>

Tuesday, September 8, 2009

Intec dan PWTC

بسم الله الرحمن الرحيم

Huh, letih amat.

Apabila dijemput oleh Education Team IluvIslam untuk menjadi fasi dalam sesi sharing bersama pelajar A-level di Intec, aku bersetuju tanpa banyak soalan.

Petang tadi, aku telah dijemput oleh Akmal, Isa dan Ngocop menaiki kereta. Perjalanan kami ke Intec agak smooth, dan kami sampai ke sana sekitar jam 2.30 petang. Setelah bersolat Zuhur, kami terus dibawa ke dewan untuk memulakan program. Video universiti2 di UK dan Eire dipaparkan. Kemudian, kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan fasi2 dibahagikan kepadan kumpulan2 ini.

Penting ni

Sharing dari Unlimited Azri

Tekun mendengar nasihat abang Azri Unlimited

Abang Isa tidak kurang hebatnya

Dr Ngocop yang membuat pelajar tergamam

Muke suspicious terhadap Dr Ngocop

Akmal 'wacky bajet stylo' n Azri Unlimited

Majoriti bebudak sini adalah yang akan buat Medic dan Mathematics. Aku cater bebudak yang akan buat mathematics. Pelbagai soalan berkenaan UK ditanya. Culture shock, makanan, duit, dan sebagainya. Ni kena pergi WOW tahun depan.

Seronok gak melayan bebudak ni. Azri Unlimited dan Ngocop begitu petah berbicara, sehingga budak2 ni terpengaruh nak pegi Birm dan Newcastle. Cis, bile ditanya sape nak g London, sume xnak..... Sabau ajer....

Selepas Asar, kami beransur meninggalkan Intec. Maklumlah, risau jalan yang sesak. Destinasi seterusnya, PWTC. Petang ni ada majlis berbuka puasa bersama TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Bile ada peluang bertemu pimpinan negara, aku susah nak lepaskan. Dan juga atas dasar memenuhi jemputan.

Bloggers. Mungkinkah tempatku di sini?

Perbincangan (bajet) serius

Sampai ke PWTC, aku lihat hadirin lain memakai baju melayu, baju batik dan sebagainya. Hebat! Aku melihat diriku. Memakai T-Shirt dan berselipar. Heh, cuak gak kena halau!

Kami menghadiri majlis ini atas tiket "Penghargaan Kepada Mahasiswa Luar Negara", duduk sama dewan dgn VIP. Dapat gak tgk Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir Che Det. Kami disaji dgn lauk2 yg best, ayam tandoori, daging kurma, udang kunyit, pucuk ubi lemak, sambal belacan, bubur lambuk, kuih muih, sirap bandung dan teh tarik. Azri Unlimited yang baru balik dari UK begitu galak makan. Saudara Isa tidak kurang hebatnya.

Selepas solat Maghrib, kami meninggalkan PWTC dan aku dihantar terus ke hadapan pintu rumahku....

Photobucket

9 comments:

Pacat said...

eh.. sesedap je letak wacky, unlimited..

ko gelaran ape ek?

Abg dobi??

haha

Ps: ko kalo bab makan, semangat ye.. Diet!!!

Jpah said...

jgn diungkit bab dobi...

Makan tu memberi tenaga, kena smangat!!

Eeqrum Laiel said...

abg dobi...
hahahaha...
jpah, aku x ley lupe beb..

Jpah said...

Abang DM sile senyap!!!

Pacat said...

nape dobi ye??

Sape2 sekolah sama dgn Jpah, cite2..

Isa Mustaza said...

bukan ada orang 'paksa' aku makan ke?

memetik dialog yang diungkapkan oleh orang itu "ise, kalau tak makan nanti dia angkat"

miji said...

argh. isa makan sedap tu. knapa tak bagitau awal2. kalu tau awal2 sanggup turun.. hoho :)

Jpah said...

to Isa - ceewaahh, kena paksa yer...

to Miji - tu ar Miji, rugi, pasni da kena makan masakan orang rumah ;)

Anonymous said...

abg dobi?? knpe agaknyer yek?

BOIKOT...JANGAN PEGY LONDON SBB ADER JPAH!!! haha..

rupanya, penyakit mkn ini adlh penyakit yg diwarisi oleh barisan ajk muscom...NASIB2!! haha