>

Friday, December 24, 2010

Stato della Città del Vaticano

بسم الله الرحمن الرحيم

State of the City of Vatican. Siapa yang tidak tahu tempat ini? Ini merupakan pusat kegiatan orang Kristian Katolik, di mana Pope, ketua bagi orang Kristian Katolik duduk dan bertugas. Ianya dikategorikan sebagai sebuah negara dalam negara, yang populasi masyarakatnya tidak sampai 1000 orang pun, yang lebih ramai adalah pelancong. Bandar ini mempunyai pasport sendiri malah sistem pos sendiri.

Musim sejuk ini, aku diberikan peluang untuk melawat kota ini. Kapalterbang Ryanair yang membawa kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Rome Ciampino, Itali. Sewaktu keluar dari kapal terbang, kami terpaksa melalui imigresen dan pasport kami dicop dengan visa Itali. Tiada soalan ditanya, mudah sekali.

Kami keluar daripada lapangan terbang. Hati bertambah gusar. Bagaimana aku nak berkomunikasi? X reti pun bahasa Itali. Hotel kami terletak berdekatan Termini Station (ala-ala King's Cross kat London), jadi, kami memilih Terravision untuk membawa kami terus ke Termini. Harga tiket, 4 Euro seorang untuk one way. Memang ada je dijual tiket ke Termini di UK lagi, tapi untuk selamat, belilah di Rome terus, senang je, dan harga pun sama je.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/2a/Terravision_YN57_FWF_on_Stansted_service.JPG

Perjalanan dari lapangan terbang ke Termini memakan masa sejam lebih, bertambah teruk apabila kesesakan jalan yang amat teruk di Central Rome. Kami juga bertolak lewat dari Rome Ciampino, lebih kurang 30 minit lewatnya. Aku x pasti ni amalan biasa Terravision Rome atau sekadar kelemahan teknikal pada hari tersebut. Tapi yang pasti, Terravision di UK memang agak tepat.

Nama hotel yang kami book adalah Hotel Soggiorno Blu yang kami jumpa dan tempah melalui lastminute.com. Alhamdulillah, amat dekat dengan stesen Termini tempat bas kami berhenti. Tidak banyak masalah dalam mencari hotel berkenaan. Peta perjalanan sudah disediakan terlebih dahulu menggunakan google maps, jadi, amat memudahkan kami mencari hotel penginapan kami.

Selepas check-in dan letak beg, kami terus bersolat jama' dan qasar Zuhur dan Asar di hotel dan terus bergegas keluar, maklumlah, waktu musim sejuk ni, malam cepat, jadi x seronok pulak berjalan di kala gelap, nak ambik gambar pun dah x syok.

Cuaca di Rome agak nyaman, sekitar 13 darjah celcius. Memang percutian ini kena tepat pada masa London menjalani tempoh beku. Alhamdulillah, kami diberi peluang 'lari sebentar' daripada kesejukan kota London. Aku hanya memakai selapis baju dan sehelai jaket kalis air. Cuaca dan suhu sebegini memang diidamkan untuk berjalan.

Fokus kami pada hari ini hanyalah satu, Vatican City. Dari termini, kami terus menaiki Metro (macam tube di London) line A menuju ke Battistini. Kami berhenti di stesen Ottaviano untuk ke Vatican City. Sebenarnya, sistem Metro di Rome ini amat simple banding dengan sistem tube di London. Metro di Rome hanya ada 2 line je, A dan B. Persimpangannya pula hanya di Termini. Harga untuk satu tiket yang boleh guna dalam masa 75 minit (unlimited times) hanya 1 Euro manakala day-pass yang boleh diguna sepanjang hari sampai 11.59 malam pula hanya 4 Euro. Amat murah!

Perjalanan mengambil masa hanya 20 minit untuk ke Vatican City. Setibanya kami di situ, kami harus berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Vatican City. Sepanjang perjalanan, ramai sungguh orang menawarkan tour di Vatican City. Aku sendiri tidak pasti adakah berbaloi membayar untuk mengikut tour di Vatican City. Kami sendiri berkeputusan tidak mengikut tour dan akan masuk sendiri ke situ.

St Peter's Basilica


Apabila kami semakin mendekati Vatican City, semakin jelas kelihatan kubah St Peter's Basilica. Vatican City terletak di dalam dinding batu yang tinggi dan tebal. Kami sampai ke St Peter's Square di mana terletaknya sebatang obelisk. Dikatakan, di obelisk inilah Peter (salah seorang daripada pengikut Jesus menurut Christianity) disalib secara terbalik, kerana merasakan diri tidak layak disalib seperti Jesus. Selain itu, di dalam Basilica ini jugalah dikatakan kawasan tempat St Peter dikebumikan.

St Peter's Square

Untuk memasuki St Peter's Basilica, kami terpaksa melalui metal detector dan sebagainya, sepertimana di airport. Cuma mereka tak check passport dan tidak pula halang liquid daripada masuk. Yang forbidden hanyalah senjata dan alatan tajam. Ramai juga beratur untuk masuk ke sini. Maklumlah, PERCUMA!!

Sedang kami sibuk bergilir-gilir bergambar, datang seorang paderi dengan berjubah putih dan salib besar di dada mendekati kami.

Do you want me to take a picture of you two together?

Rezeki jangan ditolak. Terima kasih kepada beliau kerana sanggup menolong.

Memang gah dan besar sekali binaan St Peter's Basilica ini. Kami memasuki bangunan berkenaan. As expected from a church, banyak lukisan, ukiran patung dan memorial peringatan baut orang mati. Lampu malap dan agak gelap suram keadaan di dalam itu. Bagi aku sendiri, ianya tidak menyelesakan. Lukisan di dinding Basilica ini rata-ratanya lukisan dengan kesenian Baroque. Aku pun xdela paham sangat camne Baroque ni, tapi antara ciri-cirinya adalah ciri ketelitian lukisan itu sehingga sekecil-kecil benda pun akan dilukis abis baik.

Hampir sejam lebih juga kami di situ, melihat sejarah Kristian dan sejarah kerajaan Rom Kuno. Bagaimana mereka boleh mencapai kemajuan dan apa yang membawa kehancuran mereka. Apa sumbangan dan impak agama mereka kepada ketamadunan mereka.

Kami tidak sempat memasuki Vatican Museum atas sebab kesuntukan masa.

Setelah puas di Vatican, kami berjalan menyusuri sungai Tiber. Di situlah terletaknya Castle San Angelo, di mana ianya pernah menjadi tempat pertahanan untuk Pope.

Castle San Angelo


Amat penat pada hari pertama kami ini, kami banyak berjalan kaki. Kami berjalan ke stesen Spagna lalu terus pulang ke Termini untuk ke hotel kami. Kami singgah di kedai kebab untuk makan malam (kedai halal banyak di sekitar Termini) lalu terus pulang ke rumah, bersolat Maghrib dan Isyak terlebih dahulu sebelum pengsan sehingga Subuh esoknya...

Episode seterusnya: kembara Rome, menyelusuri sejarah ketamadunan Rom Kuno

Photobucket

3 comments:

fifi said...

wahh!!! seronoknye seronoknye seronoknye...

imakubex said...

Castillo de San Angelo was Emperor Hadrian's tomb (or at least supposed to be) before it became a fortress.

Anonymous said...

Useful blog website, keep me personally through searching it, I am seriously interested to find out another recommendation of it.