhabuk' orang kata. Bukanlah sibuk sgt dgn kerja mahupun study, bukan juga tiada masa, tapi keletihan untuk update sbnarnye, huhu. Moga aku diberikan sifat istiqamah itu...

Sekilas seminggu yang ku lalui....

Hari Sabtu lepas, Hanis dan Aiman menjemput kami, warga Lapworth Court ke rumah mereka di John Tovell House, UCL untuk makan2.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
(Bukhari)

Mereka masak ayam tomyam dan ikan rainbow trout masak taucu!!! Sedap sungguh. Trimas kalian. Selepas beberapa perbincangan menarik, kami beransur pulang, Aiman tinggal di bilik dan Hanis bergerak ke Finsbury Park untuk bermain paintball pada keesokan paginya.

Perbincangan menarik dan serius, tapi santai

Warga Lapworth

Pada keesokan harinya, warga Lapworth Court melaksanakan tarbiyah badaniyah dengan bermain badminton di Sports Academy yg hanya sekangkang kera dari rumah kami. Aku, Famy, Iqtidar dan Abg Tazli bersama-sama memeriahkan dewan badminton tersebut. Coolness, dah lama x main badminton!



Menjelang hari Isnin, aku tersenyum. Minggu itu, aku amat rileks. Kerna pada minggu sebelumnya, jadual aku amat padat. Hari Rabu pula bercuti, maklumlah, Commemoration Day (konvokesyen). Maka, kami dipertemukan semula dengan super2 senior yg dah menjalani kehidupan di Imperial ini. Apak, Isa dan Bun telah kami temui. Kami dijemput ke tempat penginapan Bun sekeluarga untuk dinner.

ahli rumah, separa ahli rumah dan bekas ahli rumah

Gathering kami agak meriah. Dengan Imran Mustafa (Imtech) turut serta dalam gathering ahli2 rumah Lapworth ini. Bun nampaknya bahagia di samping isteri tercinta. Isa pula, hanya memandang sambil memikirkan perancangan masa depannya.

Kerja dan study tidak ku lupakan. Hari-hari, aku membelek notaku, untuk up to date dengan pelajaranku yang saban hari, semakin susah. Moga aku diperteguhkan. Moga aku diberikan kefahaman....

Photobucket

Jangan Merokok

بسم الله الرحمن الرحيم




Photobucket

Saturday, October 17, 2009

Bahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, kami berbincang tentang perkembangan bahasa. Dari bahasa Arab, sehinggalah bahasa Melayu yang kita tuturkan saban hari. Dan aku teringat satu penemuan menarik, x pasti sejauh mana kesahihan dier....

Kebanyakan benda2 berbentuk bulat, dalam bahasa Melayu, bermula dengan huruf B.

Bola, benjol, buah, bujur dan yang paling penting, BOTAK

B*tak

Photobucket

Thursday, October 15, 2009

PCR

بسم الله الرحمن الرحيم

Polymerase Chain Reaction, PCR adalah sebuah method yg indispensable dalam kajian Molecular Biology. Oleh sebab peri pentingnya method ini, ramai saintis mengagumi teknik ini. Betapa kagumnya mereka ini sehingga mampu mencipta sebuah lagu bagi menyalurkan perasaan cinta mereka terhadap teknik PCR ini.


There was a time when to amplify DNA
You had to grow tons and tons of tiny cells
Then along came a guy named Dr. Kary Mullis
Said you can amplify in vitro just as well
Just mix your template with a buffer and some primers
Nucleotides and polymerases, too
Denaturing, annealing, and extending
Well it’s amazing what heating and cooling and heating will do

PCR, when you need to detect mutations
PCR, when you need to recombine
PCR, when you need to find out who the daddy is
PCR, when you need to solve a crime
(repeat chorus)

P/S: Best kan biology??

Photobucket

Wednesday, October 14, 2009

Hari Cerah dan Riang

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini amat cerah. Walaupun pada pagi hari, suasana sejuk, maklumlah, perubahan musim kepada autumn. Namun, segalanya berjalan lancar dan aman sahaja...

Pada pagi lagi, selepas Subuh, aku ke dapur, memotong ayam dan bawang, serta menyiapkan bahan2 untuk masak. Plannye, ingin memasak nasi goreng untuk seisi rumah Lapworth Court ini. Tung tang tung tang, alhamdulillah, Nasi Goreng Sambal Lapworth tersedia dalam dua talam untuk dimakan kami berenam (kami mempunyai tetamu, Abg Tazli, PhD, Imperial yg menumpang di rumah, tambahan, beliau merupakan abang kandung Nadia OB)

Disebabkan kesedapan dan ketulenan rasa nasi gorengku, habis licin sekelip mata, wahaha...

Hidup diteruskan dgn tabah....

Aku berjalan lebih kurang 40 minit ke Imperial College, kerna ada eksperimen selama 3 jam. Terasa amat berat kaki melangkan, bukan kerna banyak lemak di kaki, namun kerna memikirkan jadual yg padat harini, kelas straight dari jam 9 pagi sampai 5 petang, dengan hanya rehat sejam antara pukul 1 dan 2 petang. 6 jam akan berada dalam makmal.....

Hari cerah. Namun, itu tidak berupaya mengubat hatiku yg sudah kehilangan motivasi untuk ke kelas. Namun, ku gagahkan jua kaki ini melangkah masuk ke dalam makmal di Royal College of Science (RCS1).

Namun, sumthing good happened. Menjelang tghari, aku berasa gembira dan riang sekali. Barulah dapat menikmati sinaran matahari ini dengan proaktif sekali, huhu....

Gambar pilihan hari ini (disebabkan xde gamba nak letak):


Photobucket

Tuesday, October 13, 2009

Battle of Hastings

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awalnya, ketika diajak untuk ke suatu program bernama Battle of Hastings, aku agak pessimis. Sudah tentu ini program sejarah, jadi, sudah tentu bosan. Jadi, aku mengambil ringan sahaja program ini.

Namun, semakin menghampiri program, aku semakin nampak impak dan kesan peristiwa ini dalam membentuk negara dan peradaban England hari ini. Yerla, bila lagi nak merasa pengalaman ni. Kalau xde trip ni, dah tentu aku xkan pergi, dan sudah tentu, suatu kerugian bagi yang belajar di United Kingdom.


Asalnya, trip ini dirancang pada hari Ahad lepas. Namun, menjelang tarikh itu, weather forecast menunjukkan bahawa hari Ahad itu kemungkinan akan hujan lebat. Jadi, daripada mengambil risiko itu, kami menukar rancangan dan mengawalkan program kepada hari Sabtu. Walaupun agak ramai yang tidak dapat hadir, namun, masih ada beberapa orang yg komited untuk bersama-sama.

Dari Charing Cross, kontinjen seramai 13 orang dari London menuju ke suatu tempat di East Sussex yang dinamakan Battle. Perjalanan agak lama, hampir satu jam setengah. Kami habiskan masa di dalam tren dengan berborak sambil bertukar2 pandangan. Sungguh meriah tren tersebut dengan kehadiran kami.

Di Battle, tempatnya adalah lembah yang luas, di mana peristiwa Battle of Hastings ini berlangsung lama dahulu. Aku suka dengan padang yang luas, bukit bukau hijau, ditambah dengan udara segar jauh dari London. Bangunan2 berupa castle lama dan gereja2 turut menambahkan keunikan suasana.
\
Kami dihiburkan dengan permainan kuda, diperkenalkan dengan teknik berburu, dipersembahkan dengan ilmu2 peperangan Barat. Kami diterangkan dengan terperinci tentang sejarah yang berlaku dalam pembentukan England. Sesungguhnya, jatuh bangkit tamadun Barat ini ada hubungkaitnya dengan jatuh bangkit tamadun Islam. Dengan mengetahui sejarah tamadun2 lain, kita dapat menyelaraskan sejarah dunia dan lebih jelas dengan apa yang berlaku.

Bersama seorang pejuang Saxon, hehe

Persembahan paling dinantikan adalah Battle of Hastings itu sendiri. Dalam sesi ini, peperangan besar ini dilakonkan semula, termasuklah Duke Williams dan King Harold. Wah, memang suatu teknik menarik untuk mengingati sejarah. Aku lihat ramai sungguh orang2 tempatan membawa anak mereka ke sini, malah turut menerangkan kepada anak2 mereka tentang sejarah negara mereka. Kagum!!!

Walaupun agak letih, namun, tetap kami enjoy sambil menimba ilmu....


p/s: aku check2 kamera, banyak btul gambar fitri....

Photobucket

Thursday, October 8, 2009

Muhasabah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم



Muhasabah Cinta - ...

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Photobucket

Tuesday, October 6, 2009

Tak Beradab itu Biadap

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam hidup ini, semua orang ada matlamat masing-masing. Dan cara untuk mencapai matlamat itu pula, berbeza-beza antara satu pihak dengan pihak yang lain. Maklumlah, lain kepala lain pula ideanya. Jadi, menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pihak untuk mendengar dan menghormati pandangan pihak lain.

Ego? Apakah itu ego? Menurut kamus, ego bermaksud:

1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.

Tidak dinafikan, ego merupakan sifat yang ada dalam diri setiap manusia. Namun, tahap ego yang terhebat adalah apabila ditegur tentang keegoan, masih tidak mengaku keegoannya. Contoh situasi:

Eh, ko ni ego la.

MANA ADA EGO!!!

Heh.

http://farm1.static.flickr.com/39/125739409_75a2f222ee.jpg

Disebabkan manusia ni banyak pendapat dan cara, ada kalanya, pendapat dan cara kita itu hanya syok sendiri. Dan disebabkan pengalaman, pemahaman dan pengetahuan yang bebeza2, sudah pasti pandangan itu juga berbeza2. Untuk mengelakkan diri dari jadi syok sendiri, perlulah mendengar pendapat dari orang lain, samada pihak dalaman, mahupun pihak luar.

Banyak pandangan dan pendapat, maka, banyaklah hujahnya dan caranya. Walau apa pun caranya, jangan terlalu mengejar matlamat sehingga mengonyakkan, memijak dan membaling dalam tong sambah apa yang kita sebut sebagai adab. Mereka yang bertindak sedemikian, pada pandangan aku adalah mereka yang terdesak atau 'desperate'. Di manakah adab2 yang telah kite belajar selaku seorang Islam. Adab dengan alam, dengan rakan, dengan guru dan sebagainya, di manakah disimpan semua itu?

Tidak beradab itu Biadap!!!


Pertamanya, aku masih mentah dan masih menghirup ilmu dan pengalaman. Kedua, pemahaman yang aku dapat ini mungkin tidak melibatkan semua pandangan dari semua pihak, sebab kekurangan resource, jadi, boleh sahaja pandanganku ini ditongsampahkan.

Pandangan aku, janganlah kita bermasam-masam muka, bertegang leher, dan sentiasa bekerja dengan penuh beradab dan professional. Lagi2, kita sesama Islam, khususnya nak tegakkan Islam, patutnya lebih rapat lagi. Kalau asyik gadoh2, abisla orang2 yang nak hancurkan Islam ini bersorak sorai. Sape yang rugi?

Jadi, marilah terima pandangan, bebaskan minda dari dijajah sesuatu pendapat sahaja dengan menulikan telinga dari mendengar pendapat2 lain, berani mengaku kesilapan, dan berani berdepan dengan hujah, andai itu yang kita yakini.....

Tolong menolong dalam perkara yang disepakati, bertolak ansur dalam perselisihan....

Jom buang ego dalam diri!!!!

Sabda Nabi SAW :
"Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh antara satu sama lain "
( Bukhari dan Muslim)

Photobucket

Berbuka di Edgware Road

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini, ahli-ahli rumah Lapworth Court (kecuali Faris) dengan beberapa tetamu telah berbuka puasa di Edgware Road. Restoran pilihan adalah Iraqi Grill, entah, aku x pernah tahu pun tempat ni, dicadangkan oleh saudara Pok Lah.

Abg Anwar


Majlis berbuka puasa hari ini diilhamkan oleh Abg Anwar dari Leicester. Beliau menumpang tidur di rumah kami semalam kerana ada peperiksaan pada hari ini. Beliau dulu belajar di Manchester dan sudah bekerja sebagai doktor hampir 3 tahun lamanya. Kira orang lama lah ni, dah banyak makan garam orang kata.

Dari Lapworth Court, kami melalui tepi sungai dan menuju ke Edgware Road. Perjalanan lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Kami memesan beberapa jenis makanan. Digabungkan pula dengan jus mangga yang amat likat dan pure. Sungguh menyelerakan. Nasi dan beberapa lauk grill juga sungguh membuka selera.


Antara tetamu lain yg hadir adalah Imran Mustafa dan Humaizi dari Surrey (muka ceria giler). Walaupun makanan yang diorder agak banyak, alhamdulillah, kami berjaya menghabiskan. Tinggal sayur dan beberapa keping roti sahaja tertinggal.

TQ abang Anwar, moga Allah membalas jasa....

Sabda baginda s.a.w: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

P/S: Kepada semua, jom berpuasa sunat, bleh berbuka sama2, masak judah bersama warga Lapworth Court...

Photobucket