>

Tuesday, September 15, 2009

Buka Puasa MUSCOM 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir 4 hari keluar rumah, keletihan pun masih belum hilang dan pudar, namun, aku ingin nukilkan juga kenangan berbuka puasa bersama adik2 MUSCOM, sebelum kenangan ini terhakis dari ingatan.

Buka puasa MUSCOM dijadualkan pada 11 September 2009, Jumaat. Aku bertolak dari rumah pada awal pagi hari Jumaat. Dengan membawa beg besar (barang2 MYC), aku bergerak ke Puduraya untuk bertemu dgn Azri Unlimited di situ. Dalam pkol 8 pagi, Azri muncul, dan kami menaiki bas menuju ke Tanjung Malim. Di Tanjung Malim, bertemu ngan cik Ajah, lalu kami menaiki teksi menuju ke KYUEM tersayang....

Di KYUEM, sempat bertemu ngan beberapa pelajar. Setelah borak2, kami bersolat Jumaat di Surau as-Saad. Sedih rasanya mengenang kembali kenangan2 yang amat banyak di surau ini.

Menjelang Asar, aku dan Azri ke chalet presiden MUSCOM, Amir, yang juga merupakan chalet presiden MUSCOM batch aku, Afiq. Kami mandi dan bersiap2 untuk ke majlis berbuka puasa. Beberapa perkara dikongsi antara kami bertiga dan beberapa kejadian lucu berlaku, x payah aku ceritakan di sini.....

Pada pukul 6.30, kami berkumpul di hadapan kolej. Sebuah bas sudah tersedia. Walaupun aku dan Azri sudah dipelawa oleh Ustaz Maliki untuk menaiki kereta beliau, kami memilih untuk bersama adik2 MUSCOM di dalam bas, untuk merapatkan ukhuwah. Lebih2 lagi, saudara Amir berkali2 meminta kami menaiki bas, hehe.

Kami bertemu dgn Hisham dan Iq di Tanjung Malim. Protegeku, Syukri begitu excited apabila bertemu senior SAKTI, Iqtidar. Nampak macam x nak berenggang dgn Iqtidar. Mereka ini sungguh obses dgn skolah mereka, haish. Hisham pula menjadi tumpuan Fairosza, maklumlah, course sama, sponsor sama, syu'bah sama dan akan ke uni sama. insyaAllah. Aku pula, berborak2 ngan Haq dan juga Syuk, maklumlah SyuMul. Aku mmg dah agak baser ngan diorg ni....

Hisham

Syuk dan Iq (obses sekolah)

Majlis berbuka puasa ini diadakah di Dusun Bay, Tanjung Malim. Kami berbuka dengan kurma lalu bersolat dahulu. Setelah solat, kami bergerak ke ruang makan untuk makan nasi. Beberapa lauk didapati, antaranya, sambal ikan keli (yang x menyakitkan perut), ulaman, spaghetti, dan banyak lagi. Alang2 makan buffet, kami mencuba semua jenis juadah.

Assif dan Hisham

Haq dan Fairosza

Amir dan Naufal Stabilo Soleh

Obses Sekolah

Ustaz Maliki dan famili

Sambil2 makan, kami sempat berborak dan bertukar2 pengalaman sebagai MUSCOM. Moga perkongsian ini dapat dijadikan teladan dan moga MUSCOM kali ini dapat memperbaiki mutu kerja mereka yang sudah sedia mantap.

Setelah makan, kami bergerak semula ke kolej, untuk bersolat tarawih di surau as-Saad. Setelah bersolat, seperti baser, moreh dihidangkan. Aku membantu Amir menyediakan juadah moreh seperti kuey teow, kuih muih dan buah-buahan. Kami duduk di belakang surau, menjamu selera bersama junior2 KYUEM yang disayangi.

Bertolak pulang ke kolej

Hisham dan Amir

Amir (lagi) dan Azri Unlimited

Syuk dan aku

Aku dan Ansari

SyuMuls (Syuk dan Haq)

Hafizi (batch 12) dan aku

Pengalaman berbuka bersama MUSCOM dan bertarawih di KYUEM merupakan antara pengalaman summer aku yg best. Moga ukhuwah yg dijalin dapat berkekalan.

Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah....

Serius memikirkan rancangan masa depan

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

salam..
sy muscom juga..nape xdpt jemputan?
adeh..sedihnyerrr..=(

peace.~

Jpah said...

oh, lupe nak cakap, ni projek MUSCOM batch 9....