>

Tuesday, September 29, 2009

First Year di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika aku tiba di Lapworth Court minggu lepas, nostalgia kali pertama tiba di London menyerbu fikiranku. Teringat aku dijemput oleh Isa di airport, dihantar ke rumah oleh En Zaki, dijamu makanan oleh DZ dan Bun, dan diceriakan oleh Pak Lah.

Aku membuka daun pintu 74 Lapworth Court. Sayu. Jika dahulu, setiap kali aku membuka pintu yang sama, akan disambut dengan senyuman DZ dgn kopiah biru hijaunya, disambut Isa dengan kain pelikat dan oleh Bun dengan kopian dan kain pelikatnya. Namun, kali ini, aku masuk selaku ahli tetap rumah, tidak lagi disambut demikian.....


Ku masuk ke ruang tamu rumah, ku lihat beberapa jasad bergelimpangan berbungkuskan sleeping bag. Mereka adalah pelajar2 tahun pertama yang menumpang di rumahku sebelum masuk ke hall masing-masing.

Selepas bersolat Subuh, kami berkumpul dan membuat sedikit sesi perkenalan. Selepas bersarapan, masing2 bersiap untuk berjalan2 di sekitar kota London yg best ni. Kami dibawa oleh saudara Imran Mustafa di sekitar London, ke London's Eye, Trafalgar Square, Waterloo, Westmister dan sebagainya. Beberapa penerangan diberikan dengan baik oleh saudara Imran.

Ini adik Apen (believe it or not)

Muka prospectus

Macam first year


Kemudian, kami membawa rakan2 first year ke Central Mosque untuk bersolat di situ. Kami melalui Baker Street dan menaiki tube ke Edgware Road untuk dinner di Chicken Cottage. Beberapa kejadian menarik telah terjadi di Chicken Cottage ni, hehe. Kepada Farhan Sobri (Baku), harap bersabar....

Memang best berjalan2 bersama junior2 ni, dan terima kasih kepada anda semua kerna turut menjadikan hariku bermakna...

Photobucket

2 comments:

aliaaa said...

adik apen putih macam apen.

bun said...

korang nak buang ke microwave tuu?...dgr kate, tandas dah berubah wajah...tnjukla ckt...