Tuesday, June 29, 2010

Pulang ke Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 9.37 malam waktu Malaysia. Perjalanan yang memakan masa 16 jam ini amat meletihkan. 13 jam di dalam kapal terbang, 3 jam transit di Dubai, UAE. Akhirnya, pesawat Boeing 777 Emirates selamat mendarat di Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak pulang ke Malaysia hari Ahad itu, pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Sabtu, kami, warga London yang duduk sekitar Royal Oak bermain badminton buat kali terakhir pada tahun akademik ini. Dalam kesibukan kami berpindah ke rumah baru, Alhamdulillah, kami diberi kesempatan lagi untuk berkumpul dan menjalani tarbiyah badaniyah.

Permainan dijadualkan pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Pada jam 8 malam, aku dan Masrizan sampai dahulu ke Harrow Road Sports Centre tersebut. Kami memanaskan badan dahulu. 10 minit kemudian, Abg Razin (post graduate Imperial) datang. Pada jam 8.20, Pokloh pula tiba diikuti abang Q dan anak-anaknya.


Permainan sengit antara kami. Aku yang dah lama tidak bermain badminton pancit sebentar. Mujur masih mampu beraksi dengan baik dan menewaskan orang lain, haha.

Itu adalah kenangan terakhir di London sebelum aku berangkat pulang ke Malaysia. Aku akan merindui semua rakan-rakan di London. Semoga bertemu lagi pada masa depan....


Photobucket

Friday, June 25, 2010

Khamis Terakhir di MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah seminggu tiada circle bersama ustaz Erfino, harini, perkongsian ustaz Erfino berjalan seperti normal. Namun, disebabkan majoriti sudah mula bercuti musim panas, maka, sedikit sahaja hadirin yang datang. Keadaan juga sedikit lengang di MSD malam ini.

Selepas bacaan Yaasin dan tahlil, seperti biasa, ustaz menyampaikan perkongsian hasil daripada dapatan hadis yang dipetik daripada kitab Riyadhus Shalihin. Hadis hari ini mengenai kepentingan berbuat baik kepada rakan kepada ibu atau bapa kita.

Kemudian, sewaktu moreh, ustaz Erfino memberikan sedikit cenderahati daripada Malaysia, sebuah CD dengan lagu ustaz Erfino yang baru sahaja dirakam di Malaysia. Oh, ustaz sudah bergelar artis. Esok lepas sembahyang Jumaat, bolehla ambik autograf ustaz!

Bersama artis

Hari ini merupakan Khamis terakhir aku di MSD sebelum aku bertolak ke Malaysia Ahad ini. Doakan keselamatanku....

Selamat tinggal semua

Photobucket


Sunday, June 20, 2010

PUISI 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Terasa segar lagi kenangan di PUISI 2008 di Killarney, Ireland. Berukhuwah dengan rakan-rakan seluruh UK dan Ireland di samping mempelajari ilmu baru, menggarap pengalaman berharga dan perkongsian yang berguna untuk survival di UK secara khusus dan di dunia ini secara umumnya.

Masa berlalu pantas. Kini, tiba pula PUISI 2010, dengan pengisian dan modul yang lebih mantop dan menarik. Nantikan kemunculannya 23-26 Disember 2010 ini...



Photobucket

Saturday, June 19, 2010

Bersedia Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم



Photobucket

Monday, June 7, 2010

Weekend Bersama Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Purification of the Fap1-nr2 fragment from Streptococcus Parasanguis

Itulah tajuk journal article yang perlu aku tulis pasca eksperimen yang dilakukan minggu lepas. Segala data daripada eksperimen disusun, segala keputusan eksperimen dianalisis, segala graph dilukis dan beberapa kesimpulan dikaji dengan mendalam. Beberapa teori dan fakta diekstrak daripada eksperimen.

Walaupun aku sekarang agak sibuk dalam usaha menyiapkan scientific journal ini, namun, aku masih sempat meluangkan hujung minggu bersama sahabat-sahabat. Di kala sedang penat membuat kerja, mujur mereka ini ada untuk mengajakku bersama-sama bereakreasi pada hari yang cerah ini. Jadi, kami berkeputusan untuk mengadakan barbeque.

Ayam diperam, aku pula, bertugas memasak nasi goreng yang sedap. Bahan-bahan lain dibeli, maka, tibalah pagi yang dinanti.


Api dinyalakan, proses memasak dimulakan. Sambil-sambil memasak, kami berborak-borak, dari isu-isu perkembangan diri sehinggalah isu besar Palestine. Di kalangan yang hadir, hanya aku yang masih belum lambat untuk tamat peperiksaan. Mereka yang lain dilihat begitu ceria sekali dan begitu menikmati saat-saat gembira sewaktu jamuan diadakan. Terima kasih kepada mereka, keceriaan mereka mampu untuk membuatkanku ceria kembali.

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”
(Bukhari dan Muslim)

Sambil-sambil menunggu ayam yang dipanggang masak, kami mengisi masa juga dengan bermain bola di padang yang luas, sambil melayan anak-anak kecil yang comel-comel belaka. Gelak tawa mereka menghangatkan dan memeriahkan suasana. Terkadang, ada antara kami yang seolah-olah kembali ke alam kanak-kanak kembali.


Alhamdulillah, walaupun pertemuan yang singkat, namun, tetap mampu meringankan sedikit segala masalah dan beban di kepalaku. Terima kasih sahabatku.

I will not call you all 'my friends' because you all are 'my companions'

Moga Allah menyatukan hati-hati kita ini agar tetap di jalanNya. Moga ukhuwah ini disandarkan pada iman dan taqwa, supaya kita tidak menjadi musuh di akhirat kelak.

http://quran.com/images/ayat/43_67.png
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(az-Zukhruf: 67)

Photobucket

Thursday, June 3, 2010

Mereka Prihatin. Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersedu aku melihat bahagian awal video ini. Seorang kanak-kanak Amerika bernama Rachel Corrie berucap dan mempertahankan hak kanak-kanak yang tertindas di seluruh dunia. Beliau juga berkata, beliau berharap dapat membantu menghentikan semua ini daripada terus berleluasa.

Pada umur 23 tahun, beliau mati dibunuh oleh Israel Defense Force (IDF) sewaktu cuba mempertahankan rumah warga Palestin daripada dirobohkan IDF. Beliau dikatakan menjadi 'human shield' bagi menghalang kemaraan bulldozer milik IDF. Pada usia seperti aku, beliau sanggup untuk menangguhkan pembelajarannya di kolej untuk ke Semenanjung Gaza sewaktu Intifada Kedua.

Seorang yang mungkin dikatakan jauh daripada perjuangan Palestin pun turut prihatin dan peka dengan keadaan warga Palestin. Kita yang seaqidah, satu ummah di mana dikatakan kita ini ibarat satu badan, jika sakit satu bahagian, sakitlah bahagian2 yang lain, namun, di mana sensitiviti kita? Apa yang kita buat untuk meringankan beban mereka? Sudahlah tidak peduli nasib Palestin, malah minta untuk doakan pun tidak dapat nak buat ke?

Moga Allah mempermudahkan urusan saudara kita yang menghadapi ujian dalam cubaan untuk membantu meringankan beban warga Palestine. Apalah sangat kita di sini rasa, hanya membaca berita di hadapan komputer, mungkin tidak sesukar mereka yang benar2 menghadapinya.

Moga Allah memperteguhkan hati umat Islam dalam membantu saudara kita....



Menjadi fitrah manusia hidup di dunia
Perlu sesama begitu adanya
Pabila duka mengusik indahnya suka
Dan seharusnya bangkitlah di jiwa

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara
Tindakan yang utama

Di sini kita dengan segala yang dipunya
Semuanya fana, titipan semata
Lihat mereka saudara kita di sana
Dalam nestapa di manakah cinta?

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara
Tindakan yang utama

Cuba rasakan setiap tangisan
Tak berhenti berharap akan huluran tangan
Memberi cinta dan harapan
Bersama kita melangkah kaki
Menuju dunia yang lebih indah

Pernahkah kita bayangkan jadi mereka
Belum tentu kan mampu, cuba sedari
Tanya diri sendiri
Apakah ada simpati

Photobucket

Wednesday, June 2, 2010

Dah Ada Kedai

بسم الله الرحمن الرحيم

http://kedai.iluvislam.com/images/logo-iluvislam-front.gif

Awal penubuhannya adalah hasil idea 5 anak muda dari KYUEM. Asalnya hanya portal komuniti kecil yang majoriti dihadiri warga KYUEM sendiri. Namun, dari tahun ke tahun, portal ini semakin diminati, semakin popular dan berkembang pesat. Semakin banyak tenaga kerja diperlukan, semakin banyak demand daripada para pembaca.

Kemudian, pelbagai subdomain ditubuhkan, daripada education, testi, resipi, berita dan banyak lagi.

Baru-baru ini, IluvIslam sekali lagi melebarkan sayap dakwahnya dengan menubuhkan pula kedai online http://kedai.iluvislam.com/. WOWWW!!

http://kedai.iluvislam.com/images/m01.png

InsyaAllah, di peringkat permulaan ini, antara barangan yang dijual adalah produk-produk karangkraf dan produk-produk iluvislam sendiri.

Mari jayakan dan memajukan kedai IluvIslam ini!!!!
Photobucket

Monday, May 31, 2010

Doakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Doakan keselamatan sahabat-sahabat kita yang berjiwa besar, samada dari Malaysia atau mana-mana negara dalam dunia ini, moga Allah permudahkan urusan mereka.

Maka, seluruh dunia mengutuk keras tindakan Israel ini. Sampai ada beberapa penganalisis politik berkata:

Israel patut dimasukkan dalam Book of Records sebab merupakan negara yang paling banyak membelakangi undang-undang antarabangsa

Di London, hari ini, pukul 2 petang, ada demo di depan pejabat PM di Downing Street membantah isu ini dan menggesa kerajaan UK yang baru di bawah pimpinan David Cameron untuk melakukan sesuatu. Walaupun nampak kecil, namun at least mereka ada usaha untuk membantu. Kita pula bagaimana?

(teringin pergi demo juga, tapi kesihatan x membenarkan aku pergi)

Hancur Zionis!!!

http://blogs.aljazeera.net/sites/default/files/imagecache/blogpostFeaturedImage/images/gazafp475.jpg

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam

Photobucket

Saturday, May 29, 2010

Lega sebentar

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu ini. Entah kenapa, walaupun xdela buat benda2 yang berat, tapi rasa minggu ni amat meletihkan. Mungkin stamina yang tak kuat. Orang zaman dulu jauh lagi berat tugas dan kerjanya, ok je. Hehe.

Telah dua hari aku menjalankan eksperimen polyacrylamide gel electrophoresis (PAGE), sampai x terlarat nak buat apa-apa lagi. Semalam, eksperimen bermula jam 9 pagi dan berlarutan sampai 4 petang. Hari ini pulak, sambungan eksperimen sehingga 2 petang. Alhamdulillah, tamat juga minggu ini dan selamat datang hujung minggu yang panjang ditambah bank holiday. Dalam masa beberapa hari ini, kena buat beberapa lab report dan juga ditambah dengan assignment protein science.

Beberapa hari lepas, aku sempat menonton sebuah filem yang diberi nama Ip Man. Ia mengisahkan kisah guru kepada Bruce Lee dalam menjalani kehidupan dan menghadapi cabaran. Apa yang aku suka dengan watak Ip Man ini, beliau amat merendah diri walaupun hebat dan disegani. Aku sertakan sedikit sedutan filem berkenaan:


Moga hujung minggu panjang ini dapat dimanfaatkan...

Photobucket

Thursday, May 27, 2010

MOC: Suatu Legasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Logo MOC 2010

Muslim Overseas Camp merupakan antara program ‘pre-departure’ yang terawal diwujudkan. MOC diwujudkan atas inisiatif pelajar KYUEM untuk membantu pelajar KYUEM sendiri atas kesedaran tentang keperluan untuk mewujudkan suatu program khas bagi membantu para pelajar mempersiapkan diri selaku Muslim ke luar negara.

Pada zaman awal diadakan, tiada nama MOC, sebaliknya, ianya sekadar dipanggil program ‘pre-departure’ anjuran MUSCOM. Berkat kegigihan generasi terawal, ‘pre-departure’ MUSCOM melahirkan ramai graduan yang berguna kepada masyarakat. Saban tahun, generasi baru menyambung mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh senior-senior mereka.

Namun, perjalanan MOC tidaklah mudah dan lancar. Dengan cabaran dan ujian, menjadikan manusia itu lebih matang dan berfikir. Pada tahun 2004, iaitu ketika pre-departure batch ke-5, suatu tragedi melanda AJK pre-departure MUSCOM.

AJK pre-departure MUSCOM ketika itu ingin menggunakan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk melaksanakan program. Maka, apabila INTAN menyemak modul program, dirasakan program pre-departure ini terlalu ‘islamic’ maka, semua pelajar JPA ketika itu diharamkan daripada menyertai promgram pre-departure MUSCOM. Melihatkan keadaan itu, bagi menjaga nama baik kolej, pihak pengurusan kolej menarik semua bajet yang diberikan untuk melaksanakan program pre-departure MUSCOM pada tahun itu.

Buntu. Tiada sumber kewangan menjadi suatu masalah besar untuk perlaksanaan program. Namun, atas semangat yang tinggi, batch 5 masih menjalankan program dengan melakukan pengorbanan yang besar, iaitu dengan menggunakan duit mereka sendiri. Hebat!

Tahun berikutnya, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk pre-departure batch 5 diberikan kepada MUSCOM. Akibat lebihan duit tersebut, MUSCOM menggunakan bajet tersebut untuk mengadakan Muslim Youth Camp (MYC). MYC dilahirkan sewaktu batch ke-6 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap sebuah kejayaan.

Komiti pertama MOC selepas penjenamaan semula
Komiti pertama MOC selepas penjenamaan semula

Jadi, MUSCOM batch 6 di bawah pimpinan saudara Hazman Hadi mendapat inspirasi untuk melakukan penjenamaan semula program pre-departure MUSCOM. Mengambil semangat daripada kejayaan MYC, program pre-departure MUSCOM diberi nama Muslim Overseas Camp (MOC). Bermula saat itu, MOC dilahirkan dan menjadi suatu legasi dari satu tahun ke tahun sehinggalah kini.

Alhamdulillah, setiap tahun, MOC berjaya dilaksanakan dan berjaya melahirkan para graduan yang berdikari serta mampu menyumbang kepada agama dan masyarakat. Pengisian di MOC terbukti berkualiti dan menjadi model untuk program pre-departure yang lain. Moga MOC akan diteruskan dengan jayanya, maka, siapa lagi yang ingin menyambung mata rantai perjuangan ini jika bukan anda sendiri?



Sumber: Blog MUSCOM

Photobucket