>

Thursday, December 16, 2010

9 dan 10 Muharam 1432 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini 16 Disember bersamaan 10 Muharam 1432 H dan aku amat gembira. Pertama, sebab harini adalah hari Asyura, maka, bolehlah merebut pahala puasa hari Asyura.

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedua, sebab harini merupakan hari terakhir kelas untuk term ini. Dan esok sudah mula aku bercuti musim sejuk, merehatkan diri dari penat lelah selama 2 bulan lebih ini, mungkin untuk mendapatkan kembali semangat dan iltizam itu sendiri.

Alhamdulillah, semalam, MSD dan MMCL telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) untuk puasa sunat 9 Muharam. Bukankah hari Asyura pada 10 Muharam? Apa signifikan 9 Muharam? Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
(Riwayat Muslim)

Tetapi, Allah telah menakdirkan, nabi tidak sempat untuk bertemu 9 Muharam tahun hadapan. Jadi, puasa sunat 9 Muharam ini tidak pernah dilakukan nabi, namun nabi pernah bersabda untuk melakukannya.

Aku dan isteri hadir pada jam 3.30 petang, 20 minit sebelum waktu Maghrib atas permintaan ustaz Erfino untuk membantu beliau menyediakan tempat dan juadah berbuka. Terima kasih kepada Pak Awi kantin MSD di atas masakan yang sedap. Aku buka juadah yang sudah diangkat itu, wah, ayam masak kicap. Aku buka lagi 2 juadah, wah, daging sambal dan kacang panjang! Perut lapar meronta-ronta untuk diisi. Namun, perlu bersabar dan menunggu waktu Maghrib.

Alhamdulillah, sebanyak lebih kurang 20 orang hadir untuk berbuka bersama-sama di dewan Malaysia Hall. Apabila azan dikumandangkan, para hadirin membuka dengan tamar dan air teh tarik dahulu. Kemudian, solat Maghrib didirikan diimamkan oleh ustaz Erfino.

Sejurus selepas solat, para hadirin terus menyerbu juadah berat yang dihidangkan. Antara yang aktif, proaktif dan kreatif adalah Haziq Imperial, Long Hafiz LSE dan Farhan Baku UCL. Keperwiraan mereka di arena juadah dan makanan tidak dapat disangkal lagi. Baguslah, merekalah yang menyelamatkan penganjur dari bahana pembaziran.

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/17_27.png
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Isra': 27)

Setelah perut penuh diisi, semua tersenyum girang. Selepas seharian berpuasa, inilah saat paling gembira, iaitu ketika berbuka. Bersama-sama kita doakan agar ibadat puasa ini diterima Allah dan sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan tiket kita ke syurga, insyaAllah.

Ustaz Erfino

Kegembiraan berbuka puasa jelas terpancar

No comment

Seorang pelajar tahun pertama Imperial, Syazwan
tekun menjamu selera

Round ke _ (sila isi tempat kosong)

Hari ini, 10 Muharam, hari Asyura. InsyaAllah, pihak MSD dan MMCL sekali lagi akan menganjurkan majlis berbuka puasa di Malaysia Hall London. Moga majlis berjalan lancar dan meriah. Jumpa di MSD petang ini!!!!




Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

Couldnt agree more with that, very attractive article

Farhan Baku said...

habis jatuh saham aku JPah,haha :P anyway, thanks for inviting. InsyaAllah, next time aku ikat sikit perut aku. sorry tau...hehe