>

Friday, December 18, 2009

Menemui anda di Winter Gatherings

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.quran.com/images/ayat/96_1.png
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
(al-Alaq 96:1)

Ilmu itu sesuatu yang berharga. Jika kita lihat, amat berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Dengan ilmu, seseorang tidak mudah panik menghadapi dugaan hidup. Dengan ilmu, kehidupan dapat dihadapi dengan yakin dan tabah. Dengan ilmulah, umat Islam satu masa dahulu menguasai dunia.

Jadi, apakah caranya untuk menimba ilmu? Membaca merupakan suatu cara. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak buku2 terutama buku tentang Islam secara khusus telah diterbitkan. Dari sirah kepada fiqah, hinggalah kepada bab siasah, haraki dan ekonomi, semuanya ada. Isu-isu semasa menjadi pusat perbincangan. Jadi, jika kita ini x mengikuti isu semasa di tanah air mahupun dunia, sudah pasti kita akan ketinggalan.

Marilah membaca, khususnya di waktu cuti ini, peruntukkanlah sedikit masa membaca buku-buku sebegini. Amat malang 20 tahun kehidupan ini, kita bergelar Islam, namun amat sedikit ilmu dan pengetahuan kita tentang agama sendiri. Ini khasnya untuk diri aku ni, adeyh.

Oleh itu, IluvIslam mengadakan satu inisiatif untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar, khususnya di UK dan Ireland ini. Jadi, insyaAllah, dengan izinNya, IluvIslam dan Nufair akan menjual beberapa buku-buku yang menarik di program2 musim sejuk UK dan Eire. InsyaAllah, kami akan menjual buku2 ini di Fuiyo, PMS dan PUISI. Jadi, jangan lupa mendapatkan buku2 ini....

Katalog buku boleh didapati di bawah:

Klik untuk imej lebih besar

Jom membaca!!!

Photobucket

No comments: