بسم الله الرحمن الرحيم
Pejam celik, pejam celik, sudah hampir tamat bulan Ramadhan tahun ini. Kejap sangat rasanya, entah mengapa. Seperti biasa, terasa tidak bagus amalanku ini, rasa amat kecewa kerna Ramadhan disiakan. Namun, pada penghujung Ramadhan ini, jangan lupe, masih ada masa untuk mempertingkat amalan. Jangan nak dikejar sangat hari raya itu sampai lupa kita masih di bulan keberkatan.
Seorang seniorku berpesan:
Jangan jadikan Ramadhan kita umpama tebu yang digiling mesin bagi mendapatkan airnya. Makin hujung..makin nipis & tipis, makin kurang manisnya..sedang dipenghujung Ramadhan itu, tersimpan 1001 hikmah & ganjaran besar buat orang-orang yang beriman.
Pejam celik pejam celik juga, sudah hampir 3 bulan aku berada di tanah air tercinta. Sudah hampir tamat tempoh cuti musim panasku. Sekali lagi, aku berfikir, sejauh mana ku manfaatkan musim cuti ini? Berapa banyak buku telah habis ku khatamkan? Berapa banyak yang telah aku sumbangkan kepada masyarakat?
Aku kenang kembali Muslim Overseas Camp, aku kenang kembali lawatan ke kolej, aku kenang kembali Muslim Youth Camp. Walaupun telah lega kerna semua itu telah dilalui, tapi, hakikatnya, aku merindu semua itu. Mungkinkah selepas ini, aku tidak berpeluang lagi menyertai aktiviti2 sebegini?
InsyaAllah, minggu depan, 24 September 2009, aku akan berlepas kembali ke London dengan menaiki flight Air Asia (orang xde duit, baserla) pada jam 5.30 petang. Moga perjalananku lancar dan tiada masalah. Akan tiba di London jam 11.50 tgh malam waktu UK, jenuh aku berfikir, ape nak buat malam tu....
Sebelum aku meninggalkan tanah air, dalam saki baki masa ini, ingin menyelesaikan beberapa tanggungjawab. Moga2 aku lebih tenang untuk meninggalkan tanah air ini.
Owh, adakah kemurungan ini adalah sindrom xnak balik ke UK?
Selamat beramal...

2 comments:
flight 5.50pm ek? adei2.. byk mase melagha ni..
nasib baik sempat beraya kat msia...hehe
selamat belaja...tringin nk gi oversea...hehe
Post a Comment