>

Thursday, September 24, 2009

Hadiah Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam musim Aidilfitri, masyarakat Malaysia sinonim dengan pemberian duit raya dalam angpow warna hijau. Sampaikan beberapa tahun dulu, ketika aku masih kecil lagi, aku dan sedara2 ku beraya di rumah orang kampung, pakcik tu tanya:

Nak makan ke nak duit?

Begitulah, kanak2 di Malaysia sudah terdidik minda mereka untuk menjadi mata duitan. Budaya ini harus diubah, pemberian duit raya itu suatu bonus, tapi merapatkan silaturrahim itu yang paling utama.

Masa berlalu, aku menjadi semakin dewasa. Biasela, seiring dengan pertambahan umur, aku semakin mendapat kurang duit raya. Namun, tahun ni agak spesel sedikit kerna aku bukan sahaja mendapat duit raya, malah turut mendapat hadiah hari raya! Ni rupa hadiah2 itu:


Buku Men are From Mars, Women Are From Venus ni DZ beri kepada aku sambil berkata:

Moga ko lebih memahami perempuan

Buku kedua, Bidadari dari Timur, dihadiahkan oleh saudara Syukri, protege SyuMulku, siap dipos laju ke rumahku. (menjeling Fikri, Aqmin, Q, Haq dan Ummu, korang bile lg?). TQ Syuk, dah lama nak buku ni.

Dan petang ini, aku akan berlepas ke London semula. Setelah hampir 3 bulan di Malaysia, sudah sampai masanya meneruskan perjuangan di kota metropolitan itu. Moga dipermudahkan, dan moga aku diberi kekuatan....

Photobucket

3 comments:

Syukri Sapuan said...

sama2 =)

Isa Mustaza said...

semoga kau memahami perempuan. kata-kata yang diucapkan oleh orang yang memahami perempuan. gila lah apis.

DZ said...

sori baru terbaca...

aku x teringat pulak ada keluarkan statement mcm tu