>

Tuesday, June 29, 2010

Pulang ke Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 9.37 malam waktu Malaysia. Perjalanan yang memakan masa 16 jam ini amat meletihkan. 13 jam di dalam kapal terbang, 3 jam transit di Dubai, UAE. Akhirnya, pesawat Boeing 777 Emirates selamat mendarat di Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak pulang ke Malaysia hari Ahad itu, pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Sabtu, kami, warga London yang duduk sekitar Royal Oak bermain badminton buat kali terakhir pada tahun akademik ini. Dalam kesibukan kami berpindah ke rumah baru, Alhamdulillah, kami diberi kesempatan lagi untuk berkumpul dan menjalani tarbiyah badaniyah.

Permainan dijadualkan pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Pada jam 8 malam, aku dan Masrizan sampai dahulu ke Harrow Road Sports Centre tersebut. Kami memanaskan badan dahulu. 10 minit kemudian, Abg Razin (post graduate Imperial) datang. Pada jam 8.20, Pokloh pula tiba diikuti abang Q dan anak-anaknya.


Permainan sengit antara kami. Aku yang dah lama tidak bermain badminton pancit sebentar. Mujur masih mampu beraksi dengan baik dan menewaskan orang lain, haha.

Itu adalah kenangan terakhir di London sebelum aku berangkat pulang ke Malaysia. Aku akan merindui semua rakan-rakan di London. Semoga bertemu lagi pada masa depan....


Photobucket

1 comment:

Norashikin Abdullah said...

selamat pulang ke tanah air:)