Those who cannot remember the past are condemned to repeat itItulah kata-kata seorang sejarawan yang bernama George Santayana yang diabadikan di dalam buku teks sejarah sekolah menengah dulu ( x ingat form brape).
Sejujurnya, dulu, aku x kisah pun dgn ape yg dikatakan sejarawan ni. Ntah apekebenda la pakcik ni nak sampaikan. Aku belajar Sejarah, study sungguh2, berusaha untuk skor yang terbaik dalam exam, tapi, still, aku x rasa sejarah ni sesuatu yg penting. Aku hanya anggap sejarah ni suatu susunan fakta yang membosankan. Betapa sukanya aku bile da abis SPM, akhirnya, terlepaslah aku daripada subjek Sejarah.
Namun, hakikatnya, mengetahui sejarah adalah sesuatu yg amat penting dalam kehidupan. Of course, maksud sejarah di sini adalah fakta yang tepat dan hakikat. Teringat kata-kata senior aku di Imperial:
History are written by the winnersJadi, apakah 'sejarah' yg kiter belajar harini merupakan betul2 sejarah, atau hanya mitos dan dongengan semata-mata? Hakikatnya, Sejarah itu mmg ditulis oleh org yg berkuasa. Silibus2 Sejarah di pusat2 pengajian ditulis agar generasi akan datang tidak mengetahui dgn betul sejarah yg tepat, tapi hanyalah menonjolkan kekuatan serta fungsi sesetengah pihak dgn mengenepikan pihak2 yg lain yg turut berjasa. Inilah yg telah berlaku dan masih berlaku di Turki selepas kejatuhan khilafah, dan turut diikuti negara2 lain, untuk mengutuhkan kedudukan kerajaan di mata rakyat.
Dengan takdir Allah, aku dicampak ke United Kingdom beberapa bulan lalu (baru sebulan lebih). Di sini, aku membuka mata, dan turut celik mata hati untuk mengetahui perkara sebenar. Walaupun British adalah antara pihak yg rajin memanipulasi sejarah, namun, aku kagum dgn tradisi mereka mencintai ilmu. Muzium merata2 ada dan kebanyakannya free. Pergi ke muzium adalah suatu yg amat disukai kanak2 dan muzium menjadi suatu daya tarikan, malah, sentiasa dibanjiri ramai pelawat. Berbeza dgn Malaysia, muzium dianggap tempat menyimpan maklumat2 lama dan amat busan untuk dilawati.
Sungguh banyak maklumat2 termasuk tentang negara kiter yg aku peroleh di sini. Walaupun British menggambarkan pejuang2 negara kiter sebagai musuh dan pemberontak, namun, segala kronologi peristiwa yg berlaku mereka simpan rapi. Banyak peristiwa di Tanah Melayu yg x pernah aku ketahui pernah berlaku, namun, di UK aku mengetahuinya dan lebih membuat aku sedar dan sayang kepada agama dan tanah airku.
Di dalam sejarah (termasuk buku sejarah di sekolah Malaysia), kiter digambarkan seolah2 Muawiyah seorang yg jahat dan pemberontak. Namun, tahukah kiter, bahawa beliau merupakan seorang penulis wahyu Rasulullah S.A.W? Beliau merupakan seorang sahabat yg begitu tinggi martabatnya, layakkah kiter mengatakan dia jahat? Namun, andai kiter berusaha mengkaji sejarah yg sebenarnya, kiter tahu, beliau bukanlah seperti yg diwar-warkan.
Seorang tokoh pernah berkata:
Jika dibandingkan debu di dalam hidung kuda tunggangan Muawiyah dengan manusia pada zaman ini, lebih mulia debu ituTanpa boleh kiter bangkang, dengan sejarah, kiter lebih menghargai apa yg kiter ada. Dengan sejarah, kiter dapat mengetahui apa yg telah berlaku dan mengapa benda itu berlaku, supaya kiter belajar dan berusaha untuk tidak mengulangi sejarah buruk. Mengapakah Palestine hari ini seperti itu keadaannya, sedangkan dahulunya ia bumi umat Islam? Semuanya ternukil dalam sejarah.
Banyak terdengar dari rakan2, ramai dah plan untuk melancong ke sana ke sini. Bagus, aku amat menyokong hasrat anda. Namun, pastikan setiap perjalanan kiter itu, kite mendapat ibrah (pengajaran) daripada tampat2 yg kiter lawati.
Ustaz Hasrizal pernah berkata (lebih kurang, aku x ingat sgt):
Mengetahui sejarah tempat yg bakal kita lawati akan membuatkan perjalanan itu amat bermakna. Contohnya, jika kiter melawat je Gibraltar tanpa mengetahui sejarah, maka, tiada yg akan kite peroleh, melainkan pemandangan indah di selat itu semata-mata. Namun, jika kiter mengetahui Sejarah, kiter tahu di situlah Tariq bin Ziyad berjuang, maka, kiter akan lebih bersemangat untuk menyambung perjuangan umat2 terdahulu. Atau sejarah Killarney (tempat PUISI, huhuhu). Jadi, sebelum nak melawat mana2, kajilah dulu pasal tempat tu OK, agar kiter lebih menghargai apa yg kiter nampak.
Namun, umat Islam masakini telah terlalu disumbat mulut mereka dengan makanan2 yang tidak berfaedah. Kita lebih suka bersuka ria tanpa mempedulikan saudara kita yang setiap saat mereka dalam ketakutan. Kita lebih suka melawat pusat2 hiburan yang x memberi pengajaran berbanding muzium2 yang penuh dengan maklumat. Kita lebih suka membaca blog (isk), membaca komik sedangkan kisah2 para anbiya', sahabat dan umat2 terdahulu lebih memanfaatkan.
Ada yang berkata:
Aku datang sini untuk jadi saintis, bukan untuk jadi sejarawanMemang, tapi, kita diberi pilihan. Adakah kita mahu balik ke Malaysia dengan segulung ijazah engineering semata-mata, atau adakah kita hendak pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah beserta pengalaman dan ilmu2 lain yang tidak kita pelajari di dalam kelas? Ilmu2 ini umpamanya kemahiran berkomunikasi, memahami tabiat dan adat manusia, kepimpinan dan sebagainya?
Super senior IC, Isa pernah berkata:
Tengoklah orang2 UK yg mabuk ini. Susah nak percaya, dulu kita dijajah oleh kaum yg mabuk iniBetul, walaupun nilai akhlak mereka amat rendah, namun, kenapa mereka masih boleh maju? Kenapa kiter yg mempunyai al-Quran dan As-Sunnah ini masih ketinggalan? Aku berfikir dan membuat analogi:
Seorang pengembara yang mengembara di dalam gelap tanpa sebarang petunjuk, namun, sebab pengembara ini memiliki attitude yang tinggi seperti gigih, rajin dan berusaha, beliau berjaya sampai ke destinasi yang ingin dituju.Seorang lagi pengembara yang lengkap bersenjata, lengkap peralatannya, namun, disebabkan sikap pengembara ini yg acuh x acuh, malas dan tiada pendirian menyebabkan segala senjata beliau ditinggalkan dan seterusnya terus terkial-kial mencari arah tuju.Orang2 Barat yang tiada petunjuk dari Allah, namun, mereka gigih berusaha, mempunyai attitude dan disiplin yg bagus, walaupun akhlak mereka yg hancur, namun, tetap diorg mampu menguasai dunia. Namun, orang Islam yg diberikan panduan al-Quran dan Sunnah, meninggalkan panduan ini dan terus-menerus ditindas dan mudah untuk dilapah musuh.
Jadi, marilah kiter berusaha memperbaiki attitude kiter supaya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Jika ini berjaya dilakukan, sudah pasti, kiter mampu bangkit.
Jom bersama ubah pandangan anda tentang sejarah! Sejarah itu adalah kiter, jika kita mengatakan sejarah itu tidak berguna, hakikatnya, kita yang tidak berguna. Soldiers of Allah pernah berkata:
Either we make history or we become historyKepada rakan-rakanku, marilah bersama-sama kiter menghayati sejarah Islam dan negara tercinta. Di bumi UK ini, berusahalah mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman (bukan setakat ilmu dan pengalaman E-Bay sahaja). Dan lahirkanlah ilmu dan pengalaman ini dalam aplikasi kehidupan seharian. Moga apabila pulang ke tanah air, kiter mampu menyumbang kepada perkembangan Islam.
Confucius pernah berkata (bukan dlm bahasa Melayu, of course)
Ilmu tanpa aplikasi adalah sia-sia, aplikasi tanpa ilmu adalah berbahaya(Oh, tidaaak, aku dipengaruhi oleh Imran pasal sejarah dan falsafah, huhuhu, TQ Im sbab banyak tolong aku)