Alhamdulillah, Muslim Youth Camp (MYC 09) telah selamat dijalankan di Kalumpang Resort pada 12-14 September 2009 yang lalu. Seramai 63 peserta telah mengambil bahagian dan hampir 16 fasilitator serta tenaga kerja super senior terlibat. Tidak berani untuk aku menyatakan program ini suatu kejayaan, kerana kejayaan itu hanya dapat ditafsir oleh peserta itu sendiri.
Aku sampai ke Kalumpang Resort dengan lebih awal daripada peserta. Aku menunggu dengan setia ketibaan para peserta ke tempat program. Akhirnya, deruan enjin pacuan empat roda menamatkan penantian. Kumpulan pertama tiba. Terkejut aku apabila mereka beramai2 menaiki pacuan empat roda bersama bagasi mereka, maklumlah, nak terus pulang beraya.
Kami menginap di dalam sebuah dorm yang boleh memuatkan 50 orang manusia sekaligus. Bagi aku, tidaklah berapa selesa, tapi, bolehlah untuk diduduki selama 3 hari. Suasana di Kalumpang Resort tu amat menenangkan. Sungai jernih mengalir, bunyian cengkerik sahut menyahut, kesegaran udara hutan jelas terasa.
Isa, Akmal, Ngocop dan DZ - Fasi lelaki Pada petang hari pertama, majlis perasmian disempurnakan oleh En. Zaki, CEO KYUEM. Kemudian, majlis diteruskan dengan taaruf beramai-ramai semua fasilitator di hadapan para peserta dan En Zaki. Aku sedikit segan dan silu kerana aku adalah fasilitator paling muda, dibandingkan dengan fasi2 lain yang sudah graduate dan bekerja. Kerdil rasanya. Lebih mencabar, apabila aku diberi amanah menjadi ketua fasi. Mujur abang2 senior fasi yg lain sanggup mendengar kata2 ku ini.....
Kemudian, kami berbuka puasa bersama-sama. Dewan makan terletak di luar tempat program. Makanan die xdela spesel, tapi agak sedap.
Gambar ini sekadar hiasan Kemudian, selepas solat Maghrib, program diteruskan dengan sesi Shift your Paradigm di mana para peserta disaran untuk meletakkan zero expectation untuk MYC ini. Akmal membawa sesi ini dengan agak baik. Kemudian, kami tamat program dan bersiap untuk solat Isyak, Tarawih dan moreh.....
Hari pertama, agak letih, kerna terpaksa plan banyak perkara....
Hari kedua, lebih mencabar. Aku perlu memastikan tiga pihak agar datang ke tempat program dengan tepat. Mereka adalah
Ustaz Hasrizal, Im Koyube dan Ruzaini dari
IluvIslam, serta
YB Nik Nazmi. Untuk Ustaz Hasrizal, aku telah menghantar sebuah kereta yang dipandu oleh saudara DZ dan ditemani Isa untuk menjemput ustaz di Ampang. Pada masa yang sama, aku sentiasa berhubung dengan ustaz Hasrizal. Kerisauan melanda, adakah ustaz dapat sampai tepat pada masanya?
Dua SyuMuls yang fokus (Syuk, pandang depan!!!) Dalam menunggu kedatangan ustaz, kami di tempat program meneruskan agenda dengan sharing session bersama IluvIslam. Alhamdulillah, saudara presiden IluvIslam, Im Koyube dan setiausaha IluvIslam, saudara Ruzaini tiba awal. Im Koyube menerangkan tentang sejarah IluvIslam, bagaimana ia boleh menjadi portal Islamik seperti hari ini. Saudara Ruzaini pula memberi talk serta menunjukkan multimedia presentation yang amat inspiring, menekankan kepentingan matlamat hidup dan mempercayai kebolehan diri.
Bersama Murabbi Alhamdulillah, Ustaz Hasrizal sampai just on time. Tahniah kepada driver, saudara DZ dan navigator ala2 Garmin, saudara Isa. Ustaz meneruskan sesi beliau sampaila ke waktu Zuhur, diselangi rehat beberapa ketika. Ustaz kelihatan penat, maklumlah, bulan puasa. Namun, kata ustaz:
Makin bulan Ramadhan ni, makin hyperTalk Ustaz Hasrizal, seperti biasa, tidak mengecewakan. Contoh2 yang diberi amat praktikal dan dekat dengan jiwa remaja. Pendekatan yang digunakan amat menarik, dengan contoh2 dan cerita2 yang mencuit hati. Kami para fasi yang sudah beberapa kali mendengar ceramah beliau, masih mampu tertawa riang.
Menjelang tengahari, ustaz Hasrizal diberi waktu rehat sehingga Asar. Letih nampaknya. Kami isi slot kosong petang itu dengan talk dari YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia - PKR). Beliau adalah super senior kami, batch ke-3 KMYS. Beliau berkongsi pengalaman di kolej dan di UK untuk pedoman para junior. Sesi soal jawab juga diharap dapat memberikan manfaat kepada peserta.
Selepas talk YG Nik Nazmi, sesi bersama ustaz Hasrizal disambung selama sejam lagi. Selepas itu, para peserta dilepaskan untuk melakukan aktiviti masing2. Pantang dilepaskan, mereka terus bersuka ria berendam di dalam sungai. Aku tidak dapat join mereka, kerna harus plan untuk malam ni dan esok....
Selepas berbuka, sesi ustaz Hasrizal lagi. Memang hyper, sehari suntuk ustaz Hasrizal bercakap. Aku plak letih melihat beliau. Namun, aku amat menghargai usaha keras beliau dan usaha para peserta yang aku juga tahu, amat letih. Pada malam itu, aku tidak dapat menahan diri dari terlelap sejurus saja kepala mencecah bantal. Macam pengsan malam itu...
Hari ketiga dan terakhir program. Hatiku sudah semakin lega, beberapa jam lagi hampir tamat program ini. Namun, pengakhiran program perlu dilalui dengan sempurna, ibarat esei yang mempunyai kesimpulan dan penutup yang hebat. Dua LDK yang objektifnya untuk para peserta mengenali diri sendiri dijalankan. Kemudian, sesi muhasabah beramai2 dijalankan, namun, dalam sesi ini, aku tiada di tempat program kerana ada urusan di luar.
Majlis Penutup Mujur aku sempat pulang ke tempat program sebelum bermula majlis penutup. Aku dikehendaki memberi sepatah dua kata mewakili para fasi dan super senior. Haish, apela aku nak berucap ni. VIP kami, Pn Rog sampai dan aku, Ustaz Maliki dan Pn Rog memberi ucapan. Alhamdulillah, majlis ditutup dengan baik.
Para peserta beransur2 meninggalkan tempat program dan kembali ke kampung halaman. Sedikit demi sedikit, hatiku sayu melihatkan tempat program yang semakin sepi. Akhirnya, tamat juga program 3 hari ini. Adakah aku telah menjalankan amanah sebaiknya? Adakah peserta mendapat manfaat dari MYC kali ini? Apakah program ini mencapai expectation mereka? Itu antara persoalan yang bermain di fikiran.
Peserta dan Fasi Muslimin (Ketua Fasi berbaju hijau di tengah, hehe) Muslimin sempoi (namun aku berjaya mengekalkan kemachoanku)Peserta dan Fasi Muslimat Scholars Bank Negara yang obses dgn sponsor Akhir kata, terima kasih kepada para AJK MUSCOM yang diketuai Amir dan Azna, dan juga terima kasih kepada semua fasi yang sanggup meluangkan masa selama 3 hari, berjauhan dengan keluarga, dan bersabar dengan kerenah ketua fasi yang tidak matang ni, huhu. Penghargaan juga kepada semua peserta yang bersabar dengan para fasi sepanjang program. Maaf dipinta andai terguris hati dan tersilap bicara. Moga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya. (dipetik dari teks ucapan penutup aku, hehe)Mungkin MYC adalah kali terakhir kita akan berjumpa pada tahun ini. Namun, jangan jadikan perpisahan ini suatu pengakhiran, tapi jadikanlah ia suatu permulaan kepada pertalian yang kukuh. InsyaAllah, andai ada rezeki, panjang umur, kita akan bertemu kembali tahun hadapan. Sama2 doakan kejayaan kita bersama.....