Tuesday, July 7, 2009

Part-time Housewife

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kesibukan berprogram, menjadi fasi sana sini, keluar rumah ke sana sini, jangan sesekali kiter lupe tanggungjawab kepada keluarga. Itu antara nasihat yg sering aku dengar dan terima dari senior2ku. Dan aku amat setuju.

Rutinku di rumah saban hari agak fixed. Pada pukul 8 pagi, aku akan memandu berseorangan ke Kg Melayu untuk ke pasar, membeli barang2 rumah. Smalam, aku membeli ikan kembong dan tenggiri, santan dan sebagainya. Maklumlah, mak nak masak di rumah. Harini pula, atas request aku untuk makan pucuk paku, awal pagi lagi aku memandu ke pasar untuk membeli beberapa ikat pucuk paku.

Kemudian, pulang ke rumah, duduk di depan laptop, bukak emel, baca emel dan membalas mana2 emel yg patut. Kemudian, sekitar pkol 10 pagi, aku sekali lagi akan keluar rumah untuk settlekan urusan peribadiku. Biasanya di bank. Pergi ke CIMB untuk masukkan duit, ke Maybank untuk uruskan debit card, masukkan duit di BSN, bayar bil dan sebagainya. Alhamdulillah, minggu lepas sudahpun terminate CIMB Conventional Account aku. Sebenarnye, seblum fly tahun lepas, aku sudah transfer duit aku dari CIMB Conventional ni ke akaun CIMB Islamic, tapi x berkesempatan nak terminate. Meh kawan2, kiter bertukar ke Islamic Banking!

Adam, 5 tahun

Aku akan pulang sebelum jam 11 pagi. Tugas seterusnya pula harus dilaksanakan. Pada pukul 11.30 pagi, aku akan berjalan kaki ke taski al-Huda untuk mengambil Adam, budak 5 tahun jagaan ibuku untuk pulang ke rumah. Harus berhati2 sebab kena lintas jalan besar. Budak ni pulak sedikit aktif. Haish.

Danin Imani, 3 bulan

Kemudian, aku kena tolong tidurkan seorang bayi 3 bulan, ini pun mak aku jaga sementara ibu bapa kandung beliau ni jumpe pembantu rumah. Nama beliau Danin Imani, seorang budak perempuan. Disebabkan beliau 3 bulan, x banyak kerenah, hanya perlu buaikan, dan pegangkan botol susu beliau. Bile beliau buang air, aku lariiiii!!!

Esok, insyaAllah, akan ke Rawang, melawat dan berprogram sedikit di sekolah lama, SBPI Rawang. Kekadang, terasa kesian gak kat keluargaku. Setiap kali mak ada plan untuk bercuti, mak akan tanya aku:

Tarikh ni ade program x?

Sampai kekadang x sampai hati nak bgtau. Mujur mak dan abah memahami aku. Namun, di pihak aku, aku juga harus memahami kehendak mereka. InsyaAllah, aku akan cube sedaya upaya menyeimbangkan kedua2nya.

Moga terus diberi kekuatan....

Photobucket

Monday, July 6, 2009

Projek Summer: Suara al-Huda

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku berfikir sejenak. Aku lihat sekeliling. Aku muhasabah diri. Malu.

Aku berfikir, selama ini, di sekolah, di kolej dan di universiti, aku sibuk berpersatuan, berorganisasi, sibuk anjurkan macam2 program kemasyarakatan, sibuk anjurkan program2 agama, sibuk anjurkan program2 dakwah. Namun, apabila pulang ke rumah, mengapakah itu semua hilang? Hakikatnya, masih ada keluargaku dan masyarakat sekeliling yg perlu untuk kita jelaskan Islam kepada mereka. Namun, mengapakah kita jarang sekali mendekati mereka? Pilih Kasih? Mereka juga manusia. Mereka juga mad'u.

Alhamdulillah, semalam aku telah bermesyuarat dengan Pengerusi Surau al-Huda, Datuk (aku x ingat nama beliau, maaf). Nampaknya, surau di taman aku ini ingin mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan sebuah handout untuk diberi kepada setiap keluarga beragama Islam di taman ini. Suatu usaha dakwah yang aku kira amat bagus sekali.


Setelah perbincangan selama hampir sejam, beberapa resolusi bersama telah dicapai bersama Datuk. Pertama, design handouts tu yg aku buat telah diterima dengan beberapa perubahan. Kedua, sebanyak 300 keping handouts akan diedarkan.

Berbincang dengan mereka ini bukan mudah. Berdakwah kepada orang awam juga bukan tugas mudah. Mereka tidak tahu usrah. Mereka tidak kenal al-Maududi, mereka tidak kenal Fathi Yakan. Yang mereka kenal hanya ustaz2 kampung ini. Jadi, method dakwah juga perlu diubah. Contents dalam handouts ini perlu difikirkan agar mudah dicerna masyarakat yang luas latar belakang ini.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bekerja dengan mereka, dapat pengalaman baru! Mula2 memang rasa susah, sebab rasa frekuensi pemikiran yang jauh berbeza. Namun, hasil perbincangan, kami dapat juga mencapai kata sepakat.

Namun, handouts ni akan keluar 3 bulan sekali dan keluaran pertama adalah pada bulan hadapan. Nampaknya, keluaran kedua, orang lain akan ambil alih pembuatan Suara al-Huda ini. Moga terus istiqamah dan semoga mesej dakwah dapat disampaikan kepada masyarakat Taman Rasmi Jaya ini....

Tiada apa yg ku minta sebagai balasan melainkan doa agar aku dan keluargaku terselamat dari api neraka....

Photobucket

Sunday, July 5, 2009

Ustaz

بسم الله الرحمن الرحيم

Kejadian ini berlaku kepadaku beberapa hari lalu, di Surau Al-Huda, Taman Rasmi Jaya....

Azan Asar berkumandang. Sahut menyahut kedengaran sebab surau dan masjid dekat2 je. Sungguh rindu suasana ni, hampir 8 bulan di London, tidak mendengar azan yg berkumandang kuat di angkasa. Aku keluar dari rumah menuju ke Surau Al-Huda.

Aku sampai ke dalam surau, Haji Bakar yg melaungkan azan. Tak ramai orang dalam surau, maklumlah, hari kerja, memangla orang tidak ramai duk di rumah.

Iqamat dilaungkan, saf dibentuk. Namun, sejadah imam masih kosong. Tolak menolak antara pakcik2 ni berlaku, dan akhirnya, aku yg ditolak ke depan. Maka, aku mengimami solat Asar petang itu. Segala2nya masih normal lagi....

Selesai berdoa, aku bersalaman dengan ahli jemaah lain. Kelihatan ade beberapa pakcik yg tidak aku kenal, mungkin baru pindah ke kejiranan ni, aku fikir. Namun, lepas bersalaman, sorg pakcik ni mengajak kami ke rumahnya, ade doa selamat skit katenya. Die ni baru pindah ke sini dari Perlis. Segala2nya still normal lagi....

Di rumahnya, disebabkan aku menjadi imam solat Asar tadi, aku diminta untuk lead bacaan doa selamat. Aku tidak dapat menolak. Jadi, bacaan doa simple je aku baca, disebabkan nervous, pertama kali lead pakcik2 ni. Jadi, selepas baca doa, kami dijamu dengan mihun dan sedikit kuih muih. Segala2nya still normal lagi....

Ustaz mengajar kat mana? Tanya pakcik tu.

Aku buat x tahu. Tapi bila aku pandang pakcik tu, mata beliau tepat kepada aku. Mata terkebil2. Blur. Kepada aku kah soalan itu?

Err.... saya.... belajar lagi...., aku terketar2.

Keadaan sudah menjadi agak tidak normal.....

Jadi, selepas borak2 dgn pakcik2 tu, akhirnya, kami meminta diri. Aku pun dah segan2 silu dah bile dipanggil 'ustaz'. Kami bersalaman dengan tuan rumah.

Terima kasih ustaz, mereka kata apabila bersalaman denganku.

Er.... Sama2..... Aku segan2.

Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum, antara merasakan perkara ini agak lucu, dan dalam pada itu, merasakan tanggungjawabku semakin besar...

Moga Allah permudahkan

http://mutiarabernilai.files.wordpress.com/2008/07/solat.jpg

Photobucket

Saturday, July 4, 2009

Reason

بسم الله الرحمن الرحيم


I found a reason for me to change who I used to be....

Photobucket

Friday, July 3, 2009

Don't Quit

بسم الله الرحمن الرحيم




Dalam bekerja, ada kalanya, kita rasa semua orang tidak bersama kita. Ada kala kita rasa tidak layak kita memegang amanah itu. Kadang kala kita rasa tidak mampu menanggung tugas itu. Namun, amanah itu telah diberikan kepada kita bukan hanya suka2. Ini kepercayaan daripada mereka. Jadi, kenapa andai kita menerima cabaran, terus down dan ingin mengalah?

Ingatlah, kita bukan berseorangan. Andai terdapat cabaran mahupun masalah, luahkanlah kepada sahabat2 kita. Berboraklah, berbincanglah untuk mencari penyelesaian, atau hanya sekadar meluahkan perasaan. Jangan dipendam dalam hati, nanti lebih parah jadinya. Namun, walau apa pun yg terjadi, jangan mengalah.

Berehatlah, namun jangan mengalah

Yer, mungkin sampai satu tahap, kita akan rasa amat letih, amat penat, rasa macam dah x sanggup menanggung beban ini. Berehatlah, tapi jangan sesekali terus mengalah.

Amanah itu bukan seperti baju, boleh ditukar sesuka hati...

Andai ada masalah, aku sedia mendengar...

Aku mungkin bukan pendengar terbaik, tapi aku akan cuba yang terbaik untuk mendengar

Moga semua pemegang amanah dapat menjalankan amanah sebaiknya....

Photobucket

Thursday, July 2, 2009

Dakwah tidak bermusim

بسم الله الرحمن الرحيم

Mendapat sebaris mesej peringatan daripada sahabat:

"Ingatlah, sewaktu ANDA bersenang-lenang, goyang kaki, ada orang lain yang sedang membuat double the work"

Ya. Terutama sekali dalam medan dakwah ini. Memang waktu summer ni, ramai daripada kita yg berfikir untuk balik ke Malaysia, bercuti. Namun, betulkah hanya cuti menjadi prioriti? Adakah kita juga turut bercuti dalam berdakwah? Adakah dakwah itu bermusim? Adakah dakwah itu hanya ketika kita selesa berusrah, bersama rakan2 sefikrah yang kita selesa bersama? Adakah dakwah hanya ketika kita mendengar atau menyampaikan ceramah di dewan berhawa dingin? Adakah tidak perlu berdakwah andai kita terpisah dari rakan-rakan kita? Untuk apa kita berdakwah? Untuk rakan2?

Tidak dinafikan, kita akan letih. Yer. Memang fitrah manusia itu, tenaga kita terbatas, kita akan letih dan lelah.

Berehatlah, tapi jangan berhenti

Itu kata2 pujangga yg sering menjadi dorongan kepadaku.

Kehidupan sebagai pelajar memang ideal. Kita hidup di kalangan mereka yg lebih kurang sama tahap intelektual dgn kita. Mereka memahami kehendak kita dan kita juga mampu memahami mereka. Sungguh seronok berdakwah bersama mereka, di dalam kelompok yang sama-sama inginkan Islam. Namun, bila pulang ke kampung halaman, lain pula ceritanya.

Hidup dalam masyarakat yang sebenar, jauh bezanya. Mereka tidak hidup seideal kehidupan pelajar. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan latar belakang dan sejarah. Ada kalangan AJK Surau yang merokok. Ada kalangan isteri mereka tidak bertudung. Ada di kalangan anak mereka menjadi samseng. Ada kalangan mereka yang ponteng usrah. Kecewa dengan mereka. Namun, adakah ini alasan untuk kita tidak bersama-sama menerangkan Islam kepada mereka?

Memang, hidup dalam kelompok kita sendiri memang indah. Namun, perlu juga kita selami dan hayati keadaan masyarakat yang sebenar. Mereka tidak hidup seideal kita, terutama di UK. Ramai daripada kita yang pulang ke Malaysia, mungkin akan menghadapi kejutan budaya, kerna dah terlalu selesa berdakwah, berprogram dalam kelompok kita. Mungkin ramai yg kecewa dgn masyarakat kita yang sebenar. Hasilnya, ramailah yg futur atau gugur di medan perjuangan.

Jom kita terus bergerak dan berusaha. Dakwah tiada musim macam di UK yg tgh summer ni...
Photobucket

Wednesday, July 1, 2009

Selamat BerOBS

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia mmg jauh lebih panas dari United Kingdom. Namun, itu tidaklah bermakna aku tidak menyayangi negara ini. Sepanas2 Malaysia, inilah tempat yg aku rindui....

Pagi tadi, aku ke Menara PNB, bukan untuk melapor diri, bukan untuk jumpe Pn Rukiah, tapi hanya nak ke CIMB Bank di situ. Namun, apabila aku masuk je ke pintu masuk menara, aku dapati agak penuh di bahagian lobby tu. Banyak beg2 tersusun. Apakah yg sudah berlaku?

Dalam ramai2 tu, aku ternampak junior2 kolej yg aku kenali. Aku tgk jam aku. Satu haribulan Julai. Wah, nampaknya mereka akan memulakan program Oh, Begitu Seronok (OBS) atau nama betulnya adalah Outward Bound School di 'Lumut' start harini sampai 25 Julai nanti. Kelihatan muka mereka yg penuh excited nak bercuti di Lumut dan Pangkor. Kedengaran jua suara nyaring Puan Rukiah.

Alamak, disebabkan aku bukanlah datang ke situ nak berjumpe mereka (huhuhu), cepat2 aku meluru ke tingkat 2 menara PNB bagi mengelakkan diriku dikesan. Namun, ketika dalam CIMB, aku terserempak dengan Aizat (ZB). Lepas berborak pendek, aku menjalankan transaksi di CIMB.

Apabila aku nak kluar je dari CIMB, kelihatan Yorke, Syahir dan Fikri naik ke situ. Alamak.

Ape korg buat atas ni? Buat2 tanya

Oh, ZB bgtau kitorg ko ade kat sini, diorg jawab

Hurm, mcm excited je nak g OBS, huhuhu, abisla gelap korg nanti, saje aku kacau.

Xpe, dulu ko pun gelap, tapi lpas tu putih balik, Fikri jawab disertai gelakan kecil ku.

Kitorg x leh g MOC nanti, sbab ade BTN, ko tau ape plan kitorg? Ko ketua fasi kan? Nanti kitorg datang umah ko, dgr ko bagi pengisian ape2 dlm MOC tu yer? Kata Yorke

Haha. aku gelak (dalam hati kata: Banyak ar ko)

Pastu, aku pun turun ke lobby bersama2 mereka. Ku lihat, ramai sungguh perempuan batch mereka banding ngan laki, beza dgn kami yg ramai lelaki dari perempuan. Aku bertemu Pn Rukiah dan memberi salam.

Eh, awak pun nak pergi lagi sekali ke? Suara nyaring Pn Rukiah menggegarkan gegendang telingaku.

Xdela Puan Ruk, saye ni pegi bank je, x teringat plak diorg start harini

Kemudian, mereka semua diminta bergerak ke bas, sbab nak bertolak dah. Kelihatan muka ibu bapa sedikit berat hati nak berpisah selama 25 hari dengan anak2 mereka. Aku tersenyum lebar, seronok sungguh menjadi org yg dah pernah melalui semua ni. HAHAHA, padan muka korg (dalam hati je)

Oh, batch korg ni ramai prempuan, x best nye, aku cakap kat Yorke

Tu ar, x best la, Yorke balas

Eleh, entah2 prempuan yg tolong die nanti, perli Pn Rukiah, Yorke tersengih seposen.

Aku berjumpe pula dgn junior biotek yg bakal ke Imperial, Syukri Hariri dan ucapkan All da best kpd beliau.

Selamat berOBS kalian, selamat bergembira juga di sana (kalau mampu bergembira), huhu, moga dapat sesuatu di sana...

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-sf2p/v300/223/25/635554039/n635554039_589321_3971.jpg
Kenangan OBS hari pertama kami

Photobucket

Tuesday, June 30, 2009

Sampai Juga Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, flight D7 2009 Air Asia X selamat mencecah ke bumi Malaysia pada jam 9 malam tadi. Setelah checkout dan menjalani pemeriksaan H1N1, aku dipertemukan dgn keluargaku; abah, emak, along dan angah.

Semalam, kami bertolak dari London Victoria menaiki bas EasyBus. Dalam bas itu, hanya kami berlima; Aku, Rodhi, Shah, Aishafat dan Ika yang menaiki bas itu. Perjalanan mengambil masa sejam stengah, alhamdulillah, lancar dan cepat perjalanan.


Di Stansted, kelihatan ramai org Melayu di situ. Adeyh, xlehla bercakap2 Melayu tanpa segan silu, huhuu. Mujur di Stansted ade Chapel utk kami bersolat di situ.

Flight kami agak lancar, cume sesekali bertembung dgn cuaca buruk. Bergegar2 skit flight tu. Kami disajikan dgn nasi beryani dan nasi lemak (air mineral je, x puas ati!!!). Overall, ok la, sbab aku tido je hampir sepanjang penerbangan (rahsia x jetlag).

Di Malaysia, as expected, cuaca agak panas, namun, mmg beginilah keadaan negaraku, so, xlehla buat gedik x tahan panas. Namun, tetap, menjelang tghari ni, aku tetap dah mandi 2 kali (nak mandi kali ke-3 nih).

Telah menghilangkan gian memandu kereta, pagi tadi, memandu Naza Citra ke Taman Kosas untuk beli sarapan dan tengahari memandu Kancil ke Ampang Point.

Banyak benda nak buat nih: beli simcard, convert duit dsb....

Photobucket

Sunday, June 28, 2009

Selamat Tinggal Bun

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu dengan amat pantas, tanpa kita sedari. Baru semalam rasanya aku dijemput oleh senior di airport, namun, kini, aku pula yg menghantar senior ke airport.

Lapworth Court yg penuh kenangan


Semalam, Azzrul atau nama manja Bun berlepas pulang ke Malaysia. Beliau sudah menamatkan tahun akhir kejuruteraan aeronautik di Imperial College London dan akan pulang terus ke Malaysia (dan berkahwin, hehe). Sungguh, terasa kehilangan sekali tahun hadapan, suasana sedikit berubah tanpa gelak tawa dan nasihat beliau.

Teringat aku ketika kami masih baru datang ke London. Bun yg telah menjaga kami. Beliau membawa kami berjalan sekeliling London, memperkenalkan kami dengan komuniti2 London serta memasak untuk kami.

Jadi, aku dan Shah menghantar beliau ke airport semalam. Buat kali yg terakhir. Seawal jam 8.30 pagi, kami keluar dari rumah. Sepanjang perjalanan, beberapa nasihat terakhir sempat kami dengar daripada Bun.

Sedih meninggalkan London Kota Keriangan

Nasihat terakhir Bun kepada Shah: Sila maintain kekacakan
Shah: Tersipu2

Bun tgh check in: Abaikan Shah

Menaiki Heathrow Connect dari Paddington, perjalanan ke Heathrow Central hanya mengambil masa 25 minit. Mengah dan lenguh juge mengangkat beg2 tu. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada masanya. Setelah check-in, kami melambai sayu kepada Bun yg masuk ke dalam ruangan menunggu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan penjagaanmu. Engkau akan sentiasa kami ingat dan jadikan inspirasi untuk meneruskan kehidupan mencabar di London ini. Moga Allah merahmati kehidupanmu. Moga berbahagia di hari yang istmewa nanti.

Aku dan Bun

Photobucket

Saturday, June 27, 2009

Pindah Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal pagi, aku sudah memunggah barang2ku termasuk laptop kesayangan menuju ke Lapworth Court. Aku disambut oleh Faris Fasri dan Isa. Perut lapar kerana masih belum bersarapan. Jadi, kami breakfast nasi putih dan ayam panggang (stail breakfast Kelantan).


Selepas bersolat Jumaat di MSD, aku dan Faris Fasri menuju ke Evelyn Gardens untuk memunggah saki baki barangku. Kami lunch dulu di Masala Express, North End Road. Kemudian, Shah pula tiba untuk turut membantu aku memindahkan barangan.

Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya, baru semalam tiba di London (ayat drama), namun, rupanya dah 8 bulan kami di sini. Sudah 8 bulan aku tinggal di dalam bilik itu. Kini, terpaksa meninggalkan bilik itu.


Kami bertiga menaiki bas ke Lapworth Court. Terima kasih smua kerna tolong aku angkat barang ini....

Shah dan Faris Fasri

Photobucket