>

Monday, September 28, 2009

Raya di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk berhari raya pertama di UK, namun, aku masih diberi kesempatan untuk menyakbut saki baki raya di London. Walaupun tidaklah semeriah Malaysia (x dpt duit raya), namun, kemeriahan tetap terasa. Lebih2 lagi disebabkan budak2 baru yang datang ke London, turut memeriahkan suasana.

Open house MSD diadakan di Stowe Centre, 5 minit berjalan kaki je dari rumah kami. Memang setiap tahun diadakan di sini. Aku ke sana lebih kurang pukul 11.30 pagi bersama beberapa orang sahabat. Agak meriah juga, majlis turut dihadiri warga Surrey (ini bukan London, ok?), Leeds, Nottingham dan banyak lagi.

Aku dan Ustaz Erfino

Aku dan En Zaki

Warga London

Amir Otaku

Nonel dan Faris

Khalil

Makanan yang dihidangkan, agak memuaskan. Lemang, nasi himpit, rendang, kuah kacang dan makanan2 yg sinonim dengan raya di Malaysia. Turut kelihatan, ustaz Erfino dan isteri yang nampaknya sedondon berbaju biru. Ibarat kata seorang memberku:

Sweetnya ustaz

Menjelang pkol 1 petang, aku beransur pulang ke rumah. Sungguh best dapat jumpa ramai gak junior2 baru, moga2 anda berjaya di UK ini. Bersama2 kita menjadi muslim professional yang berkhidmat untuk ummah.

Gambar 'sweet' ustaz, hehe

Photobucket

4 comments:

Pacat said...

"warga Surrey (ini bukan London, ok?)"

kami seperti biasa, disisihkan dr London.. redha~~

faris™ said...

slmt hari raya~
;)

Jpah said...

to pacat - bukan nak sisihkan, tapi surrey mmg bukan london kan? Tapi klu nak join program ke, dialu2 kan, :)

ms dr.nisa-to-be said...

sgt bes beraye d perantauan...
:)