>

Thursday, December 17, 2009

Perihal tetamu, salji dan perkahwinan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam beberapa hari ini, banyak perkara yang berlaku. Dengan deadline coursework yang dekat, study yg masih banyak perlu selesaikan, ditambah pula dengan tugas2 lain. Kemudian, rumah kami diceriakan pula dengan tetamu dari Plymouth.

Pertama kali mereka sampai ke rumah aku, aku terkejut. Eh, apakah ini? Banyaknya beg. Dengan tanpa rasa bersalah, aku bertanya:

Banyaknya beg. Nak pergi mana lagi pasni?

Rupanya, tiada ke mana lagi. Cuma London sahaja menjadi destinasi. Beg bertimbun. Macam nak pergi ke 4 negara. Maklumlah, budak baru, mesti fobia baju x mencukupi. Namun, sebenarnya, bukanlah tukar baju sgt, sebab x berpeluh pun. Lebih-lebih lagi winter ni. Jadi, tips kepada adik-adik yg excited nak travel, janganlah bawa banyak sangat baju kerna anda tidak memerlukannya pun.


Malam semalam, selepas dinner, kami berusrah sejenak bersama bebudak Plymouth. Sungguh ceria mereka ini. Pengalaman dikongsi masing-masing. Semua mereka adalah pelajar TESL. Jadi, dibandingkan dengan kami yang memang belajar sains, agak berbeza. Jadi, amat menarik mengetahui cerita mereka, termasuklah bagaimana boleh ambil TESL, dan juga apa yang dipelajari di universiti.

Pagi tadi, selepas bersarapan telur hancur dan sosej, aku bersalaman dengan tetamu ini kerna mahu bergerak ke kampus. Walaupun aku sudah xde kelas, tapi aku kena pergi juga ke kampus sebab kena hantar beberapa assignments. Cuaca semakin sejuk. Lebih sejuk dari tahun lepas aku rasa.

Sedang aku asyik membuat assignment di tingkat dua Central Library, aku pandang ke luar tingkap. Butiran halus berwarna putih kelihatan berterbangan di angkasa. Terkejut. Salji? Awal pulak salji turun tahun ini.

Aaah, sekejap je kut. X lama lagi berhenti lah tu, getus hati kecilku....

Namun, selepas bersolat Zuhur, ketika dalam perjalanan ke Malaysian Hall, salji turun dengan semakin lebat. Kelihatan jalan sudah semakin putih ditutupi salji. Tetiba, aku teringat kejadian salji lebat di London tahun lepas. Mungkinkah kejadian yang sama bakal berulang?

Kedatanganku ke Malaysian Hall hari ni bukanlah suka-suka. Tapi kerna memenuhi jemputan rakan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan. Beliau merupakan abang Faisal (PhD, Surrey) yang akan melangsungkan perkahwinan dgn kak Nora (PhD, Surrey). Aku diminta untuk mengambil gambar mereka. Jadi, aku ditemani Faris, Im dan Iqtidar hadir di tempat kejadian.

Majlis dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh ustaz Erfino. Boleh katakan ini adalah kali pertama aku berada di dalam majlis akad nikah. Namun, sedikit berbeza kerna hari ini, aku menyaksikannya di kota London. Majlis serba sederhana, tapi atmosfera yg meriah masih dapat dirasa.

Dua keluarga disatukan

Kecekalan terpancar

Abang Faisal kelihatan cekal dalam melafazkan akad tersebut, Kak Nora pula tersipu-sipu malu dalam berdebar juga. Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah mereka. Tersenyum bahagia mereka berdua bersama keluarga dan rakan-rakan. InsyaAllah, moga perkahwinan ini diberkati Allah dan semoga bahagia ke anak cucu.



http://www.quran.com/images/ayat/30_21.png
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(ar-Rum, 30:21)

Moga hari esok lebih baik dari hari ini. Selamat bercuti kepada semua....

Photobucket

1 comment:

mohd isa said...

muka budak-budak TESL tu macam lagi tua daripada aku.